Klinik Safamedic - Damansara - 24 Jam

Klinik Safamedic - Damansara - 24 Jam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Safamedic - Damansara - 24 Jam, Family doctor, NO 19, Jalan DANA 2, KAMPUNG SUNGAI KAYU ARA, Petaling Jaya.

Safamedic Clinics - Poliklinik Noriha at Bandar Utama Damansara provides Ultrasound Scan 2D 3D 4D, Detail Scan, Antenatal Care, Home Visit, STD Screening, Blood Test, Vaccination & Family Planning Services.

Panau sebenarnya adalah jangkitan KULAT kulit yang biasa berlaku.Ia bukan sebab badan kotor.Ia bukan sebab tak mandi.Ia ...
07/07/2026

Panau sebenarnya adalah jangkitan KULAT kulit yang biasa berlaku.

Ia bukan sebab badan kotor.
Ia bukan sebab tak mandi.
Ia bukan juga sebab basuh muka selepas berpeluh.

Panau berlaku apabila kulat yis Malassezia yang memang hidup secara normal atas kulit membiak berlebihan.bKeadaan panas, lembap, berpeluh, kulit berminyak dan perubahan hormon boleh meningkatkan risiko panau.

Benarkah basuh muka lepas berpeluh menyebabkan panau?

Tidak benar. Basuh muka selepas berpeluh tidak menyebabkan panau. Yang boleh menyumbang ialah kulit yang lama berada dalam keadaan panas, lembap, berminyak dan berpeluh.
Jadi selepas berpeluh, bersihkan kulit dengan lembut dan keringkan. Jangan gosok terlalu kuat atau guna produk terlalu berminyak.

Siapa lebih berisiko?

Orang yang kerap berpeluh, tinggal di cuaca panas dan lembap, mempunyai kulit berminyak, remaja atau dewasa muda, wanita hamil, individu dengan perubahan hormon, dan mereka yang mempunyai sistem imun lemah lebih mudah mendapat panau.

Kenapa panau boleh ada di wajah?

Sebab kulat Malassezia s**a kawasan kulit yang lebih berminyak seperti muka, kulit kepala, dada dan belakang. Sebab itu panau bukan hanya berlaku di badan, tetapi boleh juga muncul di muka, leher dan sekitar bahu.

Cara beza panau dan kurap?

Panau biasanya berupa tompok putih, perang, merah jambu atau lebih gelap. Ia selalunya rata, bersisik halus, kurang gatal dan tidak mempunyai bentuk yang jelas. Kurap p**a lebih kerap kelihatan seperti bulatan, dengan sisi tepi yang lebih merah, timbul, bersisik dan gatal.

🚨Kurap juga lebih mudah berjangkit melalui sentuhan kulit, tuala, pakaian atau haiwan peliharaan yang dijangkiti.

Kesan dan bahaya

Panau biasanya tidak berbahaya dan tidak merosakkan kulit secara kekal. Namun ia boleh menyebabkan tompok warna kulit yang ketara, sedikit gatal, rasa kurang yakin dan boleh berulang, terutama dalam cuaca panas dan lembap.
Warna kulit juga boleh mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk kembali sekata walaupun kulat sudah dirawat.

Rawatan

Rawatan utama ialah ubat antikulat seperti krim, losyen atau syampu antikulat. Contohnya selenium sulfide, ketoconazole, clotrimazole, miconazole atau rawatan lain mengikut nasihat doktor

🚨Ubat makan antikulat hanya sesuai jika dipreskripsikan oleh doktor.

Buasir penyakit kecil yang ramai malu nak cerita, tapi sakitnya boleh ganggu hidup.Buasir berlaku apabila salur darah di...
29/06/2026

Buasir penyakit kecil yang ramai malu nak cerita, tapi sakitnya boleh ganggu hidup.

Buasir berlaku apabila salur darah di bahagian dubur atau rektum membengkak. Ia boleh berlaku di bahagian dalam atau luar, dan boleh menyebabkan gatal, sakit, bengkak, benjolan, rasa tidak selesa ketika duduk, atau darah merah terang selepas membuang air besar.

