Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Panjang - PREPP

Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Panjang - PREPP Platform untuk membimbing para remaja mengharungi cabaran usia remaja

Program Awal Remaja (AwaRe)Alhamdulillah, selesai sudah program pendidikan kesihatan remaja buat pelajar darjah enam di ...
17/12/2024

Program Awal Remaja (AwaRe)

Alhamdulillah, selesai sudah program pendidikan kesihatan remaja buat pelajar darjah enam di dua buah sekolah.

SK Pasir Panjang - 11 Disember 2024
SK Teluk Kemang - 17 Disember 2024

Terima kasih kepada pihak sekolah SK PASIR PANJANG dan Sekolah Transformasi SK Telok Kemang PD atas kerjasama yang diberi terutamanya unit kaunseling

Dan penghargaan juga buat Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pasir Panjang atas sumbangan hadiah buat para pelajar.

Program AwaRe bersama Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Panjang - PREPP memberi penekanan kepada perubahan sewaktu akil baligh dan cara mengurus diri, selain mendedahkan kepada para pelajar akan cabaran yang mereka hadapi kini.

Moga usaha kecil ini dapat membantu menyediakan para pelajar melangkah ke alam remaja.

One step at a time


Program Kesihatan Reproduktif RemajaAlhamdulillah, satu program bertemakan kesihatan reproduktif dan seksualiti di kalan...
11/09/2024

Program Kesihatan Reproduktif Remaja

Alhamdulillah, satu program bertemakan kesihatan reproduktif dan seksualiti di kalangan remaja telah berjaya dijalankan di SMK Pasir Panjang.

Program ini merupakan anjuran bersama Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Panjang - PREPP, Panel Penasihat KK Pasir Panjang dan Unit Kaunseling Smk Pasir Panjang, Port Dickson dengan kerjasama Unit HIV Pejabat Kesihatan Port Dickson dan NGO Malaysians Against Po*******hy

Program menyasarkan pelajar Tingkatan 4 beserta sekumpulan pelajar Tingkatan 2 di SMK Pasir Panjang. Sejumlah hampir 100 orang pelajar telah turut serta dalam program ini.

Program dimulakam dengan ucapan pembukaan oleh pengetua sekolah diikuti dengan senamrobik yang dipimpin En Samsudin.

Ceramah pertama telah disampaikan oleh Pn Fazilah, aktivis MAP dan IKRAM Negeri Sembilan. Beliau telah menerangkan keburukan pornografi dan tips bagi mengelakkan daripada terjebak dengan ketagihan pornografi.

Ceramah kedua telah disampaikan oleh Dr Abdul Karim, penyelaras PREPP. Beliau telah menyentuh isu hubungan dan pergaulan di kalangan remaja dan implikasi aktiviti seksual tidak sihat, termasuklah jangkitan HIV

Program diakhiri dengan sesi saringan kesihatan dan forum bersama panelis bagi menjawab persoalan berbangkit di kalangan pelajar. Para pelajar turut berpeluang melawat reruai yang dibuka oleh Unit HIV.

Besar harapan kami agar program ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan kesihatan reproduktif, sekaligus membantu mereka apabila berdepan dengan situasi menguji di masa akan datang

Making changes
One step at a time


Worrier or Warrior @ Smk Intan Perdana. Creating C H a M P I O N S. Pada 19 Ogos 2024, satu program kesihatan remaja tel...
20/08/2024

Worrier or Warrior @ Smk Intan Perdana. Creating C H a M P I O N S.

Pada 19 Ogos 2024, satu program kesihatan remaja telah diadakan di SMK Intan Perdana melibatkan hampir 130 orang pelajar dari Tingkatan 4 dan kumpulan sasaran.

Program telah dijayakan hasil kerjasama Unit Penyakit Tidak Berjangkit Pejabat Kesihatan Port Dickson dan Unit Kaunseling SMK Intan Perdana serta turut dibantu Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Panjang - PREPP

Tema program kali ini berkisar sekitar kesihatan mental dan juga penggunaan v**e dan rokok di kalangan remaja.

Ceramah telah disampaikan oleh Pn Khadijah, pegawai psikologi PKD Port Dickson dan Dr Abdul Karim, pegawai perubatan KK Pasir Panjang.

Usai ceramah, para pelajar turut menyertai aktiviti kumpulan yang dikendalikan Pegawai Sains Pemakanan dan Fisioterapi. Program diakhiri dengan saringan kesihatan dan penyampaian hadiah.

