Dr Sharifah Women's Clinic, Laparoscopic & Robotic Surgery

Dr Sharifah Women's Clinic, Laparoscopic & Robotic Surgery I am a Consultant Gynaecologist with 30 years of experience, expert in 3D Advanced Minimally Invasive Surgery and Robotic Gynaecologic Surgery.
(225)

I am also an Endometriosis specialist & surgeon capable of handling a complex and severe endometriosis spectrum You can find out more about Dr. Sharifah’s research, publications, and medical affiliations health information through Dr. Sharifah’s website www.drsharifah.com.my. Please stay with our Fan Page and be our Facebook Fans.

Resilience is never a choice until it’s your only one.Book your appointment today so you never have to carry it all alon...
31/08/2026

Resilience is never a choice until it’s your only one.

Book your appointment today so you never have to carry it all alone.

69 tahun berdiri megah, teguh bersama dalam kepelbagaian. Selamat Hari Kebangsaan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia!🇲🇾...
31/08/2026

69 tahun berdiri megah, teguh bersama dalam kepelbagaian. Selamat Hari Kebangsaan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia!

🇲🇾 “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka”

28/08/2026

"Normal ke senggugut sampai tak boleh bangun setiap kali period?" 💔
Bila sakit makin teruk, mula timbul rasa takut nak jumpa doktor sebab risau kanser. Tapi tahukah anda, masalah rahim seperti Endometriosis BUKAN kanser!
Jangan biar rasa takut atau stigma menghalang anda daripada mendapatkan rawatan awal. Ketahui perbezaan sebenar antara Kanser Endometrium dan Endometriosis supaya anda lebih peka dengan isyarat tubuh sendiri.
Sayangi rahim anda. Dapatkan pemeriksaan doktor dan simpan (bookmark) video ini untuk rujukan anda nanti! ✨

“Doktor, robot ke yang bedah saya nanti?” 🤖Ini antara soalan paling kerap saya terima bila sebut tentang Robotic Surgery...
26/08/2026

“Doktor, robot ke yang bedah saya nanti?” 🤖

Ini antara soalan paling kerap saya terima bila sebut tentang Robotic Surgery untuk endometriosis.

Jawapannya: Tidak. Robot tidak membedah secara automatik.

Setiap potongan, jahitan, dan keputusan klinikal dikawal 100% oleh pakar bedah dari konsol. Sistem robotik hanyalah ‘alat bantu canggih’ yang menterjemahkan pergerakan tangan doktor kepada instrumen mikro berketepatan tinggi di dalam pelvis pesakit.

Kenapa pembedahan robotik dicadangkan?

Endometriosis tahap mendalam (Deep Infiltrating Endometriosis) sering melibatkan ruang sempit di mana setiap milimeter sangat berharga.
ini boleh melekat pada:
• Saluran kencing (ureter) & pundi kencing
• Usus & rektum
• Saraf pelvis & saluran darah utama

Visual 3D definisi tinggi dan instrumen yang boleh berputar fleksibel membantu kami memisahkan lekatan (adhesions) dengan lebih teliti dan selamat.

Perkara penting yang pesakit perlu faham:

Parut kecil di luar ≠ Pembedahan ringan di dalam.

Walaupun luka di kulit hanya beberapa tebukan kecil, organ dalaman anda mungkin baru melalui pembedahan teliti berjam-jam. Tubuh tetap memerlukan masa yang cukup untuk sembuh.

Tiada pembedahan ajaib.

Teknologi tidak menjamin kesakitan hilang 100% serta-merta, terutamanya jika terdapat masalah lain seperti adenomiosis atau gangguan saraf pelvis.

Pembedahan terbaik bukan yang paling ‘canggih’, tetapi yang paling sesuai untuk anatomi dan keadaan anda. Sebelum bersetuju untuk sebarang prosedur, jangan takut untuk bertanya kepada doktor anda tentang pelan pembedahan dan risiko yang terlibat.

