Rawatan BEKAM di Pontian, Johor

  • Home
  • Rawatan BEKAM di Pontian, Johor

Rawatan BEKAM di Pontian, Johor Nabi Muhammad SAW bersabda : "Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah HIJAMAH (Bekam)"

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam besabda :

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ

“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.” (HR Bukhari)


Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabd

a :

إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ

“Sesungguhnya metode pengobatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)

25/07/2025

Perasan tak sesuatu ?!!!Kat bawah tu? Alah bawah di kawasan sponsor? tu, sebelah logo Faiza dan Ranhill tu..
Kiranya branding "PONTIAN BEKAM" dah bakal mendunia la ye.. Sebaris dengan nama? besar seperti FAIZA dan RANHILL
**pssttt.. berangan itu gratis guys..
Alhamdulillah Tahniah barisan penganjur Sk RAMBAH semoga seqala urusan lancar di permudahkan Allh s.w.t untuk acara pada 27hb Julai ni.. amiin²



Antara simple health hack yang kita boleh amalkan setiap hari adalah dengan mencampurkan bunga cengkih dan kulit kayu ma...
13/02/2025

Antara simple health hack yang kita boleh amalkan setiap hari adalah dengan mencampurkan bunga cengkih dan kulit kayu manis ke dalam teh suam tanpa gula.

Teh yang dicampur dengan bunga cengkih dan kulit kayu manis mempunyai banyak manfaat kesihatan kerana kedua-dua bahan ini kaya dengan antioksidan, anti-radang, dan sebatian aktif yang menyokong kesihatan secara menyeluruh.

Manfaat Teh Bunga Cengkih & Kulit Kayu Manis;

1. Mengawal Gula Dalam Darah
• Kulit kayu manis mengandungi cinnamaldehyde, yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan memperlahankan penyerapan gula.
• Bunga cengkih p**a mengandungi eugenol, yang membantu mengawal tahap gula darah.

2. Menyokong Kesihatan Jantung
• Kulit kayu manis membantu menurunkan kolesterol LDL (jahat) dan trigliserida, yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Bunga cengkih kaya dengan antioksidan yang membantu mengurangkan keradangan dalam saluran darah.

3. Meningkatkan Penghadaman
• Cengkih mempunyai sifat antimikrob yang boleh membantu mengurangkan kembung perut, angin, dan gastrik.
• Kulit kayu manis boleh merangsang enzim pencernaan, membantu penghadaman lebih lancar.

4. Mengurangkan Keradangan & Menyokong Imuniti
• Bunga cengkih & kulit kayu manis mempunyai sifat anti-radang dan antibakteria, membantu badan melawan jangkitan.
• Ia juga kaya dengan polifenol, yang boleh mengurangkan keradangan kronik yang dikaitkan dengan penyakit seperti arthritis dan masalah metabolik.

5. Menyokong Kesihatan Hati
• Cengkih membantu meningkatkan fungsi hati dengan menggalakkan detoksifikasi.
• Kulit kayu manis membantu mengurangkan lemak pada hati (fatty liver) dengan meningkatkan metabolisme lemak.

6. Meningkatkan Metabolisme & Membantu Penurunan Berat Badan
• Cinnamaldehyde dalam kayu manis boleh membantu membakar lebih banyak kalori dengan merangsang thermogenesis.
• Cengkih boleh mengawal selera makan dan mengurangkan keinginan untuk makan makanan manis.

Cara Penyediaan Teh Bunga Cengkih & Kulit Kayu Manis

Bahan:
• 1 batang kulit kayu manis
• 3-5 kuntum bunga cengkih
• 1 cawan air panas
• (Tambahan) Madu atau lemon

Teh ini bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga membantu dalam mengawal gula darah, menyokong kesihatan jantung, pencernaan, hati, dan metabolisme. Sesuai diamalkan setiap hari untuk kesihatan yang lebih baik.

PETUA KURANGKAN GOUT - MINUM AIR SEBANYAKNYA Pesakit gout yang minum 5-8 gelas air sehari mencapai pengurangan 43% dalam...
24/06/2024

PETUA KURANGKAN GOUT - MINUM AIR SEBANYAKNYA

Pesakit gout yang minum 5-8 gelas air sehari mencapai pengurangan 43% dalam serangan gout, dan minum lebih daripada lapan gelas air sehari mencapai pengurangan 48% dalam episod serangan gout.

rujuk : Neogi T, et al "Drinking water can reduce the risk of recurrent gout attacks: Abstract 2038" Arthritis Rheum 2009; 60: S762-63.

