Optomata

Directions Website Contact the practice

Optomata One Stop Centre for Primary Eye Care & Eye Health Screening for all ages including children eye care

By appointment only
Hanya dengan TEMUJANJI

*Temujanji boleh dibuat melalui panggilan telefon pada nombor di profile sahaja

KENALI ZEISS CLEARMIND PRO: Teknologi Kanta Yang Lebih Daripada Sekadar Penglihatan Jelas!Tahukah anda, penglihatan buka...
29/10/2026

KENALI ZEISS CLEARMIND PRO: Teknologi Kanta Yang Lebih Daripada Sekadar Penglihatan Jelas!

Tahukah anda, penglihatan bukan hanya melibatkan mata, tetapi juga bagaimana otak memproses maklumat visual?

ZEISS ClearMind hadir dengan teknologi NeurOptix, direka untuk:

✅ Memberikan extremely clear vision dengan zon penglihatan jelas yang lebih luas.

✅ Mengurangkan kekaburan periferi dan membantu mengurangkan cognitive load (beban pemprosesan visual oleh otak).

✅ Menyokong penglihatan lebih selesa sepanjang aktiviti harian.

Apa kelebihan ClearMind PRO?

ClearMind PRO menawarkan personalisasi tambahan berdasarkan ciri unik mata individu, termasuk saiz anak mata, untuk mengoptimumkan kualiti penglihatan.

Tersedia dalam Single Vision, Digital - Anti-Fatigue & Progressive / Multifocal mengikut keperluan penglihatan anda.

😎Lengkapkan dengan ZEISS PhotoFusion X!

✔️ Jernih di dalam ruangan, bertukar gelap secara automatik apabila terdedah kepada cahaya UV.

✔️ Membantu mengurangkan silau di bawah cahaya matahari.

✔️ Perlindungan UV sehingga 400 nm dalam keadaan jernih mahupun gelap.

✔️ Pelbagai pilihan warna menarik, termasuk kemasan DuraVision Flash untuk penampilan lebih bergaya.

Di OPTOMATA, kami percaya kanta yang hebat perlu dipadankan dengan pemeriksaan dan pengukuran yang tepat.

Sebagai ZEISS Vision Expert, kami menggunakan:

🔹 ZEISS VISUCORE 500 — Pemeriksaan refraksi objektif dan subjektif serta Refraction Analysis untuk memahami keperluan visual individu.

🔹 ZEISS VISUFIT 1000 — 3D Digital Fitting untuk mendapatkan parameter pemakaian kanta yang lebih tepat dan personalised.

📲 Swipe untuk kenali keistimewaan setiap siri kanta ZEISS ClearMind dan pilihan PhotoFusion X!

Untuk pertanyaan lebih lanjut dan tempahan SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,

Hubungi ☎️ 03-8067 7756
⏰ Waktu operasi: Rujuk bio
📍 Waze: Optomata (Bdr Bkt Puchong)

28/10/2026

HYPERTENSION: MATA PUN DALAM ANCAMAN !

Ramai mengetahui hipertensi (DARAH TINGGI) meningkatkan risiko strok, serangan jantung dan penyakit buah pinggang kronik. Namun, tahukah anda bahawa tekanan darah tinggi juga boleh menjejaskan penglihatan?

Tekanan darah yang tidak terkawal boleh menyebabkan hypertensive retinopathy (kerosakan retina akibat hipertensi). Dalam kes tertentu, ia juga boleh dikaitkan dengan retinal vascular occlusion (salur darah retina tersumbat) dan optic disc swelling (pembengkakan kepala saraf optik).

⚠️ Lebih membimbangkan, kerosakan retina boleh berlaku tanpa gejala yang ketara pada peringkat awal. Penglihatan yang masih jelas tidak semestinya bermakna retina dan saraf optik berada dalam keadaan normal.

🔬 Mengapa pemeriksaan mata penting?

Pemeriksaan fundus (bahagian belakang mata) dan OCT (pengimejan keratan rentas retina), jika diperlukan, membantu menilai kesihatan retina serta mengesan perubahan yang berkaitan. Optomata mempunyai instrumen pemeriksaan yang canggih & lengkap untuk PRIMARY EYE CARE.

Tahap pemulihan bergantung pada jenis dan keterukan kerosakan. Sesetengah perubahan boleh bertambah baik selepas tekanan darah dikawal, tetapi kerosakan serius mungkin menyebabkan kehilangan penglihatan kekal.