Punca yang biasa ialah sembelit, meneran terlalu kuat, duduk terlalu lama di tandas, kurang serat, kurang minum air, obesiti dan kehamilan. Masalah ini nampak kecil, tetapi boleh berulang jika tabiat membuang air besar tidak diperbaiki.

Apa yang boleh dibuat?

Makan lebih serat seperti sayur, buah, bijirin penuh dan kekacang. Minum air secukupnya. Jangan tahan berak. Jangan meneran terlalu kuat. Bergerak lebih aktif. Jika sakit, bengkak atau gatal, dapatkan rawatan di klinik.

Paling penting, jangan anggap semua darah dari dubur itu buasir.

Jika pendarahan berulang, semakin banyak, sakit kuat, benjolan tidak surut, najis berubah, berat badan turun tanpa sebab, atau rasa pening dan lemah, sila dapatkan pemeriksaan doktor. Pendarahan dari dubur perlu dinilai kerana ia juga boleh berpunca daripada masalah lain yang lebih serius.

Buasir bukan aib. Yang bahaya ialah malu sampai lambat mendapatkan rawatan.

Gegata antara masalah kulit yang nampak kecil, tetapi cukup mengganggu hidup. Gatal, timbul merah, datang tiba-tiba, hil...
26/06/2026

Gegata antara masalah kulit yang nampak kecil, tetapi cukup mengganggu hidup. Gatal, timbul merah, datang tiba-tiba, hilang p**a tanpa dijemput.

Antara pencetus yang sering dikaitkan dengan gegata ialah makanan tertentu seperti susu, gandum, telur, kacang, ikan, soya, coklat, tomato, bahan pewarna atau perisa, selain gigitan serangga dan stres. Namun, penting untuk faham satu perkara. Bukan semua orang ada pencetus yang sama. Jangan terus pantang semua makanan tanpa sebab.

Cara paling mudah ialah perhatikan coraknya. Gegata keluar selepas makan apa? Selepas stres? Selepas digigit serangga? Selepas guna produk baru? Catat dan cuba elakkan pencetus yang jelas berulang.

Kebanyakan gegata boleh hilang sendiri, dan ubat antihistamin boleh membantu mengurangkan gatal bagi sesetengah orang. Tetapi jika gegata makin teruk, kerap berulang, melibatkan bengkak muka, bibir, mata atau tidak jelas puncanya, elok dapatkan pemeriksaan doktor.

Paling penting, jika gegata datang bersama sesak nafas, rasa tekak ketat, pening, hampir pitam, muntah teruk atau bengkak lidah dan bibir, itu bukan lagi “gatal biasa”. Segera ke hospital kerana ia boleh menjadi tanda reaksi alahan yang serius.

Gegata kadang-kadang bukan sekadar kulit yang merajuk. Ia mungkin cara badan memberi isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Hati berlemak bukan sekadar “lemak sikit dalam badan”.Fatty liver berlaku apabila terlalu banyak lemak terkumpul dalam h...
25/06/2026

Hati berlemak bukan sekadar “lemak sikit dalam badan”.

Fatty liver berlaku apabila terlalu banyak lemak terkumpul dalam hati. Ia sering berkait dengan berat badan berlebihan, perut buncit, diabetes, kolesterol tinggi, triglyceride tinggi, tekanan darah tinggi dan gaya hidup kurang aktif.

Ada juga yang berlaku walaupun seseorang nampak tidak terlalu gemuk.

Yang bahaya, hati berlemak bukan berhenti pada “lemak” sahaja. Dalam sesetengah orang, ia boleh menyebabkan radang hati, parut pada hati, sirosis, kegagalan hati dan meningkatkan risiko kanser hati.

Sebab itu jangan tunggu sakit baru mahu periksa.

Cara kesan lebih awal

Buat pemeriksaan darah seperti fungsi hati, gula dan lipid. Jika berisiko, doktor mungkin cadangkan ultrasound hati, kiraan risiko fibrosis seperti FIB-4, atau pemeriksaan FibroScan untuk melihat tahap kekerasan/parut pada hati.

Cara cegah p**a bukan dengan detox mahal.

Kurangkan air manis, jus bergula, minuman 3-in-1, makanan ultra proses dan portion nasi yang berlebihan. Turunkan berat badan secara beransur-ansur jika berat berlebihan.

