Dr Azri Fikry

Directions Website Contact the practice

Dr Azri Fikry Selamat datang ke FB Page kami! Dr Azri Fikry adalah Dr Pakar Kanak-Kanak di Putra Specialist Melaka Dr Azri berpengalaman di bidang Paediatrik sejak 2010.
(204)

Beliau pulang ke Malaysia pada 2008 setelah mendapat kelulusan daripada Universiti of Auckland (New Zealand) dan seterusnya kepakaran dari Universiti Sains Malaysia. Sebagai ayah, beliau juga berkongsi aspirasi yang sama dengan ibu bapa yang lain. Kita berikan apa yang terbaik untuk anak-anak. Berdasarkan objektif ini, klinik beliau menawarkan rawatan kepada masalah kesihatan anak. Penerangan dan pilihan rawatan sentiasa ditawarkan agar menepati pilihan ibu bapa sewaktu konsultasi. Selain itu, imunisasi adalah cabang perubatan yang diangkat tinggi oleh beliau. Sejarah tentang bahaya penyakit dan komplikasi mengajar agar 'mencegah lebih baik daripada merawat' sering ditekankan agar penyakit berjangkit ini tidak menimpa sesiapa. Minat Dr Azri pada bidang kesihatan kanak-kanak juga telah membawa beliau kem kesihatan di Malaysia mahupun luar negara. Beliau bergerak sebagai aktivis kesihatan di dalam aktiviti di Kuching, Kota Bharu, Masai dan juga Kemboja. Hampir setiap hari beliau turut menulis artikel berkenaan kesihatan anak-anak. Tujuan penulisan adalah untuk meningkatkan kualiti kesihatan di samping memberi peluang kepada ibu bapa untuk bertanya kepada doktor di ruang maya.

Selamat berkempen, Melaka. Saya tengah fikir² lagi nak pergi penamaan calon Dun AEON Bandaraya, tapi masih sangkut kat k...
31/10/2026

Selamat berkempen, Melaka. Saya tengah fikir² lagi nak pergi penamaan calon Dun AEON Bandaraya, tapi masih sangkut kat klinik lagi ni 😁.

Mana² pun, jaga adab dalam berkempen. Parti politik cuma wadah, bukan akidah.

Percayalah, konsep "setuju untuk tak bersetuju" lebih mudah cakap daripada buat masa² kempen.

Eksperimen baru! Saya kira ini sukses. Kami berikhtiar dengan NGO Suri untuk bawa buku ke dalam kehidupan di wad. Mereka...
28/10/2026

Eksperimen baru!

Saya kira ini sukses. Kami berikhtiar dengan NGO Suri untuk bawa buku ke dalam kehidupan di wad.

Mereka bukan sekadar bawa buku, ada juga sesi bercerita. Biarpun tak lama, tapi ok!

15 minit mendengar orang bercerita bersamaan 15 minit masa kurang pegang gajet.

Kalau orang Melaka tak sokong jugak tak tahu la nak cakap apa.
26/10/2026

Kalau orang Melaka tak sokong jugak tak tahu la nak cakap apa.

Alhamdulillah! Melaka nampak clear sangat kan pagi ni? Bacaan bukanlah terlalu cantik, tp rasa lain betul hari ni. Semog...
25/10/2026

Alhamdulillah! Melaka nampak clear sangat kan pagi ni?

Bacaan bukanlah terlalu cantik, tp rasa lain betul hari ni. Semoga berterusan!

Selamat Hari Jumaat!Terima kasih atas hadiah. Tak sempat nak kurus, gemuk balik nampak gaya. Lama tak update, nanti berk...
23/10/2026

Selamat Hari Jumaat!

Terima kasih atas hadiah. Tak sempat nak kurus, gemuk balik nampak gaya.

Lama tak update, nanti berkesempatan, insyaAllah

DAH KE BELUM? 1. Yang berusaha, dah berjaya ke belum?2. Yang belum, kenapa belum berjaya?3. Yang belum merancang, bila n...
21/10/2026

DAH KE BELUM?

1. Yang berusaha, dah berjaya ke belum?

2. Yang belum, kenapa belum berjaya?

3. Yang belum merancang, bila nak mula?

4. Yang nak mula, tahu ke macam mana?

5. Konsep suku-suku separuh adalah langkah yang elok.

6. Yang paling penting, jangan ambil jumlah kalori melebihi yang sepatutnya. Secara kasar, untuk lelaki 1800 kcal dan perempuan 1500 kcal.

7. Cara nak kira? Saya muat turun app MyNutriDiari2 di Google Playstore.

8. Kalau pagi anda sudah mengambil teh tarik (125 kcal) dan nasi goreng ayam (590 kcal), anda sudah menggunakan 715 kcal daripada kapasiti harian. Maka, ada baki lebih kurang 1100 kcal.

9. Keperluan tenaga berkurangan menjelang petang dan malam. Elakkan makanan manis dan makan lewat malam. Budaya makan lewat malam tidak sihat.

10. Kuantiti kecil tidak bermakna kalori sedikit. 1 pisang goreng bersamaan 120 kcal, ambil 4 belum tentu kenyang tetapi sudah menghampiri 500 kcal. Baik ambil nasi yang lebih kenyang dan berkhasiat.

11. Senaman? Memang penting. Tapi nak kurus bermula dengan pemakanan dahulu. Tak guna bersenam lari 10 km tetapi makan sampai 3000 kcal sehari.

14/10/2026

Teruk jerebu hari ni rasa keluar hospital, depan mata pun rasa berhabuk

Masih ok, Alhamdulillah!
12/10/2026

Masih ok, Alhamdulillah!

Lari kat treadmill je la dapat. Bila nak dapat lari kat luar balik ni? Tepi sungai tu macam layan jeeeeeeeeee....P/s jan...
09/10/2026

Lari kat treadmill je la dapat.

Bila nak dapat lari kat luar balik ni? Tepi sungai tu macam layan jeeeeeeeeee....

P/s jangan tunjuk hero lari kat luar ya. Tak padan dengan risiko.

Address

Putra Specialist Hospital Melaka
Pengkalan Rama

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Azri Fikry posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr Azri Fikry:

Shortcuts

Share

Category

Nearby clinics