BENARKAH TERAPI BEKAM/HIJAMA KELUARKAN "DARAH KOTOR" ??Apakah benar terdapat "darah kotor" dalam tubuh kita sehingga ada...
04/06/2024

BENARKAH TERAPI BEKAM/HIJAMA KELUARKAN "DARAH KOTOR" ??

Apakah benar terdapat "darah kotor" dalam tubuh kita sehingga ada keperluan untuk ia dikeluarkan bagi mencegah atau mengubati penyakit/kondisi tertentu? Saya ingin mengajak rakan² pengamal bekam agar melihat perkara ini daripada 2 sudut pandangan berbeza iaitu sudut hematologi (kajian darah) dan sudut analogi (kata kiasan). Menurut ilmu hematologi , persekitaran dalam darah adalah sentiasa berada dalam kondisi steril, bermakna ia sangat bersih, "tidak kotor" sekalipun terdapat lebihan bahan-bahan tertentu seperti kolesterol, asid urik, kreatinin, LDL, trigliserida, produk² radang, logam² berat, oksidan, radikal² bebas dsbnya yang boleh meningkatkan risiko sesuatu penyakit. Daripada aspek analogi, "darah kotor" besar berkemungkinan mempunyai makna berlapis atau merujuk kepada apa jua unsur- unsur yang boleh menyebabkan terjadinya sesuatu penyakit itu. Terjemahan secara literal dengan hanya merujuk kepada hematologi tanpa memikirkan kemungkinan terdapatnya unsur² kiasan/analogi, telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan golongan tertentu sehingga melihat isu "darah kotor" ini sebagai satu pembohongan dan mitos semata-mata.

Istilah "darah kotor" yang dikeluarkan melalui terapi bekam sudah lama digunakan iaitu sejak zaman kerajaan Mesir purba lagi, lebih 3000 tahun dahulu. Mereka pada ketika itu percaya bahawa darah boleh "dikotori" oleh pelbagai unsur penyakit sehingga seseorang itu boleh mengalami gangguan kesihatan. Mereka mendapati setiap kali "darah kotor" dikeluarkan melalui terapi bekam terdapat peningkatan pada tahap kesihatan pesakit. Hal ini meningkatkan keyakinan mereka bahawa terdapat "darah kotor" di dalam tubuh yang boleh menjadi punca kepada sesuatu penyakit.

Saya berpandangan isu ini tidak perlu dijadikan bahan provokasi untuk dipersendakan sekalipun ada niat baik untuk memperbetulkan kesilapan. Teguran seharusnya biarlah beradab dan berhemah, bukan "memprovokasi" guna video pendek sambil tersengih-sengih seolah "mempersenda" golongan pengamal bekam berkenaan. Para pengamal bekam terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan tingkat pendidikan yang berbeza-beza. Sesuai dengan perubahan zaman dan perkembangan ilmu perubatan, menggunakan istilah yang lebih tepat untuk menggambarkan "darah kotor" itu sendiri seharusnya digalakkan kepada semua pengamal bekam. Namun dalam menegur atau mendidik terutama dalam hal yang "agak sensitif", haruslah mengikut tertib dan berhati-hati, ibarat "menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan berselerak".

Bekam membuang unsur² punca penyakit atau bahan² punca penyakit adalah istilah atau ayat yang sangat tepat untuk menggambarkan apa sebenarnya yang dikeluarkan melalui darah bekam. Pembetulan ini harus bermula pada peringkat awal iaitu ketika pengamal bekam menghadiri bengkel atau kursus bekam pertama lagi. Jika terpaksa menggunakan istilah "darah kotor" untuk memberi kefahaman kepada pelanggan yang berkenaan, gunakanlah pengikat kata ( "....." ) atau terus jelaskan maksud sebenar di sebaliknya. Ini secara langsung boleh mendidik pengamal bekam dan masyarakat tentang penggunaan istilah yang betul dan tepat dalam mengelak kekeliruan dan konflik yang tidak perlu.

Sebenarnya penggunaan istilah "darah kotor" tidak menjadi satu kesalahan menurut akta PTK 775 & Peraturan² PTK 2016 walaupun penggunaan istilah itu kurang dipersetujui oleh Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari atau BPTK KKM memandangkan tiada konsep atau falsafah tertentu di sebaliknya sepertimana istilah-istilah tertentu yang sering diguna dalam perubatan TCM. Ini bermaksud pengamal bekam masih bebas menggunakannya dalam usaha menarik pelanggan untuk berbekam. Namun penjelasan tentang makna sebenar harus sentiasa diutamakan untuk elak salah tanggap dan konflik-konflik tertentu. Memulakan amalan penggunaan istilah yang betul tanpa perlu berkias selain berkongsi kajian-kajian kes, kajian-kajian saintifik, laporan berkaitan dsbnya bekam adalah langkah terbaik dalam memperkenalkan kehebatan rawatan sunah ini kepada orang ramai. Semoga rawatan sunah ini akan sentiasa terpelihara daripada sebarang fitnah atau mudharat luar jangka dan memberikan 1001 manfaat kesihatan kepada orang ramai.