Banyakkan berjalan, aktifkan badan, kawal diabetes, kolesterol dan tekanan darah. Alkohol juga perlu dielakkan atau dikurangkan kerana ia boleh menambah beban kepada hati.

Hati kita ini diam.
Dia jarang mengadu.
Tapi bila dia sudah rosak, seluruh badan akan terasa kesannya.

Jaga hati bukan hanya soal perasaan.
Jaga hati juga soal kesihatan.

Di sebalik segelas teh tarik, air manis, kuih harian dan nasi yang diambil berulang kali, gula berlebihan yang tidak ter...
24/06/2026

Di sebalik segelas teh tarik, air manis, kuih harian dan nasi yang diambil berulang kali, gula berlebihan yang tidak terkawal boleh mula mencederakan saluran darah secara perlahan-lahan.

Yang menakutkan tentang gula tinggi bukan sakitnya pada hari ini. Yang menakutkan ialah kerosakannya berlaku perlahan-lahan, senyap-senyap, sampai satu hari badan mula memberi tanda yang lebih berat.

Sebab itu bacaan gula bukan sekadar nombor. Ia adalah mesej daripada tubuh.

Bila gula terkawal, kita bukan sekadar menjaga darah. Kita sedang menjaga mata yang mahu terus melihat, kaki yang mahu terus melangkah, buah pinggang yang mahu terus bekerja, dan jantung yang mahu terus berdenyut untuk orang-orang yang kita sayang.

Jaga gula bukan sebab takut dimarahi doktor.

Jaga gula sebab tubuh ini satu-satunya rumah yang kita ada.

ECG NORMAL BUKAN JAMINAN JANTUNG SELAMATAda orang rasa dada ketat.Bukan sakit mencucuk sangat.Bukan terus pengsan.Bukan ...
23/06/2026

ECG NORMAL BUKAN JAMINAN JANTUNG SELAMAT

Ada orang rasa dada ketat.

Bukan sakit mencucuk sangat.
Bukan terus pengsan.
Bukan drama pegang dada macam dalam filem.

Cuma dada rasa sempit. Cepat letih. Nafas pendek. Badan rasa lain macam. Bila pergi klinik, ECG dibuat dan nampak normal.

Lalu ramai rasa lega.

Masalahnya, serangan jantung tidak semestinya muncul jelas pada satu ECG sahaja. ECG ialah “gambar seketika” aktiviti elektrik jantung. Kalau ketika itu perubahan belum jelas, atau saluran darah belum menunjukkan tanda klasik, bacaan boleh nampak normal.

Di sinilah konteks menjadi penting.

Lelaki.
Darah tinggi.
Obes.
Sejarah keluarga sakit jantung.
Dada ketat berulang.
Mudah letih yang tidak seperti biasa.

Bila semua ini hadir bersama, ia bukan sekadar “gastrik”, “stress” atau “penat kerja” sampai dibuktikan sebaliknya.

Dalam kes sakit dada, kita bukan hanya tengok ECG. Doktor perlu nilai cerita simptom, faktor risiko, pemeriksaan fizikal, tekanan darah, ujian darah seperti troponin jika sesuai, dan kadang-kadang pemantauan atau rujukan lanjut.

Yang bahaya ialah apabila pesakit sendiri rasa “ECG normal, jadi tak apa” lalu tunggu di rumah walaupun simptom berulang atau makin kuat.

Kalau anda ada dada ketat, berpeluh sejuk, loya, sesak nafas, sakit merebak ke rahang, belakang atau lengan kiri, atau tiba-tiba cepat letih walaupun buat aktiviti ringan, jangan tunggu appointment biasa.

Pergi ke Jabatan Kecemasan.

Bukan semua sakit dada ialah serangan jantung. Tetapi serangan jantung yang terlepas boleh merosakkan otot jantung secara kekal.

Kadang-kadang yang menyelamatkan nyawa bukan satu ECG.

Tetapi keputusan untuk tidak mengabaikan rasa “ada sesuatu yang tak kena” pada badan sendiri.

Carpal tunnel syndrome sebenarnya berlaku bila saraf median di pergelangan tangan tersepit dalam satu ruang sempit yang ...
22/06/2026

Carpal tunnel syndrome sebenarnya berlaku bila saraf median di pergelangan tangan tersepit dalam satu ruang sempit yang dipanggil carpal tunnel.

