27/11/2018
6 SEBAB JURURAWAT YANG BAGUS AKHIRNYA MENINGGALKAN KITA!
Sering KITA dengar MATRON/ SR mengeluh kerana JURURAWAT yang cemerlang akhirnya meninggalkannya dan pergi berkerja di HOSPITAL lain. Ia tentunya menjatuhkan self-esteem dan meningkatkan kos untuk melatih staf baru tak kira di hospital kerajaan mahupun swasta. Kita mungkin menyalahkan berbagai perkara. Hakikatnya adalah orang bukan berhenti kerja, tetapi ‘berhenti berkerja dengan kita.’
KEBARANGKALIAN ITU ADALAH....
#1 – Kita memberi bebanan kerja lebih. Cara paling cepat untuk membuatkan JURURAWAT ‘burn-out’ adalah berikan kerja yang banyak kepada mereka. Apabila kita melihat seorang JURURAWAT membuat kerja dengan cemerlang, kita cenderung untuk menambah kerja yang lebih kepadanya agar produktiviti HOSPITAL meningkat.
#2 – Kita tidak mengiktiraf sumbangan JURURAWATdan tidak memberi ganjaran terhadap hasil kerja yang bagus. Jangan lupa untuk memberikan pujian dan menepuk belakang pekerja yang bagus hasil kerjanya. Kita mesti berkomunikasi dengan mereka dan memberi ganjaran yang betul agar mereka sentiasa rasa bermotivasi untuk terus menghasilkan kerja yang bagus-bagus.
#3 – Kita bersikap tidak menghiraukan mereka. Sebahagian besar orang berhenti kerja kerana hubungan yang kurang baik dengan bos. Banyak HOSPITAL yang mempunyai ketua yang gagal untuk bersikap mengambil peduli terhadap orang bawahan akan mengalami ‘turnover rate’ yang tinggi. Sukar untuk seseorang berkerja dengan baik apabila dia terpaksa bekerja di bawah orang yang dia benci.
#4 – Kita tidak menepati janji. Apabila kita berjanji (secara verbal) dengan orang bawahan, kita sebenarnya sedang meletakkan diri kita di antara dua kemungkinan iaitu:
(1) dia akan sangat gembira dengan kita atau
(2) dia akan benci kepada kita lalu meninggalkan kita.
Apabila kita gagal menepati janji, kita akan dilihat sebagai penipu dan pembelit.
#5 – Kita membawa masuk ( ) dan menaikkan pangkat orang yang salah. Apabila kita membawa masuk orang yang tidak dapat berkerjasama dengan mereka, ini akan merendahkan motivasi kerja. Jika kita menaikkan pangkat orang yang mereka tidak s**a, motivasi kerja mereka akan terus jatuh dan lama-kelamaan mereka akan berhenti.
#6 – Kita tidak berikan peluang agar mereka dapat buat perkara yang amat mereka s**a. JURURAWAT yang berbakat mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu kerja.
FIKIRKAN… JIKA KITA MAHU PEKERJA YANG CEMERLANG KEKAL, SENTIASA FIKIR BAGAIMANA KITA MELAYAN MEREKA!
Diadaptasi dari penulisan saudara Khairul Azan Ahmad
Gambar sekadar hiasan dari .
Kredit: Muhammad Abdullah