Diharap agar para pelajar mendapat ilmu bermanfaat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian insyaAllah 💪💪

Making changes
One step at a time


Program Dirimu Begitu BerhargaSMA Teluk Kemang 24 Julai 2024Alhamdulillah, satu program ceramah bertemakan Kesihatan Sek...
24/07/2024

Program Dirimu Begitu Berharga
SMA Teluk Kemang
24 Julai 2024

Alhamdulillah, satu program ceramah bertemakan Kesihatan Seksual dan Reproduktif telah berjaya diadakan dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Unit Kesihatan Sekolah Menengah Agama Telok Kemang Port Dickson

Seluruh pelajar sekolah dari Tingkatan 1 hingga 5 telah terlibat. Ceramah telah disampaikan secara berasingan oleh Dr Abdul Karim dan Dr Noor Selfaziah.

Matlamatnya satu, melahirkan generasi remaja yang celik isu seksualiti dan mengamalkan seksualiti sihat sehingga alam dewasa.

Making changes, one step at a time


Ceramah Awal Remaja SK Intan Perdana TS25 d'SKIP Program pertama tahun 2024. Bersama seramai 140 orang pelajar tahun 6 h...
19/01/2024

Ceramah Awal Remaja SK Intan Perdana TS25 d'SKIP

Program pertama tahun 2024.

Bersama seramai 140 orang pelajar tahun 6 hari ini untuk program AwaRe. Ceramah disampaikan oleh Dr Abdul Karim, penyelaras Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Panjang - PREPP

Fokus diberikan kepada perubahan-perubahan fizikal, emosi dan psikososial yang berlaku dalam usia remaja. Tajuk seksualiti turut disentuh bagi memastikan para pelajar mendapat informasi tepat berkenaan tajuk yang sering dianggap sensitif/taboo ini.

InsyaAllah, usaha mendidik para remaja ini akan kami teruskan saban tahun dengan harapan agar mereka lebih cakna dengan isu-isu kesihatan.

Moga bermanfaat 💪

One step at a time



Alhamdulillah!Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Panjang - PREPP telah terpilih sebagai salah sa...
19/12/2023

Alhamdulillah!

Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Panjang - PREPP telah terpilih sebagai salah satu klinik Best Practice PKMR peringkat KKM.

Ia satu penghormatan tertinggi buat pasukan kami, apatah lagi dapat menerima penghargaan tersebut dari Menteri Kesihatan sendiri ❤️

Moga pengiktirafan ini akan menjadi pembakar semangat buat kami agar terus berusaha mengubah lanskap kesihatan remaja di komuniti kami insyaAllah


Bersama-sama para pelajar dan guru Smk Pasir Panjang, Port Dickson pagi tadi pelancaran Minggu Bebas Rokok dan V**eMoga ...
13/12/2023

Bersama-sama para pelajar dan guru Smk Pasir Panjang, Port Dickson pagi tadi pelancaran Minggu Bebas Rokok dan V**e

Moga ceramah ringkas berkenaan V**e yang disampaikan tadi sedikit sebanyak member kefahaman kepada mereka tentang bahaya rokok elektronik.


**eOff

Program Jom Sihat Sekolah Menengah Agama Telok Kemang Port Dickson Tanggal 29 November 2023, satu program kesihatan Jom ...
01/12/2023

Program Jom Sihat Sekolah Menengah Agama Telok Kemang Port Dickson

Tanggal 29 November 2023, satu program kesihatan Jom Sihat telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Teluk Kemang, anjuran bersama Panitia PJPK, Unit Fisioterapi dan Pegawai Sains Pemakanan PKD PD, serta team Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Panjang - PREPP

Program melibatkan seramai 216 pelajar lelaki dan perempuan, tingkatan 1 hingga 5.

Program dimulakan dengan sesi senamrobik dan diikuti dgn perkongsian berkaitan remaja dan seksualiti oleh Dr Abdul Karim dan Dr Noor Selfaziah. Ia disusuli dengan ceramah kesihatan mental oleh Pegawai Psikologi, Cik Khadijah

Sesi seterusnya yang memberi tumpuan kepada pelajar2 dengan masalah berat badan, telah dikendalikan oleh fisioterapi dan pegawai pemakanan.

Diharap program ini bermanfaat buat anak2 remaja dalam membantu mereka menongkah alam remaja

Making changes, one step at a time



AwaRe @ SK Teluk KemangProgram AwaRe (Awal Remaja) anjuran Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Pa...
22/09/2023

AwaRe @ SK Teluk Kemang

Program AwaRe (Awal Remaja) anjuran Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Panjang - PREPP kali ini diteruskan di SK Teluk Kemang dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Teluk Kemang.

