23/08/2026
Lawatan Kerja Pengurusan Kejururawatan dari Hong Kong ke PPUM
Pada 20 Ogos 2026 yang lalu, PPUM menerima kunjungan daripada The Hong Kong Metropolitan University, School of Nursing and Health Sciences, diketuai oleh Puan Tsu Sez Vinn bersama 29 orang pengajar dan pelajar.
Lawatan tersebut turut diiringi oleh Puan Roslina binti Zakaria, Pengajar Jururawat, serta Ketua Jururawat PPUM.
Lawatan ini melibatkan sesi perkongsian dan kunjungan ke Command Centre, Virtual Ward dan Telehealth bagi melihat dengan lebih dekat amalan kejururawatan serta penggunaan teknologi dalam pengendalian pesakit di PPUM.
Semoga lawatan dan perkongsian ini dapat membuka lebih banyak ruang untuk kerjasama serta perkongsian ilmu antara kedua-dua institusi pada masa akan datang.