27/03/2026
Sekarang ni bila subsidi minyak RON95 makin berkurang, yang paling terasa bukan orang atas… tapi rakyat biasa yang cari makan hari-hari.
Yang buat mobile service, e-hailing, transport sekolah, transport kilang semua tengah struggle. Minyak naik, kos naik… tapi income tetap sama. Mana ada untung? Nak survive pun cukup-cukup makan je.
Saya sendiri buat mobile service door to door, menjaga ibu berpantang. Setiap hari kena keluar, guna minyak, guna tenaga. Tapi kalau naikkan harga servis, client pun susah. Akhirnya business pun terjejas.
Kalau semua harga naik mendadak, macam mana kami nak teruskan commitment yang dah ada? Loan bank yang ambil 2-3 tahun lepas, takkan bank nak turunkan? Interest jalan macam biasa, tapi kos hidup makin tinggi.
Harga barang naik, gas naik… tapi kita tak sampai hati nak terus naikkan harga pada client, especially untuk makanan pantang sebab kita tahu semua orang tengah susah.
Harap pihak atasan jangan fikir untuk penjawat awam sahaja. Yang bagi undi tu bukan satu golongan saja rakyat biasa, pekerja sendiri, peniaga kecil semua ada harapan.
Tolonglah consider keadaan kami juga. Jangan sampai rakyat yang betul-betul cari makan ni terhimpit sampai tak mampu bertahan.