Pusat Rawatan Sejati RAYAR

Call Directions Website

Pusat Rawatan Sejati RAYAR PUSAT RAWATAN SEJATI RAYAR
PERAWAT-PERAWAT:-

'ABDUL 'AZIZ BIN HASSAN 0193792306
AZMAN BIN JAHAN 0129233056

GANGGUAN MAKHLUK² HALUS

1. SIHIR
2. DARAH TINGGI
6.

SANTAU ANGIN & MAKAN
3. SAKA

PAGAR

1. RUMAH KEDIAMAN
2. PREMIS PERNIAGAAN

RAWATAN FIZIKAL

1. KENCING MANIS
2. BUAH PINGGANG
3. JANTUNG BERLUBANG
4. LUMPUH/STROKE
5. GOUT
7. MIGRAINE
8. FIBROD DAN KETUMBUHAN
9. KANSER
10. PENAGIHAN DADAH DAN ARAK
11. LUKEMIA
12. SUSAH DAPAT ZURIAT
13. BATU KARANG
14. SENGGUGUT

15/04/2026

3389 likes, 128 comments. “Pernah terfikir apa rahsia ketajaman minda Nabi Khidir AS, sosok hebat yang pernah menjadi guru kepada Nabi Musa AS? 🤔 Ustaz Jamil berkongsi tentang satu amalan pemakanan sunnah yang sangat luar biasa untuk mencerdaskan akal dan menguatkan ingatan. Jom kita tuntut ilm...

07/04/2026
21/03/2026
21/03/2026

QISTU AL-HINDI

Oleh:
Norashikin Hassan

( Herbalis HPA Asean )

Rupanya tanaman hiasan ini ialah tanaman ubat! Tonsil, sakit tekak, batuk hingga berdarah akibat luka pada tekak, boleh dirawat dengan tumbuhan kisti hindi ini. Ia disebut oleh Nabi SAW boleh merawat tujuh jenis penyakit.

Digunakan untuk semua masalah pada bahagian kerongkong dan esofagus dan saluran pernafasan. Ambil akarnya, asah pada batu lesung, ambil sedikit airnya masuk dalam air dan kumur. Akarnya juga boleh dihisap begitu sahaja untuk masalah tonsil dan sakit tekak. Ada kaedah lain, pastenya dicampur minyak zaitun atau minyak vco, sapu pada ulser dalam mulut. InsyaAllah mujarab.

Kita menjadikan ia sebagai tanaman hiasan di laman rumah, rupanya ada khasiatnya bukan sekadar hiasan. Subhanallah.

INFO HERBA

Lain negara lain p**a namanya. Orang arab menyebutnya dengan al Qust Al Bahri. Nama Inggeris p**a Costume. Nama saintifik p**a ialah Costus Speciousus.

Jabir Bin Abdullah ra mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jangan membakar tekak anak-anakmu, kamu mempunyai Qust Al Hindi (متى قسطا) & Waras (ورس), mintalah anak-anakmu menjilatnya. : Rujukan Mustadrak Al Hakim: 8239.

Anas Bin Malik ra mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda "Kepada anak-anakmu semasa Azrah (العذرة) (jangkitan tekak mereka- tonsil), jangan tekan tekak mereka dan jangan beri mereka Azaab (sakit) yang kamu ada Qust (القسط) ) (gunakannya). : Rujukan Bukhari: 5696; Buku no. 76; Dalam jilid bahasa Inggeris no. 7; buku no.71; Hadees no 599.

Dan banyak lagi riwayat tentang qisti hindi ini.

Faedah saintifik

1. Bermanfaat dalam semua jenis penyakit kahak, cirit-birit, kolera, pencucian privart part wanita selepas kitaran haid.

2. Ia berguna dalam alopecia, Tinea versicolor, kurap.

3. Ia adalah pembersih darah, anti septik, anti spasmodik.

5. Terbaik dalam asma bronkial, hell palsy, chloasma, batuk & selsema, jangkitan tekak

Qust jika digunakan bersama minyak zaitun adalah ramuan anti-bakteria dengan kesan yang sangat baik & peningkatan minyak zaitun dalam tindakan perubatan dan kedua-duanya meningkatkan tindakan antara satu sama lain.

