Shaikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi

Shaikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi Islamic Religious Speaker and Leader

https://www.facebook.com/share/p/1DuxWMvGNY/
02/09/2026

https://www.facebook.com/share/p/1DuxWMvGNY/

🕊️ UCAPAN TAKZIAH, HADIAH AL-FATIHAH & DOA

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali.”

Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai atas pemergian ke rahmatullah:

ALLAHYARHAM HAJI ISMAIL BIN MUDA

Semoga seluruh keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kesabaran, ketabahan, kekuatan dan ketenangan hati dalam menghadapi ujian kehilangan insan yang dikasihi.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Surah al-Fatihah kepada Allahyarham serta mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan keampunan ke atas rohnya.

🤲 DOA UNTUK ALLAHYARHAM

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ.

“Ya Allah, ampunilah dia dan rahmatilah dia. Sejahterakanlah dia dan maafkanlah segala kesalahannya. Muliakanlah tempat persinggahannya dan luaskanlah tempat masuknya. Bersihkanlah dia dengan air, salji dan embun. Sucikanlah dia daripada segala dosa sebagaimana Engkau menyucikan pakaian putih daripada kotoran.”

اللَّهُمَّ أَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ.

“Ya Allah, gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik daripada tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur serta azab api neraka.”

اللَّهُمَّ نَوِّرْ قَبْرَهُ، وَافْسَحْ لَهُ فِيهِ، وَاجْعَلْ قَبْرَهُ رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ، وَلَا تَجْعَلْهُ حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النَّارِ.

“Ya Allah, terangilah kuburnya, luaskanlah kuburnya dan jadikanlah kuburnya salah satu taman daripada taman-taman syurga. Janganlah Engkau jadikan kuburnya salah satu lubang daripada lubang-lubang neraka.”

اللَّهُمَّ ارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

“Ya Allah, angkatlah darjatnya bersama orang-orang yang mendapat petunjuk. Peliharalah keluarga dan keturunannya yang ditinggalkan. Ampunilah kami dan dia, wahai Tuhan sekalian alam.”

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ، وَاجْمَعْنَا بِهِ فِي جَنَّاتِكَ جَنَّاتِ النَّعِيمِ، فِي مَقْعَدِ صِدْقٍ عِنْدَ مَلِيكٍ مُقْتَدِرٍ.

“Ya Allah, jadikanlah dia daripada kalangan ahli syurga. Himpunkanlah kami bersamanya di dalam syurga-Mu, syurga yang penuh kenikmatan, di tempat yang benar di sisi Raja Yang Maha Berkuasa.”

اللَّهُمَّ اجْزِهِ عَنِ الإِحْسَانِ إِحْسَانًا، وَعَنِ الإِسَاءَةِ عَفْوًا وَغُفْرَانًا.

“Ya Allah, balasilah segala kebaikannya dengan kebaikan dan ampunkanlah segala kesalahan serta kekhilafannya.”

اللَّهُمَّ أَلْهِمْ أَهْلَهُ وَأَحِبَّتَهُ الصَّبْرَ وَالسَّلْوَى، وَارْبِطْ عَلَى قُلُوبِهِمْ، وَاجْبُرْ مُصَابَهُمْ، وَاخْلُفْ لَهُمْ خَيْرًا.

“Ya Allah, kurniakanlah kesabaran dan ketenangan kepada keluarganya serta orang-orang yang menyayanginya. Teguhkanlah hati mereka, sembuhkanlah kedukaan mereka dan gantikanlah kehilangan mereka dengan kebaikan.”

رَبَّنَا اغْفِرْ لَهُ وَلَنَا، وَارْحَمْهُ وَارْحَمْنَا، وَتَقَبَّلْهُ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ.

“Wahai Tuhan kami, ampunilah dia dan kami, rahmatilah dia dan kami, serta terimalah dia dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh.”

آمِينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

الفَاتِحَة

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham Haji Ismail bin Muda, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan dan menerangi kuburnya, mengurniakan rahmat dan keampunan kepadanya, menempatkannya bersama para solihin dan memasukkannya ke dalam Jannatul Firdaus.

Semoga segala amal soleh, jasa dan kebaikan yang pernah dilakukan Allahyarham menjadi cahaya dan bekalan menuju alam akhirat.

Al-Fatihah.

آمِينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ🤲

MOHON BANTU SEBARKAN🇲🇾 MERDEKA JIWA, BEBAS DARI NAFSU, HIDUP UNTUK ALLAH. 🇲🇾https://www.facebook.com/share/p/14rHyGQ7SQn...
31/08/2026

MOHON BANTU SEBARKAN

🇲🇾 MERDEKA JIWA, BEBAS DARI NAFSU, HIDUP UNTUK ALLAH. 🇲🇾
https://www.facebook.com/share/p/14rHyGQ7SQn/

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69

“Ya Allah, peliharalah Malaysia dan rakyatnya. Jadikanlah ia sebuah negara yang aman dan sejahtera. Kurniakanlah rakyatnya ketakwaan dan kebaikan, serta merdekakanlah hati kami daripada penghambaan kepada selain-Mu.”

Ingatan Ikhlas
Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia

MOHON BANTU SEBARKAN_JANGAN LALAI DARIPADA BERZIKIR & MEMBACA AL-QURAN_(Antara Intisari 29 Ogos 2026 l Sabtu l Ceramah s...
29/08/2026

MOHON BANTU SEBARKAN

_JANGAN LALAI DARIPADA BERZIKIR & MEMBACA AL-QURAN_
(Antara Intisari 29 Ogos 2026 l Sabtu l Ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul l Masjid YamTuan Raden, Kuala Pilah, Negeri Sembilan)
https://www.facebook.com/share/p/1C5Fd8j9fS/

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ
Terjemahan :
“Belumkah sampai masanya bagi orang-orang yang beriman untuk hati mereka khusyuk mengingati Allah dan kepada kebenaran (al-Quran) yang telah diturunkan, dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras; dan ramai antara mereka adalah orang-orang fasik.”

(Surah al-Hadid, 57:16)

Ayat ini diturunkan sebagai teguran dan peringatan kepada orang-orang beriman agar hati mereka tidak menjadi keras kerana terlalu lama berada dalam kelalaian, sebaliknya segera kembali kepada zikrullah dan penghayatan terhadap al-Quran.

Dalam beberapa riwayat tafsir, ayat ini dikaitkan dengan keadaan para sahabat yang telah lama berada dalam keimanan sehingga Allah SWT mengingatkan mereka agar hati sentiasa khusyuk, lembut dan hidup dengan mengingati Allah serta menerima kebenaran wahyu.

Allah SWT menyeru kepada orang-orang beriman supaya melembutkan dan menghidupkan hati dengan zikrullah serta al-Quran.

======================

Jom Layari juga Facebook Rasmi Shaikh Dr Hj Jahid bin Hj Sidek Al-Khalidi sekarang dan jadilah sebahagian daripada keluarga bersanad yang menyebarkan ilmu serta kebaikan.
https://www.facebook.com/drjahidsidek

❤️ Jom Like, Follow & Share halaman Facebook ini agar lebih ramai mendapat manfaat dan hidayah.

🌟 Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu, mengikuti perkembangan program, kuliah, zikir, dan aktiviti dakwah yang bermanfaat.

"Satu perkongsian anda, insya-Allah menjadi asbab ilmu sampai kepada ribuan insan."


JANGAN LALAI DARIPADA BERZIKIR & MEMBACA AL-QURAN
(Antara Intisari 29 Ogos 2026 l Sabtu l Ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul l Masjid YamTuan Raden, Kuala Pilah, Negeri Sembilan)

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ
Terjemahan :
“Belumkah sampai masanya bagi orang-orang yang beriman untuk hati mereka khusyuk mengingati Allah dan kepada kebenaran (al-Quran) yang telah diturunkan, dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras; dan ramai antara mereka adalah orang-orang fasik.”

(Surah al-Hadid, 57:16)

Ayat ini diturunkan sebagai teguran dan peringatan kepada orang-orang beriman agar hati mereka tidak menjadi keras kerana terlalu lama berada dalam kelalaian, sebaliknya segera kembali kepada zikrullah dan penghayatan terhadap al-Quran.

Dalam beberapa riwayat tafsir, ayat ini dikaitkan dengan keadaan para sahabat yang telah lama berada dalam keimanan sehingga Allah SWT mengingatkan mereka agar hati sentiasa khusyuk, lembut dan hidup dengan mengingati Allah serta menerima kebenaran wahyu.

Allah SWT menyeru kepada orang-orang beriman supaya melembutkan dan menghidupkan hati dengan zikrullah serta al-Quran.

