27/08/2026
Bermain vs. Terapi Bermain — Apa Bezanya?
* Bermain ialah aktiviti yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak.
Contohnya bermain dengan mainan, melukis, membuat kraftangan, bermain permainan atau bermain bersama orang lain.
* Terapi bermain p**a ialah satu bentuk terapi yang menggunakan bermain untuk membantu kanak-kanak.
Melalui bermain, kanak-kanak boleh meluahkan perasaan, berkongsi pengalaman dan meneroka perkara yang mungkin sukar untuk mereka ceritakan dengan kata-kata.
* Terapi bermain dilakukan oleh Play Therapist yang mempunyai latihan khusus.
Ia bukan sekadar belajar beberapa permainan atau aktiviti dan kemudian memanggilnya sebagai terapi bermain.
* Setiap sesi mempunyai tujuan terapeutik.
Play Therapist bukan sekadar bermain atau menghiburkan kanak-kanak. Mereka memahami apa yang berlaku dalam sesi dan menggunakan kemahiran terapi yang sesuai untuk menyokong kanak-kanak.
* Kanak-kanak diberi ruang yang selamat untuk menjadi diri mereka sendiri.
Mereka tidak perlu “bermain dengan betul”, menang atau menghasilkan sesuatu yang cantik.
* Hubungan antara kanak-kanak dan Play Therapist sangat penting.
Bukan mainan atau aktiviti semata-mata yang menjadikan sesuatu sesi itu terapi.
* Apa yang berlaku dalam sesi juga adalah sulit dan peribadi.
Maklumat tentang anak dikendalikan secara profesional, dengan pengecualian tertentu apabila melibatkan keselamatan dan perlindungan kanak-kanak.
researchbased