Wallahualam.

MA SABRI

Ref:

1. The healthy human blood microbiome: fact or fiction?. Diego J Castillo, Riaan F Rifkin, Don A Cowan, Marnie Potgieter
Frontiers in cellular and infection microbiology 9, 148, 2019

2. Methods of wet cupping therapy (Al-Hijamah): in light of modern medicine and prophetic medicine
Salah Mohamed El Sayed, Hant Salah Mahmoud, Manal Mohamed Helmy Nabo
Alternative & Integrative Medicine, 1-16, 2013

3. Wet-cupping removes oxidants and decreases oxidative stress
Suleyman Murat Tagil, Huseyin Tugrul Celik, Sefa Ciftci, Fatmanur Hacievliyagil Kazanci, Muzeyyen Arslan, Nazan Erdamar, Yunus Kesik, Husamettin Erdamar, Senol Dane
Complementary therapies in medicine 22 (6), 1032-1036, 2014

https://www.facebook.com/share/p/6sBubJeeRn1Q4fQn/?mibextid=oFDknk
18/03/2024

https://www.facebook.com/share/p/6sBubJeeRn1Q4fQn/?mibextid=oFDknk

Terima kasih kepada yang menderma siang tadi.

Di makmal beg-beg darah yang dikumpulkan diletak dalam mesin pengempar menggunakan kelajuan tinggi bagi mengasingkan darah kepada komponen-komponennya. Darah akan terpisah kepada tiga bahagian utama, iaitu cecair plasma yang berwarna kuning muda berada di atas lapisan nipis sebatian platelet dan sel darah putih manakala sel darah merah mendap di bahagian bawah.

Cecair plasma bersama sebatian platelet dan sel darah putih akan disalurkan ke beg lain. Lapisan sel darah merah dikekalkan dalam beg asal. Lapisan sel darah merah ini agak pekat dan padat dan dikenali sebagai packed red cells. Beg yang mengandungi cecair plasma dan sebatian platelet akan diempar semula bagi memisahkan platelet daripada plasma. Platelet akan dikekalkan di dalam beg manakala plasma disalurkan keluar ke beg lain.

Seterusnya, beg darah yang mengandungi komponen darah akan disimpan dalam suhu yang terkawal. Sel darah merah disimpan dalam peti sejuk pada suhu 2 – 6oC manakala platelet diletak dalam inkubator yang diputar dari sisi ke sisi pada suhu 20 – 24oC dengan jangkahayat 5 hari.

Cecair plasma p**a disimpan dalam suhu sejukbeku, iaitu -25oC atau ke atas dengan jangkahayat 1 tahun. Disebabkan suhu simpanan yang sejukbeku, cecair plasma menjadi pepejal dan dikenali sebagai fresh frozen plasma.

Darah yang didermakan boleh juga diproses kepada komponen-komponen lain seperti sel darah merah (Packed Red Cells), cryoprecipitate (mengandungi faktor pembekuan darah yang tinggi) dan cryosupernatant (cecair plasma). Proses penyediaan komponen-komponen ini adalah serupa dengan penyediaan platelet dan fresh frozen plasma. Perbezaan hanya pada kelajuan pengemparan dan suhu semasa pemprosesan.

Maklumat lanjut di www.pdn.gov.my

KESAN TERAPI BEKAM KEPADA KEKAKUAN(SPASTICITY) ANGGOTA TUBUH ATAS SELEPAS STROKStrok, kadangkala dipanggil juga sebagai ...
22/02/2024

KESAN TERAPI BEKAM KEPADA KEKAKUAN(SPASTICITY) ANGGOTA TUBUH ATAS SELEPAS STROK

Strok, kadangkala dipanggil juga sebagai "serangan otak", berlaku apabila sesuatu seperti darah beku menghalang bekalan darah ke bahagian otak (Ischemic stroke) atau apabila saluran darah di otak pecah(hemorrhagic stroke ). Dalam kedua-dua kes, bahagian otak yang terlibat menjadi rosak atau mati. Strok boleh menyebabkan kerosakan otak yang berpanjangan, hilang upaya jangka panjang seperti lumpuh separuh badan, kesukaran bertutur, masalah ingatan bahkan kematian. Faktor risiko utama strok adalah tekanan darah tinggi dan kencing manis di mana faktor-faktor ini masih boleh dikawal melalui amalan cara hidup sihat atau pengambilan ubatan tertentu daripada doktor perubatan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa terapi bekam keatas sejumlah pesakit strok juga berupaya memperbaiki fungsi motor selain meningkatkan kualiti hidup, sesuai sebagai pendamping kepada rawatan konvensional.