Di Optomata, pemeriksaan mata bukan sekadar menentukan kuasa cermin mata. Kesihatan retina dan saraf optik juga perlu diberi perhatian.

Jangan tunggu sehingga penglihatan terjejas.

OPTOMATA — More Than Just Vision.

Sebarang PERTANYAAN & TEMPAHAN SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️03-8066 7756 (Waktu Operasi)

Waze: Optomata (Bandar Bukit Puchong)

*Tempahan slot boleh dibuat “BY CALL” shj. Maklumat operasi ada di BIO kami.

Kenali Keratokonus!Banyak kes KERATOKONUS yang dikesan di Optomata semasa ujian saringan penyakit mata.Tanda-tanda Kerat...
27/10/2026

Kenali Keratokonus!
Banyak kes KERATOKONUS yang dikesan di Optomata semasa ujian saringan penyakit mata.

Tanda-tanda Keratokonus!
Di Optomata, kebanyakan individu menganggap silau yang dihadapi mereka adalah masalah silau biasa. Namun, penglihatan masih tidak jelas dan masih mengalami silau walaupun telah dibetulkan dengan cermin mata.

Di Optomata, saringan penyakit keratokonus dijalankan bagi semua yang hadir tanpa mengira faktor risiko.
Seterusnya, penilaian keratokonus dijalankan secara terperinci sebelum memulakan sesi ‘FITTING KANTA LEKAP KHAS’ untuk rawatan keratokonus.

Untuk pertanyaan lebih lanjut dan tempahan SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️ 03-8067 7756(waktu operasi-rujuk bio)
Waze: Optomata (Bdr Bkt Puchong)

25/10/2026

DARIPADA PENYELIDIKAN KE APLIKASI KLINIKAL !

Satu lagi pencapaian bermakna buat Optomata.

Pihak Research Management Centre (RMC), International Islamic University Malaysia (IIUM) telah hadir ke Optomata bagi menjalankan pemeriksaan aset penyelidikan yang kini ditempatkan dan digunakan di pusat optometri kami.

Aset ini telah dipasang dan dimanfaatkan dalam aktiviti penyelidikan serta operasi berkaitan di Optomata.

Bagi kami, penyelidikan bukan sekadar menghasilkan data atau menerbitkan kajian. Nilai sebenar penyelidikan terletak pada bagaimana ilmu dan teknologi dapat dimanfaatkan dalam amalan sebenar, menyumbang kepada perkembangan bidang optometri serta membuka ruang kepada inovasi yang lebih bermakna.

Kehadiran pihak RMC IIUM turut mencerminkan kepentingan pemantauan dan pengurusan aset penyelidikan bagi memastikan penggunaannya berjalan selaras dengan tujuan yang ditetapkan.

Di Optomata, kami percaya bahawa masa depan optometri memerlukan lebih daripada perkhidmatan pemeriksaan penglihatan semata-mata. Ia memerlukan ilmu, teknologi, penyelidikan dan komitmen berterusan untuk meneroka kemungkinan baharu dalam penjagaan mata.

OPTOMATA — More Than Just Vision.

Sebarang PERTANYAAN & TEMPAHAN SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️03-8066 7756 (Waktu Operasi)

Waze: Optomata (Bandar Bukit Puchong)

*Tempahan slot boleh dibuat “BY CALL” shj. Maklumat operasi ada di BIO kami.

25/10/2026

CERMIN MATA BUKAN SEKADAR UNTUK MELIHAT DENGAN JELAS!

Tetapi bagaimana jika cermin mata anda mampu memberikan penglihatan lebih selesa, ketepatan yang diperibadikan dan penampilan yang memukau?

Di OPTOMATA, kami menggabungkan teknologi ZEISS untuk membawa pengalaman pemakaian cermin mata ke tahap yang lebih premium!

ZEISS VISUCORE 500
Analisis refraksi terperinci untuk mengoptimumkan prestasi kanta ZEISS ClearMind Pro.

ZEISS VISUFIT 1000
Teknologi pengukuran 3D untuk ketepatan dan keselesaan pemakaian yang lebih optimum.

ZEISS ClearMind Pro + PhotoFusion X FLASH SAPPHIRE 💙
Bukan sekadar kanta berkualiti tinggi, tetapi sentuhan warna biru eksklusif yang menyerlahkan gaya dan personaliti anda!

Bila ketepatan teknologi bertemu keanggunan fesyen, terhasillah pengalaman penglihatan yang luar biasa!

💙 SEE BETTER. FEEL BETTER. LOOK STUNNING!

