18/05/2026
Ini sebab ada jemaah terpaksa kurangkan aktiviti ibadah di sana ⚠️
Bila badan cepat ‘drop’, tenaga tidak stabil dan stamina tidak cukup, ia boleh menyukarkan jemaah untuk melakukan ibadah dengan lancar. Faktor seperti cuaca panas, berjalan jauh, kurang rehat dan persediaan fizikal yang tidak mencukupi antara punca utama badan cepat penat ketika haji. Akibatnya, sesetengah jemaah terpaksa mengehadkan aktiviti ibadah demi menjaga keadaan tubuh. Sebab itu, persediaan kesihatan dan stamina sebelum berangkat sangat penting untuk memastikan ibadah dapat dilakukan dengan lebih baik dan berterusan.