Seramai sedikit lebih 100 orang pelajar Darjah 6 telah terlibat. Program dibahagikan kepada tiga sesi melibatkan ceramah kesihatan mental, ceramah awal remaja, dan forum remaja yang disampaikan oleh pegawai psikologi dan pegawai perubatan dari KK Pasir Panjang.

Para pelajar dilihat bersemangat sepanjang program dan banyak bertanya soalan sepanjang sesi 😁

Semoga program ini dapat sedikit sebanyak memberi pendedahan awal kepada para pelajar berkenaan perubahan-perubahan ketika mencapai akil baligh, dan isu kesihatan mental yang semakin hangat mutakhir ini.

PRePP
Towards healthy adolescents
One step at a time

💪

  Pada tarikh 18 Ogos lalu, Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Panjang - PREPP bersama pengurusa...
30/08/2023



Pada tarikh 18 Ogos lalu, Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Panjang - PREPP bersama pengurusan Sekolah Kebangsaan Tanjong Agas-SARANA telah berjaya menganjurkan Program AwaRe (Awal Remaja) di dewan SK Tanjung Agas, Pasir Panjang.

Program disertai seramai 50 lebih pelajar darjah 5 dan 6 termasuklah pelajar dari SK Permatang Pasir dan SJK(T) Ladang Sengkang.

Program kali ini dimulakan dengan ceramah berkenaan Rokok,V**e dan Dadah yang disampaikan oleh En Hanif dari team AADK.

Sesi kedua, kami menganjurkan satu sesi dialog berkenaan awal remaja. Sesi ini dilihat lebih berkesan berbanding ceramah biasa kerana lebih interaktif.

Diharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar dalam mereka mengorak langkah ke alam remaja.

Pihak PREPP akan meneruskan program AwaRe ke sekolah kebangsaan lain di mukim Pasir Panjang dalam usaha mendidik generasi remaja di sini.

Mohon doa semua 🤲

Making changes, one step at a time



Pada 20 Jun 2023, Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Panjang - PREPP telah menerima kunjungan Ba...
27/06/2023

Pada 20 Jun 2023, Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Panjang - PREPP telah menerima kunjungan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) Kementerian Kesihatan Malaysia untuk satu lawatan kerja bagi memperkukuh Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja di KK Pasir Panjang.

Segala aktiviti dan hasil usaha PRePP sepanjang sesi 2022/2023 telah dibentangkan kepada wakil-wakil yang hadir. Tinjauan turut melibatkan persekitaran klinik dan kakitangan klinik yang lain.

Pihak kami amat berbesar hati atas segala komentar dan cadangan penambahbaikan yang telah diberikan oleh pihak BPKK KKM. Kami berharap agar unit ini dapat terus berkembang dan sekaligus memberi impak positif buat masyarakat sekeliling.

Sekalung penghargaan juga buat ahli jawatankuasa yang tidak jemu berusaha dan memberi sokongan.

Ke arah membina generasi remaja sihat
One step at a time


DRoVE Away!Alhamdulillah, pada Jumaat lepas (9 Jun 2023), Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Pan...
13/06/2023

DRoVE Away!

Alhamdulillah, pada Jumaat lepas (9 Jun 2023), Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Panjang - PREPP telah melancarkan satu program baru yang diberi nama

DRoVE Away!

Dadah
Rokok
V**e
Ethanol (Alkohol)

Mutakhir ini, peningkatan tingkah laku berisiko di kalangan para remaja semakin jelas kelihatan di kalangan komuniti. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para remaja akan kesan buruk perilaku ini.

Program dijalankan dengan kerjasama Smk Pasir Panjang, Port Dickson dan melibatkan seramai hampir seratus orang pelajar tingkatan 3.

Program berbentuk ceramah oleh Pegawai Perubatan KK Pasir Panjang, sambil diselangi aktiviti chairrobic oleh staf KKPP. Sebahagian pelajar turut menjalani saringan kesihatan.

Semoga usaha ini bermanfaaf buat para pelajar, di masa kini dan akan datang.

Towards healthy generation of youth!



Address

Klinik Kesihatan Pasir Panjang
Port Dickson
71250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066610041

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Panjang - PREPP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Pasir Panjang - PREPP:

Shortcuts

Share