Untuk pertanyaan lebih lanjut dan tempahan SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️ 03-8067 7756(waktu operasi-rujuk bio)
Waze: Optomata (Bdr Bkt Puchong)

24/10/2026

26/10/2026 (ISNIN) OPTOMATA DIBUKA SEPERTI BIASA !

Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor, Optomata ingin memaklumkan bahawa kami akan beroperasi seperti biasa pada Isnin, 26 Oktober 2026 iaitu pada hari cuti gantian bagi Negeri Selangor.

Bagi anda yang merancang untuk mendapatkan Pemeriksaan Mata Menyeluruh atau membuat cermin mata, kami sedia menerima kehadiran anda seperti biasa.

Manfaatkan cuti anda untuk memberikan perhatian kepada kesihatan mata. Jangan tunggu sehingga penglihatan mula terganggu untuk menjalani pemeriksaan mata.

Sebarang PERTANYAAN & TEMPAHAN SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️03-8066 7756 (Waktu Operasi)

Waze: Optomata (Bandar Bukit Puchong)

*Tempahan slot boleh dibuat “BY CALL” shj. Maklumat operasi ada di BIO kami.

24/10/2026

TAK SANGKA, STROK DALAM MATA!

Datang ke Optomata dengan tujuan yang biasa iaitu ingin membuat cermin mata baru.

Namun, pemeriksaan mata menyeluruh menemukan sesuatu yang jauh lebih SERIUS daripada masalah rabun biasa.

STROK DALAM MATA !

Inilah perkara yang ramai tidak sedar. Penglihatan kabur tidak semestinya disebabkan oleh perubahan power rabun. Ada kalanya, masalah tersebut berpunca daripada gangguan pada salur darah retina yang boleh mengancam penglihatan.

STROK MATA boleh berlaku apabila aliran darah ke retina terganggu akibat salur darah tersumbat. Bergantung pada jenis dan tahap keterukan, keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan retina dan kehilangan penglihatan yang serius.

Bayangkan jika pesakit hanya menjalani pemeriksaan power rabun sahaja untuk mendapatkan cermin mata baru, tanpa penilaian yang sewajarnya terhadap kesihatan mata.

Masalah sebenar mungkin tidak dikenal pasti.

Sebab itulah di Optomata, kami tidak melihat mata sekadar untuk menentukan power cermin mata sahaja.

Pemeriksaan mata menyeluruh penting untuk menilai keadaan mata, termasuk retina dan saraf optik, serta mengenal pasti tanda-tanda masalah yang memerlukan perhatian lanjut.

Kerana matlamat kita bukan sekadar menghasilkan penglihatan yang lebih jelas, tetapi juga memastikan masalah kesihatan mata tidak terlepas pandang.

Jika penglihatan tiba-tiba kabur atau hilang, bayangan gelap muncul secara mendadak, atau berlaku perubahan penglihatan yang luar biasa, dapatkan penilaian perubatan kecemasan dengan segera. Jangan tunggu sehingga tiba masa untuk membuat cermin mata.

Jangan pilih kanta sebelum mata diperiksa lengkap.

Optomata — More Than Just Vision.

Sebarang PERTANYAAN & TEMPAHAN SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️03-8066 7756 (Waktu Operasi)

Waze: Optomata (Bandar Bukit Puchong)

*Tempahan slot boleh dibuat “BY CALL” shj. Maklumat operasi ada di BIO kami.

23/10/2026

Your Vision Struggles? We’ve Got You! 🤓

😣 “I keep getting headaches!”
💙 I got you! ZEISS ClearMind Lenses — designed for clearer, more comfortable vision.

☀️ “I can’t stand the glare!”
😎 I got you! ZEISS PhotoFusion X — lenses that adapt to changing light conditions for greater visual comfort.

📱 “My eyes feel so tired!”
💙 I got you! ZEISS ClearMind Digital Pro — designed to support comfortable vision for today’s digital lifestyle.

Because your eyes deserve more than just ordinary lenses!

At Optomata, your ZEISS Vision Expert, we believe everyone has unique visual needs. With comprehensive eye examinations and advanced ZEISS technology, we help you find personalised vision solutions that suit your eyes and lifestyle.

📞 For enquiries and appointments, call us at 03-8066 7756

22/10/2026

APABILA REKAAN KANTA MEMAHAMI CARA OTAK MEMPROSES PENGLIHATAN !

Kita melihat menggunakan mata, tetapi otaklah yang mentafsir maklumat visual yang diterima.

