Bubbles O2 HQ

Bubbles O2 HQ Bubbles O2 satu satunya air mineral semulajadi beroksigen di Malaysia. Bubbles O2 Sdn Bhd
201601013208 (1184139-H)
(20)

Terima kasih kepada Persatuan Penduduk Mutiara Bangi Villa Sutera atas kunjungan ke Bubbles O2 di Rantau dan Pedas.Lawat...
04/06/2026

Terima kasih kepada Persatuan Penduduk Mutiara Bangi Villa Sutera atas kunjungan ke Bubbles O2 di Rantau dan Pedas.

Lawatan ini memberi peluang kepada para peserta untuk mengikuti sendiri perjalanan operasi Bubbles O2 dari Rantau hingga ke Pedas, sambil mendengar perkongsian dan penerangan mengenai fasiliti yang dikunjungi.

Semoga kunjungan ini dapat memberi pengalaman yang bermanfaat serta menjadi kenangan yang bermakna buat semua yang hadir.

Terima kasih atas kesudian meluangkan masa bersama kami dan semoga bertemu lagi pada masa akan datang 🩵

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong...
01/06/2026

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesejahteraan, keafiatan dan terus memayungi negara dengan penuh kebijaksanaan serta kemakmuran.

Daulat Tuanku. 🇲🇾🩵

Di sebalik sambutan Hari Wesak, terselit nilai kedamaian, kasih sayang dan keharmonian yang menyatukan masyarakat 🪷✨Bubb...
31/05/2026

Di sebalik sambutan Hari Wesak, terselit nilai kedamaian, kasih sayang dan keharmonian yang menyatukan masyarakat 🪷✨

Bubbles O2 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.

Semoga sambutan ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan buat semua, serta terus mengeratkan semangat perpaduan dalam masyarakat berbilang bangsa dan budaya.

Happy Wesak Day 🩵

The weekend is calling 👀✨Lagi best bila weekend kali ni panjang sikit 😮‍💨🌴 Masa untuk recharge, healing, jalan-jalan ata...
29/05/2026

The weekend is calling 👀✨

Lagi best bila weekend kali ni panjang sikit 😮‍💨🌴 Masa untuk recharge, healing, jalan-jalan atau simply enjoy good moments dengan orang tersayang.

Ke mana pun plan korang hujung minggu ni, jangan lupa stay refreshed bersama Bubbles O2 💧

Selamat menikmati long weekend semua 🙌

Aidiladha mengingatkan kita tentang kisah pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim AS serta Nabi Ismail AS kepada perintah ...
27/05/2026

Aidiladha mengingatkan kita tentang kisah pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim AS serta Nabi Ismail AS kepada perintah Allah SWT 🩵

Daripada kisah inilah lahirnya makna sebenar Aidiladha. Bukan sekadar tentang ibadah qurban, tetapi juga tentang keikhlasan, pengorbanan dan rasa syukur dalam kehidupan.

Semoga Hari Raya Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga serta insan tersayang 🕌✨

Bubbles O2 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Macam mana sambutan Aidiladha korang tahun ni? 🤲🐐

Hari Arafah merupakan antara hari yang paling istimewa dalam Islam 🩵Pada hari inilah jutaan umat Islam berkumpul di Pada...
25/05/2026

Hari Arafah merupakan antara hari yang paling istimewa dalam Islam 🩵

Pada hari inilah jutaan umat Islam berkumpul di Padang Arafah bagi menunaikan ibadah wukuf, iaitu kemuncak ibadah haji.

Bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji, antara amalan yang sangat digalakkan adalah berpuasa sunat Arafah ✨

Semoga Hari Arafah kali ini menjadi peluang untuk kita memperbanyakkan doa, istighfar dan amalan kebaikan.

Jangan lupa niat puasa Arafah ya 🤲

Aidiladha bukan sekadar tentang sambutan, tetapi juga tentang keikhlasan dan pengorbanan 🩵✨Menjelang Hari Raya Haji yang...
25/05/2026

Aidiladha bukan sekadar tentang sambutan, tetapi juga tentang keikhlasan dan pengorbanan 🩵✨

Menjelang Hari Raya Haji yang bakal tiba, ibadah qurban menjadi antara amalan yang sangat dituntut bagi umat Islam yang berkemampuan.

Selain melaksanakan ibadah ini, penting juga untuk kita memahami panduan dan adab qurban supaya setiap amalan dilakukan dengan lebih sempurna dan penuh penghayatan 🕊️

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan menjadi peringatan buat kita semua dalam menghayati makna sebenar pengorbanan.

Tahun ni siapa yang buat ibadah qurban? Cuba komen di bawah 🤲🐐

FULL HOUSE. FULL ENERGY. SOLD OUT 💧⚽🔥Terima kasih kepada semua penyokong yang singgah ke booth Bubbles O2 sepanjang Fina...
23/05/2026

FULL HOUSE. FULL ENERGY. SOLD OUT 💧⚽🔥

Terima kasih kepada semua penyokong yang singgah ke booth Bubbles O2 sepanjang Final Piala Malaysia 2025/2026 malam ini.

Booth Bubbles O2 memang tak putus-putus dikunjungi orang ramai, dengan ramai penyokong turut join game dan membawa pulang hadiah istimewa daripada Bubbles O2 🎁🙌

Sambutan yang diberikan memang luar biasa sampai semua stock Bubbles O2 habis terjual 💙

Seronok dapat menjadi sebahagian daripada kemeriahan malam final bersama ribuan penyokong bola sepak Malaysia.

Terima kasih atas setiap sokongan, setiap pembelian dan setiap momen yang dikongsi bersama kami di Bukit Jalil 💧🏟️

Jumpa lagi di next game👀🔥

Tahniah kepada Arif Aiman atas kemenangan Man of the Match Final Piala Malaysia 2025/2026 ⚽🏆🔥Anugerah ini telah disampai...
23/05/2026

Tahniah kepada Arif Aiman atas kemenangan Man of the Match Final Piala Malaysia 2025/2026 ⚽🏆🔥

Anugerah ini telah disampaikan oleh Pengerusi Bubbles O2, Dato’ Haji Arifin Marzuki, sebagai simbol penghargaan buat aksi cemerlang yang dipamerkan sepanjang perlawanan akhir edisi ke-99 ini.

Bubbles O2 amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada malam penuh bersejarah ini dan terus menyokong perkembangan bola sepak tempatan 💧⚽

Sekali lagi tahniah Arif Aiman 👏🔥

Address

Lot 4494, 4495, 4498, 4499, Kawasan Perindustrian Halal MIEL, Kampung Merbau Sembilan
Pedas
71400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 13:00

Telephone

+60389229858

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bubbles O2 HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share