25/10/2026
SINERGI SIHAT, KOMUNITI HEBAT!
Hospital bukan sekadar tempat mengambil ubat, tetapi tempat di mana harapan dan sokongan moral bermula. Rawatan perubatan akan lebih bermakna apabila disertai dengan bantuan kebajikan dan kasih sayang sesama komuniti.
Alhamdulillah, Program Sinergi Sihat Komuniti Hebat bersempena Karnival Kerja Sosial Perubatan Peringkat Zon Utara 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Oktober 2026 di Hospital Pendang! Program yang bermakna ini menyatukan kepakaran dan rakan sinergi dari 4 buah negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang, dan Perak!
Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YB Mejar (B) Mansor bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Dr Jeremy Rodney Davis, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), En Roslee Mehat, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Pendang, Pengarah-pengarah Hospital, Pegawai-pegawai Kesihatan Daerah, Ketua Profesion dan Ketua Bidang Negeri Kerja Sosial Perubatan serta para jemputan.
Antara pengisian sepanjang program :
* Penyerahan mock cheque bantuan kepada Pengarah Hospital dan Pegawai Kesihatan Daerah di Negeri Kedah serta Ketua Bidang PKSP Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis.
* Penyampaian penghargaan buat agensi rakan sinergi
* Sumbangan kebajikan kepada pesakit penerima bantuan Tabung Bantuan Sejahtera dan Lembaga Zakat Negeri Kedah.
• Aktiviti Santai dan Sihat: Fun Walk 3KM, senamrobik dan Sukan Rakyat PAWE.
• Pertandingan Ceria: Pertandingan mewarna kanak-kanak dan Pertandingan Kerabu Sihat.
• Pameran dan Jualan: Booth pameran agensi, pemeriksaan kesihatan, dan gerai jualan.
Setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur, Profesion Kerja Sosial Perubatan (PKSP) Zon Utara dengan kerjasama Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia serta Kelab Ukhwah dan Kebajikan Hospital Pendang.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan agensi, seluruh warga kerja Hospital Pendang dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga hubungan sinergi ini terus mekar demi kesejahteraan masyarakat!