23/05/2026
๐๐๐ข๐๐ช๐ ๐ฝ๐ช๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐
๐๐ฃ ๐๐๐ง๐๐, ๐๐๐ฉ๐๐ฅ๐ ๐๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐๐๐ฉ๐ ๐๐๐ข๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ก๐๐๐
Dalam banyak sesi rawatan yang saya kendalikan, ada satu perkara yang sering merisaukan saya apabila seseorang pesakit terlalu fokus kepada sisi mistik semata-mata.
Fikiran mereka dipenuhi persoalan:
โJin apa yang ganggu aku?โ
โSiapa yang hantar?โ
โIni saka, sihir atau santau?โ
โHantu Raya, Polong atau Pocong?โ
Sedikit demi sedikit, rasa takut itu mula menguasai diri.
Setiap bunyi di rumah mula dikaitkan dengan gangguan. Setiap bayang dianggap petanda.
Hati menjadi gelisah, fikiran bercelaru, emosi p**a semakin lemah.
Akhirnya, kita hidup dalam ketakutan yang dicipta oleh fikiran sendiri.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Apabila Allah mengizinkan kita diuji dengan gangguan, ketahuilah bahawa ujian itu bukan untuk menjauhkan kita daripada-Nyaโฆ tetapi untuk membawa kita kembali dekat kepada-Nya.
Jangan terlalu sibuk memikirkan jin sehingga terlupa kepada Tuhan yang menciptakan jin.
Hakikatnya, jin hanyalah makhluk yang lemah.
Mereka tidak mampu memberi mudarat walau sebesar zarah kecuali dengan izin Allah.
Semakin kita melayan ketakutan, semakin hati menjadi lemah. Tetapi semakin kita bergantung kepada Allah, semakin kuat jiwa kita.
Fokuslah kepada Penyembuh, bukan terlalu tenggelam memikirkan penyakit.
Ingatlahโฆ
Rasulullah SAW juga diuji dengan pelbagai kesusahan, dihina, disakiti dan ditentang. Namun Baginda tidak pernah putus berharap kepada Allah.
Maka ujian yang kita lalui hari ini sebenarnya sangat kecil jika dibandingkan dengan perjuangan Baginda.
Kadang-kadang, kesembuhan itu bukan bermula apabila gangguan hilangโฆ
Tetapi apabila hati mula tenang.
Apabila jiwa mula kembali mengenal tuhan.
Apabila solat mula dijaga.
Apabila doa mula sungguh-sungguh.
Apabila air mata taubat mula jatuh kerana-Nya.
Di situlah bermulanya penyembuhan yang sebenar.
Rawatan kerohanian ini bukan sekadar ikhtiar menangani gangguan, tetapi jalan untuk membawa hati kembali bertauhid, kembali bergantung dan berharap hanya kepada Allah.
Nasihat ikhlas saya,
โJangan jadikan jin sebagai โbintang utamaโ dalam hidup kita. Jadikan Allah sebesar-besar pergantungan dalam hati kita. Kerana apabila hati kembali kepada Allah, di situlah datangnya ketenangan dan kekuatan yang sebenar.โ
Semoga setiap ujian menjadi asbab kita lebih dekat kepada-Nya untuk mengenali-Nya.