Pengarah Hospital Sungai Siput

Pengarah Hospital Sungai Siput Fb rasmi Pengarah Hospital Sungai Siput, Perak untuk sebarang hebahan dan pengumuman terkini...

05/06/2026
02/06/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/ Puan,

Dimaklumkan bahawa talian telefon Hospital Sungai Siput (HSS) sedang mengalami masalah teknikal susulan gangguan bekalan elektrik yang dilakukan. Panggilan keluar dan masuk tidak dapat diterima buat masa ini.

Pihak IT dan vendor sedang dalam usaha untuk menangani isu tersebut. Sebarang maklumat lanjut akan di maklumkan dari masa ke masa.

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.

*2 JUN 2026*
*UNIT IT*

31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Ke Hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, SULTAN IBRAHIM sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim Daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja Hospital Sungai Siput

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

29/05/2026

Ketika berziarah ke rumah saudara mara sempena Hari Raya Aidiladha ๐ŸŒ™โœจ, para tetamu akan dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan ๐Ÿฒ๐Ÿ› yang menyelerakan.

Sesetengah hidangan yang dihidangkan mengandungi kalori yang tinggi yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

โ€ผ๏ธJangan lupa untuk amalkan makan secara seimbang dan sederhana mengikut konsep Pinggan Sihat Malaysia - Suku Suku Separuh.

27/05/2026

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd. ๐ŸŒ™โœจ

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M kepada seluruh umat Islam, khususnya buat penduduk Sungai Siput, para pesakit, dan seluruh rakyat Malaysia.

Aidiladha membawa pengertian yang besar tentang erti sebuah pengorbanan dan keikhlasan. Mengambil iktibar daripada semangat ini, kami di Hospital Sungai Siput akan terus komited berkorban masa dan tenaga demi memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik buat anda semua.

Kepada yang memandu pulang ke kampung atau ke tempat ziarah, berhati-hatilah di jalan raya. Jaga kesihatan dan amalkan pemakanan yang seimbang sepanjang musim perayaan ini.

Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada:
Pengarah & Seluruh Warga Kerja
Hospital Sungai Siput, Perak

26/05/2026
Petang semalam, telah berlangsungnya mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat(ALP) Hospital Sungai Siput Bil 1/2026 dengan jayanya...
26/05/2026

Petang semalam, telah berlangsungnya mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat(ALP) Hospital Sungai Siput Bil 1/2026 dengan jayanya. Ahli Lembaga Pelawat Hospital wujud sebagai pengantara pihak hospital dan komuniti. Pelbagai masalah telah dibangkitkan dan difikirkan solusi bersama. Program yang boleh dianjurkan juga telah diusul untuk dilaksanakan bersama. Diharapkan kerjasama erat ini akan menghasilkan kesedaran penyakit dan ilmu yang memanfaatkan rakyat Sungai Siput.

Kunjungan hormat ke Pejabat Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Tn Azrul Sani bin Ibraham yang tidak terancang menjumpakan say...
21/05/2026

Kunjungan hormat ke Pejabat Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Tn Azrul Sani bin Ibraham yang tidak terancang menjumpakan saya dengan seorang pemimpin yang cukup prihatin dengan kebajikan dan kesiapsagaan daerah untuk menguruskan bencana di Daerah Kuala Kangsar. Di Sungai Siput ada kawasan yang boleh banjir semasa hujan lebat kilat menyebabkan limpahan Sungai Pelus. Tn Azrul telah mempengerusikan mesyuarat pelbagai agensi dan perkara yang tidak dilupakan untuk dimasukkan adalah โ€œsickbayโ€ untuk golongan yang uzur serta pendaftaran pesakit yang ada penyakit kronik. Perjumpaan ini akan dimajukan dalam kerjasama erat Hospital Sungai Siput dengan agensi lain untuk kesejahteraan penduduk setempat.

18/05/2026

๐Ÿ“ข JOM SERTAI โ€œSTEPS TO HEALTH โ€“ STEPROBICโ€ ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ•บ

Semua warga kerja HSS dijemput menyertai aktiviti kecergasan:

๐Ÿ“… Tarikh: 21 Mei 2026 (KHAMIS)
๐Ÿ•“ Masa: 4.00 โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Foyer Pentadbiran HSS

โœจ Sijil penyertaan disediakan!
๐ŸŽ‰ Mari luangkan masa bersama untuk kekal aktif, sihat dan cergas.

Anjuran:
Kelab Sukan dan Rekreasi HSS
Sila serahkan senarai nama kepada PT Hartishah untuk tujuan surat pelepasan sebelum 19/5/2026 SELASA



Address

Jalan Felda Lasah
Perak Darul Ridzuan
31100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengarah Hospital Sungai Siput posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pengarah Hospital Sungai Siput:

Share