Ruang ini memang kecil, dan di dalamnya ada saraf serta tendon yang menggerakkan jari.

Bila ada bengkak, tekanan, keradangan, atau posisi pergelangan tangan yang kerap membengkok, ruang itu jadi lebih “sempit” lalu menekan saraf.

Sebab itu simptom dia biasanya bukan sekadar “sakit tangan”. Ia lebih kepada kebas, mencucuk-cucuk, berdenyut, rasa terbakar atau semut-semut terutama pada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan sebahagian jari manis. Jari kelingking biasanya tidak terlibat kerana ia dikawal saraf lain, bukan saraf median.

Yang klasik, pesakit selalu rasa lebih teruk waktu malam atau awal pagi. Kadang-kadang sampai terjaga tidur dan perlu menggoncang-goncang tangan untuk rasa lega.

Lama-kelamaan, kalau saraf terus ditekan, tangan boleh jadi lemah, mudah terlepas barang, susah memegang benda kecil, dan otot di pangkal ibu jari boleh mengecil.

Puncanya bukan semestinya sebab menaip sahaja. Risiko boleh meningkat dengan kerja yang banyak menggenggam, membengkokkan pergelangan tangan, alat bergetar, kehamilan sebab fluid retention, diabetes, rheumatoid arthritis, hypothyroid, obesiti, atau sejarah patah/cedera pergelangan tangan.

Banyak kes juga berlaku tanpa satu punca yang jelas.

Rawatan awal biasanya fokus untuk kurangkan tekanan pada saraf: pakai wrist splint terutama waktu malam, elak aktiviti yang kerap membengkokkan pergelangan tangan, rehatkan tangan secara berkala, dan ubah ergonomik kerja.

Ubat tahan sakit boleh bantu sakit sementara, tetapi ia tidak semestinya menyelesaikan punca tekanan pada saraf. Untuk kes tertentu, doktor boleh pertimbangkan suntikan steroid atau pembedahan kecil untuk “melepaskan” tekanan pada saraf.

Ringkasnya, carpal tunnel syndrome ini bukan masalah “urat tegang” semata-mata. Ia lebih tepat difahami sebagai saraf yang tersepit di laluan sempit pergelangan tangan. Bila saraf tersepit lama, signal ke jari terganggu. Sebab itu rasa kebas, mencucuk dan lemah boleh berlaku.

Kalau kebas makin kerap, sakit sampai ganggu tidur, tangan mula lemah, atau barang selalu terlepas dari genggaman, elok diperiksa awal sebelum saraf tertekan terlalu lama.

Sakit belakang yang turun sampai kaki, jangan anggap lenguh biasaSakit belakang yang bermula seperti lenguh biasa boleh ...
19/06/2026

Sakit belakang yang turun sampai kaki, jangan anggap lenguh biasa

Sakit belakang yang bermula seperti lenguh biasa boleh menjadi lebih serius apabila rasa sakit itu mula menjalar ke punggung, peha atau kaki.

Dalam keadaan tertentu, ia mungkin berkait dengan slipped disc, iaitu apabila cakera di antara tulang belakang menonjol dan menekan saraf.

Sebab itu rasa sakitnya bukan hanya di pinggang. Ada yang rasa kebas, mencucuk, semut-semut, kaki lemah, susah duduk lama atau sakit makin terasa bila batuk dan bersin.

Yang selalu berlaku, ramai orang tahan sakit berbulan-bulan. Mula-mula sapu minyak. Lepas itu urut. Kemudian beli patch panas. Bila kaki mula rasa lemah, barulah panik.

Jangan tunggu sampai tubuh “menjerit”. Dapatkan pemeriksaan jika sakit belakang makin kuat, menjalar ke kaki atau tangan, disertai kebas, lemah otot, atau sudah mula mengganggu kerja, solat, tidur dan pergerakan harian.

Segera ke kecemasan jika sakit belakang datang bersama kebas di kawasan kelangkang, tidak boleh kencing, hilang kawalan kencing atau najis, hilang rasa pada kaki, atau berlaku selepas kemalangan serius. Ini tanda amaran yang tidak boleh ditangguh.

