Alfa Diagnostik Sdn Bhd

Call Directions Website Contact the practice

Alfa Diagnostik Sdn Bhd Co Reg : 1033482-X

Selamat Hari Kebangsaan yang ke 69 Tahun!Merdeka! Semoga kemerdekaan ini terus membawa kemakmuran dan keamanan buat semu...
31/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan yang ke 69 Tahun!

Merdeka! Semoga kemerdekaan ini terus membawa kemakmuran dan keamanan buat semua rakyat Malaysia. Marilah kita terus memupuk semangat patriotik dan bersama-sama mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi.

Alfa Diagnostik Sdn Bhd

*Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M*"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahaiMuhammad), melainkan untuk menjadi rahma...
25/08/2026

*Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M*

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai
Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
*(Surah Al-Anbiyaa': 107)*

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati akhlak dan sunnah baginda sebagai panduan dalam kehidupan.

*Alfa Diagnostik Sdn Bhd*

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga kerja Alfa Diagnostik Sdn Bhd!Di sebalik setiap pengorbanan, tersimpa...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga kerja Alfa Diagnostik Sdn Bhd!

Di sebalik setiap pengorbanan, tersimpan nilai keikhlasan yang mendekatkan hati sesama insan.
Aidiladha mengajar kita bahawa setiap usaha yang dilakukan dengan penuh ikhlas pasti hadir bersama hikmah dan keberkatan.

Semoga Aidiladha ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan rahmat buat anda sekeluarga.

18/02/2026

Selamat datang bulan yang dirindui. Semoga Ramadan kali ini menjadi lembaran baru yang lebih suci buat kita semua. Semoga setiap doa diangkat dan setiap amal diterima insyaAllah.

Selamat menunaikan ibadah puasa buat seluruh warga kerja, pelanggan dan rakan strategik Alfa Diagnostik Sdn Bhd.

Ikhlas Daripada,
Alfa Diagnostik Sdn Bhd

As we welcome the Chinese New Year, we would like to express our heartfelt gratitude to our valued clients and partners ...
17/02/2026

As we welcome the Chinese New Year, we would like to express our heartfelt gratitude to our valued clients and partners for your continued trust and support.

May the Year of the Horse bring wisdom, resilience and continued achievements to you.

Gong Xi Fa Cai!

Alfa Diagnostik Sdn Bhd

MAKMAL PATOLOGI KIMIA: MEMBANTU PENJAGAAN KESIHATAN UNGGUL(KONGSI PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN)SIRI 9: INTERNAL QUALITY CO...
12/02/2026

MAKMAL PATOLOGI KIMIA: MEMBANTU PENJAGAAN KESIHATAN UNGGUL
(KONGSI PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN)

SIRI 9: INTERNAL QUALITY CONTROL (Peraturan Westgard)

Pada siri ke 8, kita telah membincangkan dua peraturan Westgard iaitu 13S dan 12S Penggunaan peraturan ini adalah berasaskan penggunaan dua IQC iaitu IQC normal dan IQC abnormal. Pada sesi yang lepas, apabila IQC kita terletak pada 13S, iaitu satu level IQC berada antara Mean+2SD dan Mean -2SD sementara satu level lagi berada melebihi Mean +3SD atau Mean – 3SD, maka sampel pesakit tidak boleh dianalisa sebaliknya troubleshooting pada parameter tersebut perlu dilakukan sehingga IQC kita memenuhi piawai yang ditetapkan. 12S p**a memberi maksud satu level IQC berada diantara Mean +2SD dan Mean – 2SD sementara satu level lagi berada antara Mean + 2SD dan Mean +3SD atau Mean -2SD dan Mean -3SD. Jka IQC berada di 12S, ia memberi makna warning dan sampel pesakit masih boleh dianalisa tetapi perlu pemerhatian yang sewajarnya.

Pada siri ke 9 ini kita akan menyambung semula perbincangan kita berkaitan peraturan Westgard yang berikut iaitu 22S, R4S dan 10X. 22s bermaksud dua level IQC berada antara Mean +2SD dan Mean+3SD atau Mean - 2SD dan Mean -3SD secara berturutan. Jika 22S berlaku, maka sampel pesakit tidak boleh dianalisa. R4S bermaksud IQC level normal melebihi Mean + 2SD dan level abnormal melebihi Mean - 2SD atau sebaliknya. Keadaan ini berlaku dalam situasi within run dan bukannya between run. Jika R4S ini berlaku sampel tidak boleh dianalisa.

AKAN BERSAMBUNG DI SIRI KE 10

DARI MEJA PEGAWAI SAINS KIMIA HAYAT
SAIRI SATARI, BCN
(NO PENDAFTARAN: MAHPC (MLS) 00829)

✨ Selamat Tahun Baru 2026!✨Alfa Diagnostik Sdn Bhd ingin mengucapkan selamat tahun baru 2026 kepada seluruh rakyat Malay...
02/01/2026

✨ Selamat Tahun Baru 2026!✨

Alfa Diagnostik Sdn Bhd ingin mengucapkan selamat tahun baru 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Terima kasih terutamanya kepada semua rakan niaga dan klien kami atas kepercayaan serta sokongan berterusan yang diberikan.

Semoga tahun baharu ini membawa lebih banyak kejayaan, kesihatan yang baik dan peluang yang bermakna untuk kita maju bersama.

Kami komited untuk terus memberikan perkhidmatan dan solusi diagnostik yang terbaik.