19/01/2026

بِسْمِ ٱللَّهِ. ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ, اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. ٱلسَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ.

🌹HIMPUNAN HADITH ... BAH : 4🌹

بِسْمِ ٱللَّهِ. ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ.

00040. Hadith dari Jabir Bin 'Abdillaah رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ, dia telah berkata :

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كَانَ رَسُولُ - إِذَا خَطَبَ احْمَرَّتْ عَيْنَاهُ وَعَلاَ صَوْتُهُ وَاشْتَدَّ غَضَبُهُ حَتَّى كَأَنَّهُ مُنْذِرُ جَيْشٍ يَقُولُ : صَبَّحَكُمْ وَمَسَّاكُمْ. وَيَقُولُ : بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةَ كَهَاتَيْنِ. وَيَقْرُنُ بَيْنَ إِصْبَعَيْهِ السَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى وَيَقُولُ : أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

Jika Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ berkhutbah maka merahlah kedua mata Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah dan suara Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ tinggi serta keras kemarahan (emosi) Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, seakan-akan Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ sedang memperingatkan pasukan perang seraya bersabda :

“Waspadalah terhadap musuh yang akan menyerang kalian di pagi hari, waspadalah kalian terhadap musuh yang akan menyerang kalian di petang hari !!”.

Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah bersabda :

Aku telah diutus dan antara aku dan hari Qiamat seperti dua jari jemari ini – Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah bersabda : merapatkan antara dua jari beliau yaitu jari telunjuk dan jari tengah, dan Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah bersabda : :

“Kemudian daripada itu, sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Al-Qur’an dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, dan seburuk-buruk perkara adalah perkara-perkara yang baru dan semua bid’ah adalah kesesatan”

📚 HR : Imam Muslim رَحِمَهُ ٱللَّهُ تَعَالَى, No. 2042.

Dalam riwayat Imam An-Nasaai رَحِمَهُ ٱللَّهُ تَعَالَى ada tambahan

وَكُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ ، وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ

“Dan semua perkara yang baru adalah bid’ah dan seluruh bid’ah adalah kesesatan dan seluruh kesesatan di Neraka”

📚 HR : Imam an-Nasai رَحِمَهُ ٱللَّهُ تَعَالَى, No. 1578.

00041. Telah berkata Sulaiman Bin Harb رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ :

حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ ابْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ عَلِيٍّ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهِمَا السَّلَام شَكَتْ مَا تَلْقَى فِي يَدِهَا مِنْ الرَّحَى فَأَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسْأَلُهُ خَادِمًا فَلَمْ تَجِدْهُ فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ فَلَمَّا جَاءَ أَخْبَرَتْهُ قَالَ فَجَاءَنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْتُ أَقُومُ فَقَالَ

مَكَانَكِ فَجَلَسَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى صَدْرِي فَقَالَ أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا فَكَبِّرَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

وَعَنْ شُعْبَةَ عَنْ خَالِدٍ عَنْ ابْنِ سِيرِينَ قَالَالتَّسْبِيحُ أَرْبَعٌ وَثَلَاثُونَ

Sulaiman bin Harb رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ telah meriwayatkan kepada kami, katanya :

Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada al-Hakam daripada Ibnu Abi Laila daripada Saidina 'Ali Bin Abu Talib رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ, bahawa isterinya Sayyidatina Fatimah رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهَا telah mengadu hal tentang tangannya kerana mengisar gandum. Maka dia pergi kepada Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ untuk meminta seorang pembantu tetapi tidak mendapatinya (di rumah).

Maka dia pun menyebutkan perkara itu kepada Saidatina Aisyah رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهَا.

Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ datang maka Sayyidatina Aisyah رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهَا pun menceritakan kepada Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :

Kata perawi (Sayyidina 'Ali Bin Abu Talib رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ :

Maka Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pun datang kepada kami ketika kami sudah pergi ke tempat tidur kami, aku mahu bangun tetapi Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah bersabda :

“Tetaplah kamu di tempat kamu.”

Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pun duduk di antara kami sehingga aku merasakan sejuk dua tapak kakinya di dadaku.

Maka Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah bersabda :

“Mahukah kamu berdua aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang terlebih baik bagi kamu dari seorang hamba / khadam iaitu apabila kamu pergi ke tilam / atau tempat tidur kamu maka bertakbirlah tiga puluh tiga kali, ucapkan سُبْحَانَ للَّهِ sebanyak 33x dan ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ sebanyak 33x dan ٱللَّهُ أَكْبَرُ sebanyak 34x.

Itu adalah lebih baik bagi kamu berdua dari seorang hamba / khadam.

Dan daripada Syu’bah daripada Khalid daripada Ibnu Sirin, dia berkata :

“Tasbih tiga puluh empat kali.”

00042. Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah bersabda :

مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ : بِسْمِ ٱللَّهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ، ثَلاثَ مَرَّاتٍ، إِلاَّ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ.

“Tidaklah seorang hamba mengucapkan setiap pagi dari setiap harinya dan setiap petang dari setiap malamnya kalimat :

Bismillaahiladzi Laa yadhurru ma'asmihi syai'aun fil ardhi wa laa fissamaa' wahuas samii'ul 'aliim.

Dengan nama ٱللَّهُ Yang dengan namaNya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan di bumi dan tidak juga di langit, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

Sebanyak tiga kali, maka tidak akan ada apa pun yang membahayakannya.”

00043. Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah bersabda :

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

“Sesiapa yang pergi berjumpa dengan tukang tilik lalu dia meminta kepadanya sesuatu, maka solatnya tidak diterima selama 40 malam.”

📚 HR : Imam Muslim رَحِمَهُ ٱللَّهُ تَعَالَى.

00044. Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah bersabda :

مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

“Sesiapa yang datang berjumpa dengan dukun atau tukang tilik lalu dia membenarkan apa yang dikatakan olehnya.

Sesungguhnya dia telah mengingkari dengan apa yang diturunkan kepada Baginda نَبِىُّ مُّحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.”

00045. Hadith dari Abu Hurairah رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ, dia berkata :

خَلَقَ ٱللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ التُّرْبَةَ يَوْمَ السَّبْتِ وَخَلَقَ فِيهَا الْجِبَالَ يَوْمَ الْأَحَدِ وَخَلَقَ الشَّجَرَ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَخَلَقَ الْمَكْرُوهَ يَوْمَ الثُّلَاثَاءِ وَخَلَقَ النُّورَ يَوْمَ الْأَرْبِعَاءِ وَبَثَّ فِيهَا الدَّوَابَّ يَوْمَ الْخَمِيسِ وَخَلَقَ آدَمَ عَلَيْهِ السَّلَام بَعْدَ الْعَصْرِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فِي آخِرِ الْخَلْقِ فِي آخِرِ سَاعَةٍ مِنْ سَاعَاتِ الْجُمُعَةِ فِيمَا بَيْنَ الْعَصْرِ إِلَى اللَّيْلِ.

"Baginda Nabi مُحَمَّدً رَسُولُ ٱللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah memegang tangannya, lalu bersabda :

'(Bahawasanya) ٱللَّهُ menjadikan tanah pada hari Sabtu, menancapkan gunung pada hari Ahad, menumbuhkan pohon-pohon pada hari Isnin, menjadikan bahan-bahan mineral pada hari Selasa, menjadikan cahaya pada hari Rabu, menebarkan binatang pada hari Khamis, dan menjadikan Adam عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pada hari Jum'at setelah Asar, yang merupakan penciptaan paling akhir iaitu sa'at-sa'at terakhir di hari jum'at antara waktu Asar hingga malam."

📚 HR : Imam Ahmad رَحِمَهُ ٱللَّهُ تَعَالَى, No. 7991.

Address

Rawang
48300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Sejati RAYAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category