05/06/2026
🌟Thrive Well Community Day: Batu Muda & Lembah Subang 1🌟
On 10 May 2026 at PPR Batu Muda and 17 May 2026 at PPR Lembah Subang 1, more than 100 residents participated in programs in their respective communities to celebrate Community Day with the theme “Keluarga Erat, Komuniti Bahagia”.
🎉Our Ambassadors created a vibrant atmosphere by organising fun games, competitions, and a lucky draw. Together, we also set up four mental health booths:
1. Screening Booth – assessing the emotional well-being of children and adults.
2. How We Communicate – raising awareness on tone and communication styles.
3. Recognise Emotions & Resolve Conflict – helping adults manage conflict while children learn to identify and express emotions healthily.
4. Appreciate Mom & Family Members – encouraging gratitude and strengthening family bonds.
🌈 The response from the community was overwhelmingly positive, with many participants sharing that they gained greater awareness of emotional well-being, where to seek support, and the importance of strong family and community relationships.
A big thank you to everyone who joined us, our dedicated Community Ambassadors, our volunteers and staff for their hard work, and our funder, Yayasan Hasanah, for making these events possible ❤️
Yayasan Hasanah
Kementerian Kewangan
________________________________________________________________
🌟Hari Komuniti Thrive Well: Batu Muda & Lembah Subang 1🌟
Pada 10 Mei 2026 di PPR Batu Muda dan 17 Mei 2026 di PPR Lembah Subang 1, lebih daripada 100 penduduk telah menyertai program di komuniti masing-masing bagi meraikan Hari Komuniti bertemakan “Keluarga Erat, Komuniti Bahagia”.
🎉 Untuk memeriahkan suasana, para Duta menganjurkan permainan, pertandingan, dan cabutan bertuah. Bersama-sama, kami turut menyediakan empat booth kesihatan minda:
1. Booth Saringan – menilai kesejahteraan emosi kanak-kanak dan komuniti.
2. Cara Kita Berkomunikasi – meningkatkan kesedaran tentang nada suara dan gaya komunikasi.
3. Kenali Emosi & Selesaikan Konflik – membantu orang dewasa mengurus konflik, manakala zon kanak-kanak memberi kefahaman bahawa semua emosi adalah normal dan perlu diungkapkan dengan cara yang sihat.
4. Hargai Ibu & Ahli Keluarga – menggalakkan penghargaan dalam keluarga dan mengeratkan hubungan emosi.
🌈 Maklum balas yang diterima amat positif, dengan ramai peserta menyatakan bahawa mereka lebih memahami kesejahteraan emosi, cara mendapatkan bantuan, serta kepentingan hubungan yang erat antara diri, keluarga dan komuniti.
Terima kasih kepada semua penduduk yang hadir, para Duta Komuniti, staf dan sukarelawan atas usaha mereka, serta penaja kami, Yayasan Hasanah, atas sokongan yang telah menjayakan program-program ini ❤️
Yayasan Hasanah
Kementerian Kewangan