OM Bandar Tasik Puteri

OM Bandar Tasik Puteri Opto Mobile Bandar Tasik Puteri, Rawang | (100% Bumiputera) | Optometris bertauliah graduan dari UIAM | Pemeriksaan mata professional | Cermin mata berkualiti

πŸ‘€ Mata penat, kering atau penglihatan makin kabur?Mungkin dah tiba masa untuk kurangkan penggunaan skrin dan mula jaga m...
11/08/2026

πŸ‘€ Mata penat, kering atau penglihatan makin kabur?

Mungkin dah tiba masa untuk kurangkan penggunaan skrin dan mula jaga mata dengan lebih baik.

Amalkan 20-20-20 β€” setiap 20 minit, rehatkan mata selama 20 saat dan lihat sejauh 20 kaki (6 meter). πŸ‘“βœ¨

Tapi kita faham… umur 20–40 tahun ni memang antara golongan yang paling banyak menghadap skrin. Kerja kena siapkan, deadline assignment dah dekat, slides presentation p**a belum siap. πŸ˜…

Kalau memang perlu menghadap skrin untuk tempoh yang lama, anti-fatigue lens boleh jadi salah satu pilihan untuk membantu mata rasa lebih selesa dan memudahkan adaptasi semasa melihat dekat. πŸ‘“

πŸ“ Jom singgah Opto Mobile Bandar Tasik Puteri
Bersebelahan Ayam Gepuk Pak Didi.

πŸ“² WhatsApp/Call: 013-535 0696

Jaga mata hari ini, supaya mata kekal selesa untuk hari esok. πŸ’™

08/08/2026

Gandingan bingkai Bonia Metal dan photochromic brown menjadi pilihan salah satu pelanggan kita

Pilihan anda p**a bagaimana ?

PERHATIAN!Sekali pandang mungkin nampak sama, tetapi bila diperhatikan dengan lebih teliti, kedua-dua gambar retina ini ...
07/08/2026

PERHATIAN!

Sekali pandang mungkin nampak sama, tetapi bila diperhatikan dengan lebih teliti, kedua-dua gambar retina ini sebenarnya mempunyai keadaan yang berbeza.

Inilah pentingnya pemeriksaan saringan retina (bahagian belakang mata). Tanpa pemeriksaan, kita mungkin tidak sedar bahawa sudah ada perubahan pada retina walaupun penglihatan masih terasa normal.

Siapa yang digalakkan menjalani pemeriksaan retina?
βœ… Individu berumur 40 tahun ke atas.
βœ… Pesakit yang mempunyai diabetes, darah tinggi atau kolesterol tinggi.
βœ… Kanak-kanak yang belum pernah menjalani pemeriksaan mata menyeluruh.
βœ… Individu yang sudah memakai cermin mata tetapi masih tidak berpuas hati dengan tahap penglihatan.

πŸ‘οΈ Jangan tunggu penglihatan menjadi kabur. Buat pemeriksaan lebih awal kerana pengesanan awal boleh membantu mencegah masalah yang lebih serius.

Jom follow kami di OM Bandar Tasik Puteri , lokasi di sebelah ayam gepuk pak didi dan kedai eco shop

Berita tergempar !!!BANDAR TASIK PUTERI, 4 Ogos β€” Penduduk sekitar seperti ijok, kota tinggi, kundang, kuang dan rawang ...
04/08/2026

Berita tergempar !!!

BANDAR TASIK PUTERI, 4 Ogos β€” Penduduk sekitar seperti ijok, kota tinggi, kundang, kuang dan rawang kini boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan mata yang lebih menyeluruh di Opto Mobile Bandar Tasik Puteri menerusi penggunaan Fundus Camera yang membolehkan pemeriksaan bahagian dalam mata seperti retina dan saraf optik bagi membantu mengesan tanda awal pelbagai masalah mata.

Pemeriksaan ini turut diberikan secara PERCUMA dengan setiap pembelian sepasang cermin mata, sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan mata.

Ingat ! Tak semua masalah mata boleh diselesaikan dgn cermin mata sahaja, periksa dulu baru baru buat cermin mata

02/08/2026

dengar cerita cermin mata design frameless ni sekarang jadi trend balik, betul ke πŸ‘€

Kat Opto Mobile BTP pun ada frame mcm ni tau, design untuk lelaki, perempuan semua ada. Dalam video ni customer kita dah grab satu. Lawa ke lawa sangaaattt? 😍

So, sesiapa yg nak cuba2 pakai frameless tu meh la cuba2 dulu, dah ngam kita deal kasi jadi 🀭

Opto Mobile Bandar Tasik Puteri ;
πŸ“ bersebelahan dgn Ayam gepuk Pak Didi & Eco Shop Medan Puteri, BTP

01/08/2026

Alhamdulillah, terima kasih atas sokongannya orang2 BTP dan sekitar yg sangat2 awesome! 🫢🏻

Ada tak sesiapa yg notice muka sendiri atau kenalan ada dalam video ni? Angkat tangan sikitttt πŸ‘‹πŸ» hehe

Setiap senyuman anda yg terukir adalah kebahagiaan kami πŸ₯°

Opto Mobile Bandar Tasik Puteri,
πŸ“Bersebelahan Ayam Gepuk Pak Didi & Eco Shop Medan Puteri, BTP πŸ™ŒπŸ»

https://wa.me/60135350696

Cermin Mata Bertukar Gelap Sendiri? Itulah Photochromic Lens! 😎Photochromic lens ni adalah lens yg bertindak balas dgn c...
31/07/2026

Cermin Mata Bertukar Gelap Sendiri? Itulah Photochromic Lens! 😎

Photochromic lens ni adalah lens yg bertindak balas dgn cahaya matahari, bila kena je matahari terus jadi gelap. Knp gelap ? Sbb dia nk lindung mata kita ni.