Berdasarkan meta-analisa & systemic review oleh T. Shau et al 2023, terdapat 8 kajian (RCT) yang menunjukkan bahawa terapi bekam basah berupaya mengurangkan tahap kekakuan otot keatas sejumlah pesakit strok yang mengalami kekakuan anggota tubuh atas (lengan atas). Data-data ini diperolehi melalui ujian Ashworth Scale Score, Integral Electromyography Values Of Biceps Muscle, Fugl-Myer Assessment Score & Barthel Index Score yang dilakukan sebelum dan selepas terapi bekam. Meta-analisa & systemic review oleh M.Kim et al 2021 mendapati 21 kajian kesan terapi bekam melibatkan 1653 pesakit strok daripada tahun 2000 hingga 2021. Secara umumnya kajian-kajian ini menunjukkan bahawa terapi bekam berupaya memperbaiki fungsi motor, termasuk tona otot dan mengurangkan tahap kekakuan (spasticity) sejumlah pesakit strok. Terdapat juga sebahagian daripada kajian-kajian itu yang menunjukkan tentang keupayaan terapi bekam dalam mengurangkan tahap keterukan komplikasi post-stroke yang lain seperti meningkatkan kualiti tidur yang terjejas, meningkatkan fungsi kognitif/ingatan, mengurangkan edema pada tangan dsbnya.

Tujuan utama terapi bekam pada kes post-stroke adalah untuk meningkatkan semula sirkulasi darah pada bahagian tubuh atau otak yang terjejas agar tahap kekakuan atau ketegangan/kontraksi berterusan otot termasuk kesakitan dapat dikurangkan seterusnya memperbaiki fungsi motor pada otot-otot yang terlibat. Penyingkiran bahan punca penyakit atau bahan berkaitan penyakit melalui bekam basah seperti glutamate umpamanya boleh menurunkan risiko kerosakan kekal otak selain menurunkan risiko pelbagai penyakit lain. Selain terapi bekam, pengambilan diet tinggi protein dan "lemak baik" selain terapi fizikal(fisioterapi) juga perlu untuk membantu proses rehabilitasi di kalangan pesakit post-stroke.

MA SABRI

Ref:

1. Wet cupping with rehabilitation training for upper-limb poststroke spasticity: A systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials. Tian-Yi Shao, Jun-Xiang Wang, Song-Ting Shou, Olivia Lai Fidimanantsoa
Heliyon, 2023

2. The effectiveness and safety of cupping therapy for stroke survivors: A systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials
Mikyung Kim, Chang-ho Han, Mikyung Kim, Chang-ho Han. Journal of Korean Medicine 42 (4), 75-101, 2021

3. The Effect of Cupping Ttherapy on Sleep Quality in Post Stroke Patients
Livia Amelia, Agus Purnama
Jurnal Ilmiah Ilmu Keperawatan Indonesia 13 (04), 152-159, 2023

4. Effect of Moving Cupping Therapy on the Post-stroke Hand Edema; Single Subject Design
Ro-Min Lee, Sang-Hoon Lee, Sang-Su Nam, Yong-Suk Kim

5. Effects of cupping therapy on memory impairment after hemorrhage in rats
Ji Hye Lee, Day Joh, Young Ho Choi, Chan Kyung Chung, Yoon Suk Choi, Mi Gyoung Cha, Ji Wook Jung. Journal of Physiology & Pathology in Korean Medicine 27 (6), 789-794, 2013
Journal of Acupuncture Research 25 (3), 1-17, 2008

HIJAMA VS FASHDU (PHLEBOTOMY)Dalam dunia perubatan kuno, hijama dan fashdu mempunyai rekod sejarah yang agak panjang seb...
04/11/2023

HIJAMA VS FASHDU (PHLEBOTOMY)

Dalam dunia perubatan kuno, hijama dan fashdu mempunyai rekod sejarah yang agak panjang sebagai antara kaedah perubatan utama di tanah arab terutamanya pada era kerajaan Mesir Purba di bawah pemerintahan Fir'aun sejak lebih 3000 tahun yang lalu. Walaupun rekod menunjukkan hijama lebih awal dipraktikkan sehingga diberi keutamaan pada zaman Rasulullah berbanding fashdu, namun fashdu tetap menjadi antara pilihan rawatan yang juga didakwa berkesan dalam merawat penyakit² atau kondisi² tertentu.

