17/11/2022
Ramai yang mengalami masalah sukar untuk buang air besar pada waktu pagi. Ada p**a yang tidak rasa langsung untuk buang air besar beberapa hari. Adakah ini sembelit?
Sembelit adalah masalah yang biasa kita alami. Ia juga antara punca kita berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan atau ke farmasi untuk mendapatkan ubat bagi melegakan masalah ini.
Kadang kala kita tidak peduli pun kalau beberapa hari kita tidak buang air besar. Namun selalunya kita mula merasakan ia menjadi satu masalah apabila kita menjadi tidak selesa. Perut kita menjadi kembung, atau kita terpaksa meneran untuk mengeluarkan najis kita. Kita rasa tak selera untuk makan kerana abdomen kita tidak selesa. Kadang kala rasa mahu muntah apabila terbau masakan terutama yang bergoreng. Pada masa ini barulah kita mencari rawatan.
Sebenarnya sembelit bukanlah bergantung pada tempuh masa. Sembelit berpunca dari pergerakan usus besar yang agak perlahan dari biasa. Ada orang yang buang air besar tiga kali sehari, ada yang buang air besar sekali dalam tiga hari. Jadi tidak ada tempuh masa yang mendefinasikan seorang itu sembelit atau tidak.
Sembelit adalah kesukaran untuk buang air besar, yang tidak seperti biasa. Luar dari kebiasaan. Orang yang normal, apabila terasa tidak selesa (atau ada rasa mahu buang air besar), akan terus ke tandas, duduk dan buang. Mudah. Keluar dengan kuantiti yang banyak. Tiada masalah.
Bagi orang yang sembelit, dia terpaksa menunggu lama. Itu yang menyebabkan orang lain yang ingin menggunakan tandas rasa marah. “Kenapalah lama sangat dalam bilik air ni. Sembelit ke?”
Orang yang sembelit terpaksa meneran. Najis menjadi keras dan keluar secara sedikit-sedikit. Kadang kala rasa macam tiada yang keluar. Inilah yang dikatakan sembelit.
Walau bagaimana pun pada kebanyakan orang, jika tidak buang air besar melebihi tiga hari, ia suatu yang menyebabkan kita rasa tidak selesa. Kerana semakin lama najis berada dalam usu besar atau re**um dan kolon, ia akan menyerap air najis semula ke dalam tubuh. Jadi ia harus dibuangkan apabila ia sedia untuk dibuangkan.
Jadi najis yang normal adalah najis yang semi-solid, berwarna agak kegelapan sedikit dan mudah untuk dikeluarkan tanpa perlu meneran. Dan tiada darah. Itu yang penting.