07/06/2026
Apm Pasir Mas
PEMANTAPAN KECERGASAN ASAS PEGAWAI/ANGGOTA PDPA PASIR MAS
TARIKH: 07 Jun 2026 (Ahad)
MASA: 0830H – selesai
LOKASI: PDPA Pasir Mas, Kelantan
PENGLIBATAN: 03 x Pegawai & 32 x Anggota LLP
CATATAN:
Program pemantapan kecergasan asas ini telah diketuai oleh Pbt. (PA) Wan Hamdan bin Wan Mat Nor dengan penglibatan aktif pegawai dan anggota PDPA Pasir Mas. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, disiplin serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan anggota.
Aktiviti dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti bacaan Ikrar Rukun Negara. Seterusnya, aktiviti kecergasan dijalankan melibatkan larian sejauh 2.5 km, tekan tubi serta bangkit tubi.
Selain aktiviti fizikal, turut diadakan slot pengucapan awam yang disampaikan oleh Pbt. (PA) Mohamad Shakir bin Zakaria dari Unit Angkatan. Program diakhiri dengan perkhidmatan pemeriksaan mata secara percuma oleh Syarikat All Vision, yang memberi peluang kepada anggota membuat saringan kesihatan mata serta mendapatkan khidmat nasihat berkaitan penjagaan penglihatan.
APM Negeri Kelantan
Jabatan Perdana Menteri