Selayang Hospital

Directions Website

Selayang Hospital Disclaimer : This is an official pages for Selayang Hospital. This hospital provides secondary and selected national tertiary care services.

Selayang Hospital is a fully government hospital with 960 inpatient beds and 20 clinical disciplines located in Selayang in the Gombak District, Selangor, Malaysia. Located in Batu Caves, Malaysia.

30/10/2026

📌 Saksikan temu bual bersama YBhg. Dato’ Sri Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini.

Platform: Selamat Pagi Malaysia 📺
Tarikh: 30 Oktober 2026 (Jumaat) 🗓️
Masa: 8:00 pagi ⏰
Topik: Belanjawan 2027: Memperkasa Prasarana Kesihatan Awam 🩺

🇲🇾✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN HOSPITAL SELAYANG 2026 ✨📅 1 November 2026 (Ahad)Setinggi-tinggi ...
30/10/2026

🇲🇾✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN HOSPITAL SELAYANG 2026 ✨

📅 1 November 2026 (Ahad)

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga PPK atas dedikasi, komitmen dan pengorbanan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik. Semoga warga PPK terus cekap, berintegriti dan cemerlang dalam menjalankan amanah.

💙 TRANSFORMASI KOMPENTENSI, PEMANGKIN PPK RESILIEN 💛

SALAM TAKZIAHInnalillahi wa inna ilaihi raji’un.Dukacita dimaklumkan bahawa Norhayati binti Zainal Abidin, Pembantu Pera...
25/10/2026

SALAM TAKZIAH

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Dukacita dimaklumkan bahawa Norhayati binti Zainal Abidin, Pembantu Perawatan Pesakit (PPK), Unit CSSD Hospital Selayang telah kembali ke Rahmatullah pada 25 Oktober 2026 bersamaan 13 Jamadilawal 1448 H.

Seluruh warga kerja Hospital Selayang merakamkan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah. 🤲🏻
Daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Hospital Selayang

22/10/2026

SYABAS PASUKAN PEMBEDAHAN MIKRO HOSPITAL SELAYANG, KEMBALIKAN HARAPAN PESAKIT

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Dr. Rashdeen Fazwi Muhammad Nawawi, Dr. Syahril Rizal Arsad, serta seluruh pasukan Jabatan Tangan dan Pembedahan Mikro, Hospital Selayang atas kejayaan luar biasa menyambung semula kedua-dua belah tangan seorang pesakit yang terputus akibat kemalangan di tempat kerja.

Kejayaan ini bukan sahaja satu pencapaian klinikal yang membanggakan, malah meletakkan kepakaran perubatan negara setaraf dengan pusat perubatan utama dunia.

Di peringkat global, kecederaan yang melibatkan kedua-dua belah tangan terputus adalah amat jarang berlaku. Dalam literatur perubatan antarabangsa, pembedahan penyambungan kedua-dua belah tangan hanya direkodkan sekitar dua hingga tiga kes sepanjang tempoh 30 tahun di pusat-pusat perubatan utama dunia.

Namun di Hospital Selayang, kecekapan dan kepakaran luar biasa pasukan mikrosurgeri kita telah berjaya merekodkan tiga kes seumpama ini dalam tempoh 18 tahun.

Pembedahan mikro yang rumit ini menuntut kemahiran teknikal yang sangat teliti, ketahanan fizikal dan mental, koordinasi rapi, serta tindakan pantas pasukan multidisiplin bagi memulihkan aliran darah dan menyambung struktur saraf, saluran darah, serta urat pesakit.

Saya amat berbangga dengan semangat dan dedikasi seluruh warga Hospital Selayang dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini bukti kukuh bahawa sistem kesihatan awam kita dipacu oleh pakar-pakar berwibawa yang sentiasa komited mengembalikan kualiti hidup serta masa depan rakyat.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar pesakit dikurniakan kesembuhan yang sempurna dan dipermudahkan urusan rehabilitasi seterusnya.

Tahniah kepada Dato' Dr. Rashdeen Fazwi Muhammad Nawawi , Ketua Jabatan Ortopedik dan Mr Syahril Rizal Arsad, Ketua Unit...
21/10/2026

Tahniah kepada Dato' Dr. Rashdeen Fazwi Muhammad Nawawi , Ketua Jabatan Ortopedik dan Mr Syahril Rizal Arsad, Ketua Unit Tangan dan Pembedahan Mikro serta seluruh pasukan Jabatan Tangan dan Pembedahan Mikro Hospital Selayang atas kepakaran dan dedikasi dalam menjayakan pembedahan ini.

Kejayaan Hospital Selayang menyambung semula kedua-dua tangan pesakit yang terputus dalam tiga kes sepanjang tempoh 18 tahun, membuktikan kepakarannya dalam mengendalikan pembedahan kompleks yang amat jarang dilakukan, termasuk di pusat perubatan utama dunia.

Ketua Jabatan Tangan dan Pembedahan Mikro Hospital Selayang Datuk Dr Rashdeen Fazwi Muhammad Nawawi berkata kejayaan itu mencerminkan keupayaan pasukannya dalam melaksanakan pembedahan berisiko tinggi yang memerlukan kepakaran khusus, koordinasi rapi dan tindakan pantas bagi menyelamatkan anggota badan pesakit.

