Jabatan ORL Hospital Putrajaya

Jabatan ORL Hospital Putrajaya Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan ORL Hospital Putrajaya, Hospital, Jalan P9, Presint 7, Putrajaya.

05/06/2026

Beberapa video dashcam yang tular kebelakangan ini nampak jelas satu perkara.

Video ada. Kejadian ada. Tapi bila sampai bahagian paling penting, nombor plat p**a kabur.

Itu yang buat ramai pemandu mula sedar, dashcam bukan sekadar aksesori kereta. Ia boleh jadi saksi paling penting bila berlaku langgar lari, kemalangan, provokasi jalan raya atau situasi yang memerlukan bukti.

Untuk tahun 2026, ini antara pilihan dashcam yang boleh dipertimbangkan berdasarkan ciri semasa, kejelasan rakaman, nilai harga dan fungsi tambahan:

1. 70mai T800
Premium 3-channel
Anggaran harga: RM979-RM1,549
Sesuai untuk mereka yang mahukan rakaman depan, belakang dan dalam kabin.

2. 70mai A810S
Best value 4K
Anggaran harga: RM619-RM719
Pilihan 4K yang seimbang untuk pengguna biasa yang mahukan rakaman lebih jelas.

3. VIOFO A229 Pro
Low-light kuat
Anggaran harga: RM1,299-RM1,989
Lebih sesuai untuk mereka yang serius tentang kualiti imej, terutama waktu malam dan cuaca kurang baik.

4. DDPAI N5 Dual
Built-in storage
Anggaran harga: RM449-RM1,179
Menarik untuk pengguna yang mahukan rakaman depan-belakang dengan fungsi pintar dan pilihan storan terbina.

5. 70mai A200
Entry-level
Anggaran harga: RM179-RM299
Pilihan bajet untuk yang baru mahu mula pasang dashcam, terutama jika keperluan asas sudah mencukupi.

Namun perlu ingat, dashcam mahal pun bukan jaminan nombor plat sentiasa jelas. Cahaya lampu, hujan, kelajuan kenderaan, sudut pemasangan, cermin kotor dan kualiti kad memori tetap memainkan peranan.

Sebelum beli, jangan tengok harga sahaja. Semak contoh rakaman siang dan malam. Semak sama ada nombor plat masih boleh dibaca. Semak juga sama ada model itu tahan haba, mudah dipasang dan sesuai dengan cara anda memandu.

CAMSCORE MIROS masih boleh dijadikan rujukan tempatan untuk penilaian dashcam, tetapi senarai Fasa 1 tahun 2025 belum merangkumi semua model consumer 2026. Jadi anggap senarai ini sebagai panduan pengguna, bukan ranking rasmi MIROS.

Dashcam yang baik bukan sekadar merakam perjalanan.

Kadang-kadang, ia merakam kebenaran.

Sambutan Hari Pendengaran Sedunia di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.Tema tahun ini, โ€œDari Komuniti ke Bilik Darjah: Pe...
11/04/2026

Sambutan Hari Pendengaran Sedunia di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.

Tema tahun ini, โ€œDari Komuniti ke Bilik Darjah: Penjagaan Pendengaran untuk Semua Kanak-Kanakโ€ menekankan keperluan pendekatan menyeluruh melibatkan keluarga, komuniti, fasiliti kesihatan dan institusi pendidikan.

10/04/2026
19/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari kami Jabatan ORL HPJ ๐Ÿ’œ
17/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari kami Jabatan ORL HPJ ๐Ÿ’œ

21/02/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sedih dan pilu - baru mendapat perkhabaran dukacita dari Pengarah Hospital Kajang bahawa Ketua Jabatan ENT Hospital Putrajaya, Dr. Mazlinda binti Mahadzir telah โ€˜collapsedโ€™ di Hospital Kajang sewaktu menemani anaknya menjalani prosedur di sana tadi.

Pasukan Hospital Kajang telah cuba sedaya upaya melakukan CPR, namun Almarhumah tidak dapat diselamatkan dan kembali ke rahmatulLah.

Sama-sama kita doakan insan mulia yang disayangi rakan-rakan dan warga besar KKM, serta telah banyak berkorban dan mencurah-khidmat bakti ini, dirahmati dan diampuni AlLah Azza Wajalla dan ditempatkan bersama-sama golongan yang terpilih, Al-Akhyar.

Salam takziah buat keluarga Almarhumah, yang kehilangan insan yang amat disayangi.

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูŽุง ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุฃูŽูƒู’ุฑูู…ู’ ู†ูุฒูู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽูˆูŽุณู‘ูุนู’ ู…ูุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุงุบู’ุณูู„ู’ู‡ูŽุง ุจูู…ูŽุงุกู ูˆูŽุซูŽู„ู’ุฌู ูˆูŽุจูŽุฑูŽุฏู ูˆูŽู†ูŽู‚ู‘ูู‡ูŽุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽุทูŽุงูŠูŽุง ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูู†ูŽู‚ู‘ูŽู‰ ุงู„ุซู‘ูŽูˆู’ุจู ุงู„ุฃูŽุจู’ูŠูŽุถู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽู†ูŽุณู ูˆูŽุฃูŽุจู’ุฏูู„ู’ู‡ูŽุง ุฏูŽุงุฑู‹ุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฏูŽุงุฑูู‡ูŽุง ูˆูŽุฃูŽู‡ู’ู„ุงู‹ ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽู‡ู’ู„ูู‡ูŽุง ูˆูŽุฒูŽูˆู’ุฌู‹ุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฒูŽูˆู’ุฌูู‡ูŽุง ูˆูŽุฃูŽุฏู’ุฎูู„ู’ู‡ูŽุง ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ูˆูŽุฃูŽุนูุฐู’ู‡ูŽุง ู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู’ู‚ูŽุจู’ุฑู ูˆูŽู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู

๐๐„๐‹๐€๐’๐”๐๐†๐Š๐€๐–๐€ | ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡๐€๐‹-๐…๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐‡Kami warga kerja ORL Hospital Putrajaya turut berdukacita dan ingin mengucapkan sa...
21/02/2025

๐๐„๐‹๐€๐’๐”๐๐†๐Š๐€๐–๐€ | ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡

๐€๐‹-๐…๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐‡

Kami warga kerja ORL Hospital Putrajaya turut berdukacita dan ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Dr Mazlinda Binti Mahadzir yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 20 Februari 2025 (Khamis). Sesungguhnya pihak kami telah kehilangan seorang anggota yang sangat cemerlang dan penuh dedikasi.

Semoga almarhumah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Address

Jalan P9, Presint 7
Putrajaya
62250

Telephone

+60383124200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan ORL Hospital Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category