Badan kita bukan mesin. Bila ia sakit, itu bukan tanda kita manja. Itu cara tubuh minta kita berhenti sekejap, dengar isyaratnya, dan beri perhatian sebelum terlambat.

Bila badan mula rasa dedar dan panas, jangan ambil mudah. Ramai yang ingat cuma demam biasa sebab penat kerja, rupanya a...
18/06/2026

Bila badan mula rasa dedar dan panas, jangan ambil mudah. Ramai yang ingat cuma demam biasa sebab penat kerja, rupanya antibodi tengah bergelut dengan virus Denggi! 😱
​Sila semak perbezaan penting ini sekarang supaya tidak terlambat bertindak.

Kenali perbezaan utama seperti dalam poster di atas:
​🌡️ Suhu Demam: Demam biasa sekadar suam-suam kuku (37.5°C - 38.5°C). Demam denggi p**a datang secara tiba-tiba dan sangat tinggi (39°C - 40°C).
​💥 Gejala Tubuh: Denggi akan buatkan anda sakit kepala teruk, sakit di belakang mata, serta sakit sendi yang melampau.
​🔴 Ruam & Platlet: Demam denggi sering diikuti dengan ruam pada hari ke-2 hingga ke-5, berserta penurunan platlet darah yang mendadak.
​🚫 Pantangan Ubat: Jika disyaki denggi, elakkan aspirin & ibuprofen kerana ia boleh meningkatkan risiko pendarahan dalaman!

Jangan tunggu sehingga muncul tanda bahaya seperti muntah berterusan atau sakit perut yang teruk baru nak ke klinik. Kesan awal boleh menyelamatkan nyawa.

Ada orang baru makan sikit, perut terus rasa penuh.Baru minum kopi, terus sendawa.Baru duduk selepas makan, rasa macam a...
16/06/2026

Ada orang baru makan sikit, perut terus rasa penuh.

Baru minum kopi, terus sendawa.

Baru duduk selepas makan, rasa macam ada “angin naik” sampai dada tak selesa.

Sebenarnya “banyak angin” bukan bermaksud badan kita penuh dengan angin misteri. Biasanya ia berlaku bila gas dalam perut dan usus terkumpul, atau perut kita terlalu sensitif terhadap gas yang sebenarnya normal.

Antara punca biasa ialah makan terlalu laju, kerap minum air bergas, kunyah gula-gula getah, merokok, sembelit, kurang bergerak, stres, atau makanan tertentu seperti susu, kekacang, bawang, kobis dan makanan bergoreng.

Kadang-kadang bukan makanan itu “jahat”, cuma badan kita tidak sesuai dengan makanan tertentu. Ada orang tidak tahan susu. Ada orang sensitif dengan makanan tinggi gula tertentu. Ada juga yang perutnya memang jenis mudah meragam bila stres.

Sebab itu kalau selalu kembung, cuba perhatikan coraknya.

Makanan apa yang dimakan?
Makan laju atau perlahan?
Ada sembelit?
Banyak duduk?
Waktu stres makin menjadi?

Untuk kurangkan rasa tidak selesa, cuba makan perlahan, kurangkan minuman bergas, jangan terus baring selepas makan, banyakkan air, bergerak sedikit selepas makan dan rawat sembelit jika ada.

Tapi jangan anggap semua kembung itu biasa.

Jika perut kembung datang bersama sakit perut yang kuat, muntah berulang, berat badan turun, najis berdarah, susah telan, demam, atau perubahan najis yang berpanjangan, itu bukan sekadar “angin”. Dapatkan pemeriksaan.

Kadang-kadang perut bukan banyak angin.

Ia cuma sedang minta kita dengar cara kita makan, cara kita hidup, dan cara kita simpan stres.

Address

NO 19, Jalan DANA 2, KAMPUNG SUNGAI KAYU ARA
Petaling Jaya
47400

Opening Hours

Monday 08:00 - 23:00
Tuesday 08:00 - 23:00
Wednesday 08:00 - 23:00
Thursday 08:00 - 23:00
Friday 08:00 - 23:00
Saturday 08:00 - 23:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+60374969449

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Safamedic - Damansara - 24 Jam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Safamedic - Damansara - 24 Jam:

Shortcuts

Share

Category