New business partnership
02/12/2025

New business partnership

MAKMAL PATOLOGI KIMIA: MEMBANTU PENJAGAAN KESIHATAN UNGGUL(KONGSI PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN)SIRI 8: INTERNAL QUALITY CO...
22/09/2025

MAKMAL PATOLOGI KIMIA: MEMBANTU PENJAGAAN KESIHATAN UNGGUL
(KONGSI PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN)

SIRI 8: INTERNAL QUALITY CONTROL (Peraturan Westgard)

Quality control adalah proses yang direka untuk memantau dan menilai proses analitikal yang menghasilkan keputusan analisa sampel pesakit. Oleh itu, sampel pesakit hanya akan dianalisa jika keputusan analisa Internal Quality control (IQC) berada dalam julat yang dibenarkan dan jika sebaliknya, sampel pesakit tidak akan dianalisa dan proses troubleshoot perlu dijalankan sehingga keputusan analisa IQC boleh diterima (acceptable).

Sebelum menilai acceptability keputusan analisa IQC, pihak makmal perlu menentukan nilai Mean, SD dan mengira julat IQC. Pihak makmal tidak digalakkan menggunakan nilai Mean, SD dan julat IQC berasaskan insert kit IQC kerana julat dalam insert kit terlalu besar dan dibimbangi tidak dapat mengesan error yang berlaku seterusnya memberi kesan kepada keputusan penganalisaan sampel pesakit.

Secara umum, apabila kita menerima material IQC baru (nombor lot baru), kita perlu mengira nilai Mean, SD, dan CV bagi makmal kita. Mean yang dikira akan menjadi Mean makmal dan SD yang dikira digunakan untuk menentukan julat IQC makmal. Oleh itu, nilai harian IQC yang dianalisa perlu dalam julat makmal yang telah ditentukan.

Sebelum kita menentukan nilai mean, SD dan CV makmal, kita perlu melakukan perbandingan CV insert kit reagent dan standard CV makmal. Standard CV makmal adalah spesifikasi imprecision makmal yang dirujuk bagi memantau nilai CV bulanan makmal. Spesifikasi imprecision boleh dipilih dari EFLM Biological Variation samada maksimum, desirable ataupun minimum. Nilai CV bulanan makmal yang dikira seharusnya lebih rendah dari spesifikasi imprecision yang telah ditetapkan oleh pihak makmal.

Apabila kita ingin menentukan nilai Mean, SD dan CV bagi material IQC baru, langkah-langkah berikut adalah dicadangkan iaitu,

• Menentukan spesifikasi imprecision makmal berdasarkan biological variation
• Mengenalpasti nilai CV insert kit setiap reagent bagi parameter yang dipilih
• Melakukan sekurang-kurangnya 20 analisa material IQC baru untuk setiap parameter yang dipilih dalam masa 20 hari atau 20 analisa dalam masa 2 minggu.
• Buat pengiraan Mean, SD dan CV bagi setiap parameter yang dipilih. Nilai CV bagi setiap parameter seharusnya terletak antara CV reagent dan CV spesifiasi imprecision .
• Membina graf Levey-Jennings dengan menggunakan Mean dan SD makmal. Julat Levey-Jennings adalah Mean ± 3SD. Setiap data IQC akan diplot di graf ini untuk menentukan jenis error yang berlaku apabila terdapat ketidak patuhan IQC.

Dalam menilai ketidak patuhan IQC di makmal, kita menggunakan peraturan Westgard (Westgard Rules) terhadap data yang diplot di graf Levey-Jennings. Antara peraturan yang digunapakai bagi penggunaan dua level IQC, normal dan abnormal adalah seperti berikut:

1a. Peraturan ini bermaksud satu level IQC melebihi Mean + 3SD dan satu level berada di Mean ± 2SD

ATAU

1b. Peraturan ini bermaksud satu level IQC Melebihi Mean – 3SD dan satu level berada di Mean ± 2SD

• Jika parameter IQC berada di 13S, maka
parameter sampel tidak boleh dianalisa. Pihak makmal perlu menjalankan troubleshoot sehingga
parameter IQC bermasalah melepasi peraturan Westgard. Catatan: Level yang melebihi Mean +3SD atau Mean -3SD berkemungkinan level normal atau level abnormal.

2a. Peraturan ini bermaksud satu level IQC samada level normal atau level abnormal berada antara
Mean + 2SD dan Mean + 2SD

ATAU

2b. Satu level IQC samada level normal atau level abnormal berada antara Mean - 2SD dan Mean – 2SD

• 12S bermakna berjaga-jaga dan sampel pesakit untuk parameter berkaitan masih boleh dianalisa
Catatan: Level yang melebihi Mean +3SD atau Mean -3SD berkemungkinan level normal atau level abnormal.

BERSAMBUNG DI SIRI KE 9

DARI MEJA PEGAWAI SAINS KIMIA HAYAT
SAIRI SATARI, BCN
(NO PENDAFTARAN: MAHPC (MLS) 00829)

Dari Perlis hingga ke Sabah, kita disatukan oleh kepelbagaian budaya, bahasa dan tradisi yang membentuk identiti Malaysi...
16/09/2025

Dari Perlis hingga ke Sabah, kita disatukan oleh kepelbagaian budaya, bahasa dan tradisi yang membentuk identiti Malaysia yang unik.

Sempena Hari Malaysia, Pengurusan dan Warga Kerja Alfa Diagnostik Sdn Bhd ingin menzahirkan ucapan selamat kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan terus subur, menjadikan negara kita lebih makmur dan sejahtera.

Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾

Address

Jalan PJU 1A/13
Petaling Jaya
47301

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alfa Diagnostik Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Alfa Diagnostik Sdn Bhd:

Shortcuts

Share

Category