31/07/2026
😎Testosteron & Tulang Wanita 🦴
Ramai sangka hanya estrogen penting untuk kesihatan tulang. Sebenarnya, tulang juga mempunyai reseptor testosterone, dan hormon ini boleh membantu menyokong pembentukan tulang.
✅ Testosteron boleh bertindak secara langsung pada sel tulang.
✅ Sebahagiannya ditukar kepada estradiol, hormon yang sangat penting untuk kekuatan tulang.
✅ Ia juga membantu meningkatkan j***m otot, yang memberi rangsangan kepada pembentukan tulang.
Tetapi...❗
Walaupun mekanismenya jelas, **bukti klinikal masih belum mencukupi** untuk menggunakan testosteron sebagai rawatan utama osteoporosis atau perlindungan tulang pada wanita.
💡 Estrogen masih kekal sebagai hormon utama dengan bukti paling kukuh untuk mengurangkan kehilangan tulang dan risiko patah tulang selepas menopaus.
👉 Fahami sains di sebalik hormon, tetapi pastikan rawatan dipilih berdasarkan bukti perubatan, bukan trend.