Tahukah anda, penglihatan yang kurang jelas boleh menyebabkan otak perlu bekerja lebih keras untuk mentafsir imej yang dilihat?

Di sinilah keistimewaan ZEISS ClearMind PRO.

Dibangunkan berasaskan penyelidikan sains penglihatan dan neurosains, ZEISS ClearMind menggunakan teknologi NeurOptix untuk mengoptimumkan zon penglihatan jelas serta mengurangkan kekaburan periferi pada kanta. Reka bentuk ini membantu mengurangkan beban kognitif ketika memproses maklumat visual, sekali gus menyokong keselesaan penglihatan dan keupayaan untuk kekal fokus dalam aktiviti harian.

Apa yang menjadikan versi PRO lebih istimewa?

Ia menawarkan tahap penyesuaian kanta yang lebih individu dengan mengambil kira saiz pupil (anak mata) pemakai, bagi menghasilkan pengalaman penglihatan yang lebih diperibadikan.

Ini bukan sekadar tentang melihat dengan jelas. Ia tentang bagaimana reka bentuk kanta mengambil kira cara kita melihat, bergerak dan memproses maklumat sepanjang hari.

Di Optomata, kami percaya pemilihan kanta yang tepat bermula dengan memahami keperluan penglihatan setiap individu. Kerana kanta yang terbaik bukan semata-mata ditentukan oleh kuasa, tetapi juga oleh reka bentuk dan kesesuaiannya dengan keperluan pemakai.

Optomata — More Than Just Vision.

Sebarang PERTANYAAN & TEMPAHAN SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️03-8066 7756 (Waktu Operasi)

Waze: Optomata (Bandar Bukit Puchong)

*Tempahan slot boleh dibuat “BY CALL” shj. Maklumat operasi ada di BIO kami.

21/10/2026

GET TO KNOW US | KENALI OPTOMATA

Pemeriksaan Mata Bukan Sekadar Periksa Power Cermin Mata!

Di Optomata, kami percaya bahawa penglihatan yang baik bermula dengan mata yang sihat.

Sebagai sebuah Pusat Optometri Klinikal & Penjagaan Mata Primer, kami bukan sahaja memeriksa tahap kerabunan mata, malah memberi penekanan kepada pemeriksaan kesihatan mata secara menyeluruh, pengesanan awal masalah mata serta penyelesaian penglihatan yang lebih personalised.

🔹 ZEISS Visucore 500
Pemeriksaan refraksi berteknologi tinggi untuk mendapatkan preskripsi cermin mata yang lebih tepat dan bersesuaian dengan keperluan individu.

🔹 ZEISS Visufit 1000
Pengukuran 3D yang terperinci bagi menghasilkan cermin mata yang lebih personalised, selesa dan optimum.

🔹 Tonometry
Pengukuran tekanan dalam mata sebagai salah satu pemeriksaan saringan risiko glaukoma.

🔹 Slit Lamp Examination
Pemeriksaan terperinci bagi saringan penyakit dan abnormaliti pada bahagian hadapan mata.

🔹 Fundus Photography
Pemeriksaan retina dan saraf optik untuk mengenal pasti tanda-tanda awal masalah kesihatan mata.

🔹 Children’s Myopia Management
Pemantauan pertumbuhan mata dan pengurusan rabun jauh kanak-kanak bagi membantu mengawal perkembangan miopia.

🔹 Optical Coherence Tomography (OCT)
Teknologi pengimejan beresolusi tinggi untuk menilai struktur lapisan retina dan saraf optik secara lebih mendalam.

Sebagai ZEISS Vision Expert, kami menggabungkan teknologi terkini, kepakaran optometri klinikal dan pendekatan pemeriksaan secara individu untuk memberikan penjagaan mata yang lebih komprehensif.

Kerana di Optomata, kami bukan sekadar ingin memastikan anda melihat dengan jelas, tetapi juga memastikan kesihatan mata anda diberi perhatian sewajarnya.

Untuk pertanyaan lebih lanjut dan tempahan SLOT TEMUJANJI bersama OPTOMETRIS kami,
Hubungi ☎️ 03-8067 7756(waktu operasi-rujuk bio)
Waze: Optomata (Bdr Bkt Puchong)

Address

No 65 Jalan BP 7/2 Bandar Bukit Puchong
Puchong
47120

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:00
Tuesday 09:30 - 17:00
Wednesday 09:30 - 17:00
Thursday 09:30 - 17:00
Friday 09:30 - 17:00
Saturday 09:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Optomata posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Optomata:

Shortcuts

Share

Nearby clinics