07/09/2022
5 PETUA MERAWAT KERASUKAN
1. BAWANG PUTIH
Ambil dua tiga ulas bawang putih, lenyekkan sehingga keluar airnya. Kemudian sapu di bahagian bawah hidung atau diberi bau pada orang kerasukan, pasti segala benda halus yang sedang menganggu akan keluar serta merta. Petua ini sangat mujarab dan pernah dicuba sendiri beberapa kali.
2. MANDIAN
Apabila melihat orang kerasukan yang sedang agresif, simbah air ke seluruh tubuhnya. Bertambah baik lagi jika menggunakan air sejuk dicampur air batu. Tujuannya adalah menurunkan suhu panas badan orang kerasukan hinggalah mereka akan tersedar dengan sendirinya. Cara ini agak kurang sesuai digunakan bagi kerasukan wanita apabila di khalayak ramai kerana melibatkan aurat namun juga amat berkesan.
3. CERMIN
Halakan cermin muka ke arah orang kerasukan hingga dia memandangnya, maka gangguan tersebut akan keluar serta-merta. Secara peribadi pernah menggunakan petua ini sekali dan menjadi. Dikhabarkan mujarab kerana gangguan yang merasuki badan manusia tersebut malu apabila memandang kejadian dirinya sendiri, wallahualam.
4. PENYAPU LIDI
Ambil penyapu lidi, pukulkan ke tanah beberapa kali serta sebatkan ke badan orang kerasukan pada kadar kekuatan yang sesuai dengan maksud memberi ancaman kepada gangguan bukan untuk mencederakan tubuh. Jika bimbang mudarat tubuh, cukup ambil 4 5 batang lidi dibuat sebat. Boleh juga guna ranting kayu yang sesuai. Insyallah gangguan kerasukan akan keluar segera. Sehingga kini kepercayaan mengenai penyapu lidi dengan gangguan halus dari sudut penjelasan ilmiah masih menjadi misteri.
5. IBU JARI KAKI
Picitkan ibu jari kaki orang yang sedang kerasukan. Bertambah baik picitan disertai dengan biji lada hitam. InsyaAllah gangguan halus dalam badan orang tersebut akan kesakitan dan segera keluar. Picitan harus betul. Tujuannya lebih kepada memaksa gangguan halus keluar melalui cara tekanan.
Petua-petua ini selalunya digunapakai untuk membantu apabila berlaku kejadian kerasukan agresif di depan mata secara mengejut atau tiada orang lain yang mampu membantu ketika itu.
Petua-petua sesuai bagi orang awam serta menjadi bertambah baik dan ampuh sekiranya disulami bersama dengan bacaan jampi, ayat-ayat suci, tenaga dalaman atau kaedah makrifat.
Moga berguna ketika kecemasan.