Poliklinik Medi-Nur

Poliklinik Medi-Nur Poliklinik terpadu untuk kanak-kanak, orang dewasa dan keluarga. Kami akan memberikan perkhidmatan berdasarkan garis panduan terbaru kepada pesakit -pesakit.

Poliklinik Medi-Nur Saujana Putra merupakan kesinambungan daripada Poliklinik Medi-Nur Puchong Utama yang mana kami bakal hadir dan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pesakit - pesakit terutama sekali bagi penduduk komuniti Saujana Putra dan sekitar.

12/08/2026

Pernah tak rasa yakin mungkin dah mengandung sebab period dah lambat, tapi bila buat UPT… masih negatif? 🤔

Mesti mula tertanya-tanya, “UPT dibuat terlalu awal ke, atau ada sebab lain period masih belum datang?”

Sebenarnya, period lambat bukan hanya disebabkan kehamilan. Ada beberapa perkara lain yang mungkin mempengaruhi kitaran haid anda.

Tonton video ini sampai habis untuk tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Jika period masih belum datang, terus **isi beg biru** untuk buat temu janji pemeriksaan di Poliklinik Medi-Nur 💙

11/08/2026

🤢 “Doktor, kenapa sejak mengandung ni… bau makanan pun dah tak boleh tahan?”

Ada ibu mengandung yang sebelum ni s**a sangat makan nasi, lauk-pauk, malah makanan kegemaran sendiri.

Tapi bila masuk awal kehamilan… tiba-tiba bau makanan boleh buat rasa loya dan nak muntah. 😭

Nak makan susah, nak minum pun kadang-kadang rasa tak lalu. Ada yang sampai takut nak keluar rumah sebab terhidu bau tertentu. 🥹

Sebenarnya, loya dan muntah memang biasa berlaku terutama pada awal kehamilan. Tetapi bukan bermakna ibu perlu tahan sahaja.

Dalam video ni saya kongsikan beberapa cara yang boleh ibu cuba untuk bantu kurangkan rasa loya dan muntah. 🤍

Jangan lupa tengok sampai habis ya, mana tahu ada satu cara yang sesuai untuk ibu. ❤️

📍 Poliklinik Medi-Nur Puchong Utama
Health is Wealth

Poliklinik Medi-Nur Puchong Utama beroperasi seperti biasa . Mencari klinik untuk Scan Mengandung, injection travel , in...
10/08/2026

Poliklinik Medi-Nur Puchong Utama beroperasi seperti biasa . Mencari klinik untuk Scan Mengandung, injection travel , injection haji & umrah dan lain lain boleh walk in ke klinik kami.

08/08/2026

“Doktor, saya nak tanya… normal ke kalau jadi macam ni masa mengandung?” 🤰🏻

Soalan macam ni sebenarnya sangat biasa ditanya oleh ibu-ibu yang datang ke klinik.

Bila mengandung, badan mengalami banyak perubahan. Ada perubahan yang normal dan hanya sementara, tetapi ada juga yang mungkin menjadi tanda badan sedang berdepan dengan sesuatu yang memerlukan perhatian.

Sebab itu, walaupun nampak seperti perkara kecil, jangan terus anggap ia perkara biasa hanya kerana sedang mengandung. 💗

Kalau ada sesuatu yang membuatkan anda rasa tidak selesa, berbeza daripada biasa atau semakin kerap berlaku, jangan takut untuk bertanya dan dapatkan pemeriksaan.

Lebih baik periksa dan tahu keadaan sebenar, daripada terus tertanya-tanya di rumah. 🫶🏻

Untuk ibu-ibu yang sedang melalui fasa kehamilan, dengarkan apa yang badan anda cuba sampaikan.

📍 Poliklinik Medi-Nur Puchong Utama
Kami sedia membantu ibu mendapatkan pemeriksaan dan nasihat yang sesuai sepanjang kehamilan. 💗

Tag seorang ibu mengandung yang mungkin perlukan peringatan ini. 🤍

08/08/2026

UPT dah positif, tapi bila scan… kantung masih belum nampak? 😟🤍

Jangan terus fikir kandungan tak menjadi ya, Mommy.

Pada peringkat awal kehamilan, mungkin usia kandungan masih terlalu awal untuk kantung kelihatan dengan jelas. Kadang-kadang kiraan usia kandungan juga boleh berbeza daripada yang kita jangkakan.