Kongsikan info ini kepada yang memerlukan ✨

InfoKesihatan Ginekologi

Salam Maulidur Rasul 1448H🌙Hari untuk kita mengenang, berselawat dan menghayati ajaran Rasulullah SAW. Semoga akhlak Bag...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H🌙

Hari untuk kita mengenang, berselawat dan menghayati ajaran Rasulullah SAW. Semoga akhlak Baginda menjadi teladan, sunnahnya menjadi amalan dan selawat sentiasa menghiasi hari-hari kita.

I had a great pleasure to be part of the faculty members for the gynae robotic session to share my experience in robotic...
24/08/2026

I had a great pleasure to be part of the faculty members for the gynae robotic session to share my experience in robotic assisted adenomyomectomy at SSMART conference by Sunway Medical Penang last Saturday

Pembedahan endometriosis bukan sekadar prosedur singkat—ia memerlukan ketelitian yang sangat tinggi di dalam dewan bedah...
24/08/2026

Pembedahan endometriosis bukan sekadar prosedur singkat—ia memerlukan ketelitian yang sangat tinggi di dalam dewan bedah. 🎗️

Pernah tertanya-tanya kenapa pembedahan ini boleh mengambil masa sehingga berjam-jam? Ini sebab utamanya:
Lesi Dalam (Deep Lesions) – Tisu endometriosis boleh menembusi jauh ke dalam organ dan dinding pelvis, bukan hanya di permukaan.

Pelekatan (Adhesions) – Keradangan menyebabkan organ seperti rahim, ovari, dan usus melekat antara satu sama lain dan perlu dipisahkan satu per satu.

Penglibatan Usus & Pundi Kencing – Apabila penyakit merebak ke organ penting ini, prosedur menjadi jauh lebih rumit.

Perlindungan Saraf & Ureter – Saluran kencing dan urat saraf sensitif berada sangat hampir dengan kawasan terjejas, jadi pakar perlu bergerak dengan amat berhati-hati.

Pembedahan Teliti Memerlukan Masa – Setiap pemotongan dilakukan dengan cermat untuk membuang tisu terjejas sambil memelihara organ dan kesuburan.

Prosedur yang lama ini sangat penting untuk memastikan hasil yang terbaik, mengurangkan risiko komplikasi, dan mencegah kesakitan daripada berulang. ❤️

💬 Share posting ini untuk kesedaran bersama! Pernahkah anda atau kenalan anda melalui pengalaman pembedahan endometriosis ini?

20/08/2026
20/08/2026

🤖 Robot Bedah ke, Dr. Bedah ni? 😂

Okay tak video AI ni? 👀✨
Kalau anda s**a, kami akan create banyak lagi video AI macam ni! 😆

Komen 👇 kalau nak lagi! 💬

MedicalContent

Dalam setiap kesakitan, ada keluarga yang tetap berada di sisi. 🤍Perjalanan menghadapi sakit ginekologi bukan mudah, tet...
19/08/2026

Dalam setiap kesakitan, ada keluarga yang tetap berada di sisi. 🤍

Perjalanan menghadapi sakit ginekologi bukan mudah, tetapi sokongan insan tersayang boleh menjadi kekuatan yang besar. Temanlah, dengarkanlah, dan jangan pernah kecilkan rasa sakit mereka.

Kerana kadang-kadang, apa yang mereka perlukan bukan sekadar rawatan — tetapi seseorang yang tetap di sisi. 🌷

Address

Hospital Picaso, Room 206 Level 2, 110, Jalan Professor Khoo Kay Kim, Seksyen 19
Petaling Jaya
46300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 13:00

Telephone

+60102888645

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Sharifah Women's Clinic, Laparoscopic & Robotic Surgery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr Sharifah Women's Clinic, Laparoscopic & Robotic Surgery:

Shortcuts

Share