Apa kebaikan photochromic lens ni?
πŸ‘“ Tak perlu tukar-tukar antara cermin mata biasa dan sunglasses.
πŸ›‘οΈ Membantu kurangkan silau terhadap matahari serta melindungi mata daripada sinaran UV.
πŸš— Sangat sesuai untuk mereka yang selalu bergerak keluar masuk bangunan atau pon bnyk terdedah kpd cahaya matahari

Nak tahu sama ada photochromic lens sesuai untuk gaya hidup anda? Datang buat pemeriksaan mata dan kami boleh cadangkan lens yang paling sesuai.

Jom follow page kita di OM Bandar Tasik Puteri dan boleh hubungi kita di https://wa.me/60135350696

31/07/2026

Assalamualaikum & Salam Jumaat Penghulu segala hari. Harini Opto Mobile BTP beroperasi seperti biasa ya, jemput datang sesiapa yg berhajat 🀍

πŸ“Bersebelahan dgn Ayam Gepuk Pak Didi & Eco Shop Medan Puteri, BTP

Boleh whatsapp kami untuk maklumat lanjut πŸ‘‡πŸ»

https://wa.me/60135350696

Sekejap betul waktu berlalu, tahu2 dah sebulan Opto Mobile Bertapak di Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri.sebulan kami di...
30/07/2026

Sekejap betul waktu berlalu, tahu2 dah sebulan Opto Mobile Bertapak di Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri.

sebulan kami di sini, Alhamdulillah dengan penerimaan & sokongan dari warga BTP dan sekitar yg sangat baik2 hati semuanya 🀲🏻

Ada yg belum perasan signboard kami ke? kalau ada, boleh rujuk gambar2 di bawah utk datang ya πŸ€—

Nak cek power rabun sampai lah ke pemeriksaan secara detail ke bahagian belakang mata, katarak & sebagainya pun boleh.

Ada anak kecik, risau susah untuk berurusan? jangan risau, sudut bermain untuk si kecil pun kami sediakan. Anak happy bermain, parents pun boleh fokus cek mata tanpa risau πŸ₯°

InshaAllah, kami akan terus improve suasana kedai demi memastikan keselesaan untuk semua pelanggan2 kami yg bertandang πŸ€“

Landmark kami, Opto Mobile BTP ;
πŸ“ bersebelahan Ayam gepuk Pak Didi &
πŸ“ Eco Shop Medan Puteri

Beroperasi setiap hari KECUALI ISNIN ( TUTUP ) 11 pagi - 8 malam πŸ€—

https://wa.me/60135350696

Kalau cermin mata dah tukar banyak kali tapi masih kabur, mungkin masalahnya bukan pada power mata… tapi katarak Katarak...
29/07/2026

Kalau cermin mata dah tukar banyak kali tapi masih kabur, mungkin masalahnya bukan pada power mata… tapi katarak

Katarak atau pon dlm english kita sebut cataract bkn selaput yg tumbuh atas mata tetapi ia berlaku di bahagian kanta dlm mata kita yg semakin keruh

Akibatnya:
1. Penglihatan semakin kabur.
2. Silau bila tengok lampu, terutamanya waktu malam.
3. Warna nampak semakin pudar.

Katarak yg masih di peringkat permulaan masih lagi boleh di bantu dgn cermin mata yg terkini, tetapi akan tiba satu masa, cermin mata baru pon tak dpt bantu penglihatan disebabkan katarak yg semakin teruk

Bila tiba nya masa ini, pembedahan utk menggantikan kanta mata yg baru sahaja yg boleh membantu kembalikan penglihatan yg jelas semula, pada masa ini kebiasaanya pelanggan2 perlu dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor mata di hospital kerajaan atau pon klinik mata swasta.

Kalau penglihatan semakin kabur walaupun dah tukar cermin mata, jangan terus anggap sebab power berubah. Datang buat pemeriksaan mata dahulu dgn kita Opto Mobile Bandar Tasik Puteri

Kita akan buat pemeriksaan saringan dan akan nasihat mengikut keadaan mata anda

Jom follow page kita di OM Bandar Tasik Puteri, dan boleh hubungi kita di https://wa.me/60135350696

Address

E-G-43, Jalan 7A/4, Bandar Tasik Puteri
Rawang
48020

Opening Hours

Tuesday 11:00 - 20:00
Wednesday 11:00 - 20:00
Thursday 11:00 - 20:00
Friday 11:00 - 20:00
Saturday 11:00 - 20:00
Sunday 11:00 - 20:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OM Bandar Tasik Puteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category