“Kecederaan atau putus tangan kebiasaannya berlaku pada sebelah anggota sahaja. Dalam literatur perubatan serta di pusat-pusat perubatan utama dunia, penyambungan kedua-dua tangan yang terputus hanya dilaporkan dalam dua atau tiga kes sepanjang tempoh 30 tahun.

“Namun di Hospital Selayang, situasinya berbeza kerana kami telah melaksanakan operasi penyambungan kedua-dua tangan dengan tiga kes direkodkan dalam tempoh 18 tahun,” katanya kepada Bernama.

Berita penuh: https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2623506



KEJAYAAN LUAR BIASA HOSPITAL SELAYANG: DUA TANGAN TERPUTUS BERJAYA DISAMBUNG SEMULADi sebalik setiap kejayaan perubatan,...
21/10/2026

KEJAYAAN LUAR BIASA HOSPITAL SELAYANG: DUA TANGAN TERPUTUS BERJAYA DISAMBUNG SEMULA

Di sebalik setiap kejayaan perubatan, tersimpan kepakaran, ketelitian, semangat berpasukan dan dedikasi tinggi para petugas kesihatan.

Pada 21 Ogos 2026, pasukan daripada Jabatan Tangan dan Pembedahan Mikro,Hospital Selayang berjaya melaksanakan pembedahan kompleks untuk menyambung semula kedua-dua tangan seorang pesakit yang terputus akibat kemalangan di tempat kerja.

Pembedahan ini diketuai oleh Datuk Dr. Rashdeen Fazwi Muhammad Nawawi, Ketua Jabatan Ortopedik dan Dr. Syahril Rizal Arsad, Ketua Unit Tangan dan Pembedahan Mikro Hospital Selayang bersama pasukan pakar dan petugas kesihatan yang komited dalam memberikan rawatan terbaik kepada pesakit.

Kejayaan ini mencerminkan tahap kepakaran klinikal, ketelitian serta koordinasi pasukan multidisiplin dalam mengendalikan kes trauma yang kompleks. Setiap tindakan dan keputusan klinikal memainkan peranan penting dalam usaha memulihkan fungsi anggota serta memberikan harapan kepada pesakit untuk menjalani proses pemulihan dan rehabilitasi.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Dato' Dr. Rashdeen Fazwi Muhammad Nawawi serta seluruh pasukan pembedahan dan petugas kesihatan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan usaha ini.

Kejayaan ini bukan sekadar pencapaian dalam bidang perubatan, malah menjadi bukti komitmen warga Hospital Selayang dalam mengutamakan keselamatan, kesejahteraan dan kualiti hidup pesakit.

Hospital Selayang akan terus komited dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berteraskan kecemerlangan klinikal demi kesejahteraan rakyat.






🏐 KEJOHANAN BOLA JARING SEMPENA HARI ANESTESIA SEDUNIA 2026 PERINGKAT SELANGOR & LEMBAH KLANG 🏆Syabas dan tahniah kepada...
21/10/2026

🏐 KEJOHANAN BOLA JARING SEMPENA HARI ANESTESIA SEDUNIA 2026 PERINGKAT SELANGOR & LEMBAH KLANG 🏆

Syabas dan tahniah kepada Jabatan Anestesia & Rawatan Rapi, Hospital Selayang dengan kerjasama Kelab Sukan & Rekreasi Hospital Selayang atas kejayaan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Sempena Hari Anesthesia Sedunia 2026 Peringkat Selangor & Lembah Klang pada 17 Oktober 2026 bertempat di RKS Centre, Ara Damansara.

Kejohanan ini menyaksikan penyertaan sebanyak 15 pasukan, termasuk tiga (3) pasukan dari Hospital Selayang, sekali gus menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan dan memperkukuh kerjasama antara warga kesihatan.

🏆 KEPUTUSAN KESELURUHAN

🥇 Johan: Roc Stars (HTAR, Klang)
🥈 Naib Johan: Ampang Avengers (Hospital Ampang)
🥉 Tempat Ketiga: Plankton (Hospital Kuala Lumpur)
🏅 Tempat Keempat: NIH Diamonds (National Institutes of Health)

🌟 ANUGERAH INDIVIDU

🏐 Penjaring Terbanyak: Noorsharizar Aizzi binti Mohamad Saodi (Plankton) – 53 gol

⭐ Penyerang Terbaik: Elda Wati binti Kamarudin (Roc Stars)

🛡️ Pertahanan Terbaik: Fionna Anak Mashale (Roc Stars)

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan pasukan yang bertanding. Penghargaan juga kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.

Semoga semangat kesukanan dan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh dalam kalangan warga kesihatan! 💪👏💐

SALAM TAKZIAHInnalillahi wa inna ilaihi raji’un.Dukacita dimaklumkan bahawa Azmin binti Zainal Abidin, Jururawat Terlati...
19/10/2026

SALAM TAKZIAH

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Dukacita dimaklumkan bahawa Azmin binti Zainal Abidin, Jururawat Terlatih, Jabatan Perubatan Am (Wad 5D), Hospital Selayang telah kembali ke Rahmatullah pada 19 Oktober 2026 bersamaan 8 Jamadilawal 1448 H.

Seluruh warga kerja Hospital Selayang merakamkan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah. 🤲🏻
Daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Hospital Selayang KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

13/10/2026

Address

Hospital Selayang, Lebuh Raya Selayang-Kepong, Batu Caves
Rawang
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Selayang Hospital posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby clinics