09/06/2026
๐๐๐ ๐๐จ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐ก๐ฌ๐
๐๐ข๐ต๐ข๐ฏ๐จ ๐ฉ๐ข๐ฎ๐ฑ๐ช๐ณ 2 ๐ซ๐ข๐ฎ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ซ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ข๐ต๐ข-๐ฎ๐ข๐ต๐ข ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ถ๐ข๐ต ๐ด๐ข๐ณ๐ช๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ซ๐ข๐ฏ๐ต๐ถ๐ฏ๐จ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ด๐ถ๐ฎ๐ฃ๐ข๐ต.
Sebelum ini, pesakit telah melakukan beberapa kali ECG.
Keputusannya tidak menunjukkan tanda serangan jantung yang jelas.
Malah ECG yang dilakukan di klinik kami juga tidak menunjukkan perubahan yang begitu ketara.
Namun apabila pemeriksaan lanjut dibuat:
โ Troponin positif
โ Bedside Echocardiography menunjukkan Regional Wall Motion Abnormality (RWMA)
Diagnosis berubah serta-merta.
Ini bukan lagi kes untuk stress test.
Bukan kes untuk Holter.
Bukan kes untuk CT scan.
Ini adalah kes yang memerlukan rujukan segera ke hospital kerana disyaki serangan jantung (Acute Coronary Syndrome).
Alhamdulillah pesakit berjaya dirujuk dengan segera dan angiogram terdekat akan dilakukan.
Pengajaran penting:
โ ECG normal tidak semestinya menolak serangan jantung.
โ Troponin dan penilaian klinikal tetap memainkan peranan besar.
โ Jangan bergantung kepada satu ujian sahaja.
Kadang-kadang serangan jantung tidak menjerit melalui ECG.
Ia hanya dapat dikesan apabila kita melihat keseluruhan gambaran pesakit.
Alhamdulillah, kali ini pesakit datang tepat pada masanya.
Angiogram akan dilakukan pada masa terdekat bila kami telefon beliau
โค๏ธ๐ซ