Apa perbezaan hijama dan fashdu daripada aspek kaedah dan keberkesanan rawatan? Secara umum, hijama adalah terapi mengeluarkan "darah kotor" iaitu tapisan cecair yang mengandungi bahan² punca penyakit/CPS daripada jaringan kapilari iaitu di hujung "capillary loop" lapisan "dermal papilla" selepas kulit disedut dengan medium tertentu dan dilukai secara superfisial samada melalui sayatan pisau atau tusukan jarum. Manakala fashdu atau phlebotomy (bahasa greek) adalah tentang mengeluarkan sejumlah darah daripada pembuluh darah vena iaitu pembuluh darah yang lebih besar dan lebih dekat dengan permukaan kulit berbanding arteri, mengandungi komposisi darah lengkap namun kurang paras oksigennya(deoxygenated blood). Kedua² kaedah rawatan ini dipercayai berupaya merawat atau mengawal pelbagai kondisi atau penyakit.

Berdasarkan kepada beberapa kajian, terapi bekam didapati lebih berkesan atau "superior" dalam merawat kebanyakan penyakit/kondisi tertentu berbanding fashdu. Namun terdapat beberapa kes tertentu, fashdu didapati lebih berkesan berbanding hijama. Sebagai contoh, fashdu atau phlebotomy didapati berkesan mengurangkan kepekatan tinggi sel darah merah di dalam darah/ "polycythemia Vera" berbanding hijama. Dalam kes epilepsi/sejenis sawan, fashdu juga menunjukkan kesan² positif yang ketara hampir setara dengan hijama. Dalam aspek perbandingan pengurangan parameter biokimia/ "immunological parameters" selepas terapi, hijama masih "superior" .Beberapa kajian yang lain juga menunjukkan perbezaan yang ketara (sila rujuk gambarajah di bawah).

Walaupun terapi bekam darah/hijama ternyata lebih "superior" dalam pelbagai aspek namun masih ada sejumlah kekurangan yang boleh diatasi melalui kaedah rawatan fashdu/phlebotomy. Dalam kes² tertentu kombinasi keduanya juga menunjukkan kesan² terapeutik yang lebih baik. Apa yang paling penting dalam apa jua bentuk rawatan, pematuhan kepada SOP termasuk pengambilan sejarah/pemeriksaan pesakit, protokol kawalan infeksi dsbnya harus menjadi amalan berterusan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

MA SABRI

Ref:

1.Evidence-and consensus-based recommendations for phlebotomy in polycythemia vera.Tiziano Barbui, Francesco Passamonti, Patrizia Accorsi, Fabrizio Pane, Alessandro M Vannucchi, Claudio Velati, Robert P Gale, Sante Tura, Giovanni Barosi.Leukemia 32 (9), 2077-2081, 2018

2. Indications and use of therapeutic phlebotomy in polycythemia vera: which role for erythrocytapheresis?
Luciana Teofili, Caterina Giovanna Valentini, Elena Rossi, Valerio De Stefano
Leukemia 33 (1), 279-281, 2019

3. The role of phlebotomy (Fasd) and cupping in the treatment of epilepsy from perspective of Persian medicine Fatemeh Eghbalian, Hoorieh Mohammadi Kenari, Gholamreza Kordafshari, Mehrdad Karimi, Akramosadat Atyabi, Laila Shirbeigi
Iranian Journal of Public Health 48 (7), 1392, 2019

4. Evaluation of the effects of traditional cupping on the biochemical, hematological and immunological factors of human venous blood
Mohammad Reza Vaez Mahdavi, Tooba Ghazanfari, Marjan Aghajani, Farideh Danyali, Mohsen Naseri
A compendium of essays on alternative therapy. Croatia: In Tech 6, 2012

You all already there, me?! 😭
21/10/2023

You all already there, me?! 😭

Selamat Hari Raya Aidiladha..
29/06/2023

Selamat Hari Raya Aidiladha..

Address

Parit Dukacita

82000

Opening Hours

Monday 17:00 - 22:00
Tuesday 17:00 - 22:00
Wednesday 17:00 - 22:00
Thursday 17:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 17:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan BEKAM di Pontian, Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rawatan BEKAM di Pontian, Johor:

Shortcuts

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share