Jadi, apa langkah seterusnya bila UPT positif tetapi kantung belum kelihatan? 🤔

Dengarkan penerangan dalam video ini sampai habis supaya Mommy lebih faham apa yang perlu dilakukan seterusnya. 🤍

Jika masih ragu-ragu atau risau, dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor untuk penilaian yang sesuai.

Poliklinik Medi-Nur Puchong Utama
Health is Wealth 🤍

07/08/2026

KEPUTIHAN SEMASA MENGANDUNG… NORMAL KE ATAU KENA RAWAT? 🤰🏻👀

Bila pregnant, badan memang banyak mengalami perubahan. Tapi jangan terus anggap semua perubahan itu normal.

Keputihan semasa mengandung boleh jadi biasa, tetapi ada keadaan yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan.

Dalam video ni saya terangkan apa yang mommy perlu tahu ❤️

👉 Tonton sampai habis & share dengan mommy yang sedang mengandung!

Poliklinik Medi-Nur Puchong Utama
Health is Wealth ❤️

07/08/2026

Dua garis muncul pada UPT. Hati mula berbunga dan macam-macam rancangan mula bermain dalam fikiran.

Tetapi apabila buat pemeriksaan sekali lagi beberapa hari kemudian, keputusannya kembali negatif. Ketika itu, perasaan gembira bertukar menjadi keliru, sedih dan tertanya-tanya…

**“Apa yang berlaku sebenarnya?”**
**“Adakah saya tersalah makan, terlalu penat atau melakukan sesuatu yang menyebabkan kandungan tidak menjadi?”**

Keadaan ini mungkin dikenali sebagai *chemical pregnancy*—kehamilan yang terhenti pada peringkat sangat awal.

Namun, adakah perkara ini berlaku disebabkan kesalahan ibu? Jangan terus menyalahkan diri sendiri, Mommy. 🤍

Tonton video ini sehingga habis untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku.

06/08/2026

“Kenapa sejak mengandung, saya selalu rasa pening?”

Ada ibu yang menganggapnya perkara biasa dan hanya memilih untuk berehat. Selepas rasa lega sedikit, rutin harian diteruskan seperti biasa tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Namun, jika pening semakin kerap, mengganggu aktiviti atau disertai simptom lain, jangan ambil ringan. Badan mungkin sedang memberi isyarat yang memerlukan perhatian.

Ada beberapa sebab ibu hamil boleh mengalami keadaan ini. Dengarkan perkongsian dalam video sampai habis supaya ibu lebih memahami keadaan badan sendiri. 🤰🏻❤️

Kita selalu menganggap diri masih sihat kerana masih boleh bekerja, makan seperti biasa dan tidak rasa sakit.Tetapi tahu...
04/08/2026

Kita selalu menganggap diri masih sihat kerana masih boleh bekerja, makan seperti biasa dan tidak rasa sakit.

Tetapi tahukah anda, sesetengah masalah kesihatan boleh bermula secara senyap tanpa simptom yang jelas?

Paras gula dan kolesterol boleh meningkat tanpa kita sedari. Perubahan pada fungsi hati, buah pinggang dan tiroid juga mungkin berlaku sebelum badan mula menunjukkan tanda yang ketara.

Sebab itu, jangan hanya bergantung pada apa yang kita rasa. Pemeriksaan darah membantu kita mengetahui keadaan badan dengan lebih jelas dan mengambil langkah yang sesuai lebih awal.

Bila kali terakhir anda membuat pemeriksaan darah?

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi Poliklinik Medi-Nur Puchong Utama.

04/08/2026

Kita selalu rasa pemeriksaan darah hanya perlu dibuat apabila badan dah mula sakit.

Selagi masih boleh bekerja, makan seperti biasa dan menjalani rutin harian, kita anggap semuanya masih okay. Tetapi pernahkah kita benar-benar tahu keadaan kesihatan di dalam badan?

Kadang-kadang, perubahan pada bacaan kesihatan boleh berlaku tanpa tanda yang jelas. Sebab itu jangan tunggu badan mula memberi amaran baru nak ambil tahu.

Bila kali terakhir anda membuat pemeriksaan darah? Dengarkan perkongsian dalam video ini sampai habis ya. Mungkin sudah tiba masanya untuk anda lebih mengambil berat tentang kesihatan sendiri. ❤️

Address

22 Jalan Pu 7/3 Taman Puchong Utama
Puchong
47140

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:00
Tuesday 08:30 - 22:00
Wednesday 08:30 - 22:00
Thursday 08:30 - 22:00
Friday 08:30 - 22:00
Saturday 08:30 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Telephone

+60380683500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Medi-Nur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik Medi-Nur:

Shortcuts

Share