MOHON BANTU SEBARKAN 🔴 SIARAN LANGSUNGKULIAH MAGHRIB BERSEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULID RASUL, SELAWAT & ZIKIR BERSANAD👳🏻...
29/08/2026

MOHON BANTU SEBARKAN

🔴 SIARAN LANGSUNG
KULIAH MAGHRIB BERSEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULID RASUL, SELAWAT & ZIKIR BERSANAD

👳🏻‍♂ Shaikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi
📅 28 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 6.30 ptg - 10.00 mlm
🕌 Dewan Solat Utama, Masjid Jamek YAMTUAN RADEN, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

💰 INFAQ & SUMBANGAN
Mari bersama membantu memenuhi hajat Tuan Guru melalui:
🔗 https://toyyibpay.com/binabudi

PAUTAN SIARAN LANGSUNG : LIVE

FACEBOOK https://www.facebook.com/share/v/1Bx3xR3Eep/?mibextid=wwXIfr

TIK TOK
https://vt.tiktok.com/ZS9BmSPsCC5GP-F7cgp/

Jom beramai-ramai ke Program bersempena Maulidur Rasul dibawah.https://www.facebook.com/share/p/1Q9ar1Er7G/
29/08/2026

Jom beramai-ramai ke Program bersempena Maulidur Rasul dibawah.
https://www.facebook.com/share/p/1Q9ar1Er7G/

MOHON BANTU SEBARKAN

📢 JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL, SELAWAT & ZIKIR BERSANAD 📢

Assalamu'alaikum wr. wb. Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

✨Semua jemaah dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis ilmu dan zikrullah demi meraih cinta Allah serta menggapai syafaat Rasulullah ﷺ.

❤️Butiran majlis adalah seperti berikut:
🗓 Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 6.30 Petang - 10.00 Malam
🕌 Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Jamek Yamtuan Raden, Kuala Pilah

👤 Bersama: Tuan Guru Syaikh Dr. Haji Jahid bin Haji Sidek Al-Khalidi

📌 Nota: Makanan ada disediakan. 🍱

✅JOM INFAK! 🕋Bagi yang ingin menyumbang secara dalam talian untuk dana Masjid Jamek Yamtuan Raden:

🔵No. Akaun: 1101476692

🔵Pemegang Akaun: Masjid Jamek Yamtuan Raden

✅💥Mohon jemaah yang ingin belajar dan baiah zikir bersanad pimpinan Tuan Guru Dr Jahid Sidek bawa :-
1. Kain Serban
2. Tasbih
3. Boleh pakai kain pelekat jika selesa atau pakaian yang bersih

Sila sebarkan ajakan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain. Semoga kehadiran kita diberkati. Terima kasih! 🙏

MOHON BANTU SEBARKANSemoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan sebaik-sebajk kesihatan dan kesembuhan zahir dan ...
28/08/2026

MOHON BANTU SEBARKAN

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan sebaik-sebajk kesihatan dan kesembuhan zahir dan batin serta di panjangkan umur buat Shaikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi

https://www.facebook.com/share/p/1BmFp9G5SC/

DOA KESEMBUHAN khusus buat Shaikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi

"Ya Allah, peliharalah guru kami, panjangkanlah kesempatan kami menikmati kehidupannya, kekalkanlah kepadanya segala nikmat, kesihatan dan kesejahteraan. Tempatkanlah dia sentiasa dalam pemeliharaan, perlindungan dan rahmat-Mu selama Engkau memanjangkan usianya. Kurniakanlah kepadanya pengakhiran hidup yang baik serta keredaan-Mu. Amin, wahai Tuhan sekalian alam.” ADMIN

MOHON BANTU SEBARKAN🌙 JOM HADIRI IBADAH SULUK 🌙Kursus Pemantapan Kerohanian @ Ibadah Suluk adalah ruang untuk kita berhe...
25/08/2026

MOHON BANTU SEBARKAN

🌙 JOM HADIRI IBADAH SULUK 🌙

Kursus Pemantapan Kerohanian @ Ibadah Suluk adalah ruang untuk kita berhenti seketika daripada kesibukan dunia, mendidik hati, memperbanyakkan zikrullah dan memperbaiki hubungan kita dengan Allah.

Program 10 Hari Kursus Pemantapan Kerohanian/Ibadah Suluk Ke-86
Pimpinan : Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi, Mursyid Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah (Silsilah Ke-37)

Tarikh : 27 Ogos - 6 Sept. 2026
Lokasi : Institut Latihan Ilmu Tarekat (ILIT) Manarah, Jalan Tanjong Ipoh-Ranjau Hantu, Kampung Parit Seberang, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Yuran Pendaftaran : RM100.00 setiap peserta (Bimbingan, Penginapan, Makan dan Minum)

Link Pendaftaran :
https://bit.ly/DAFTARSULUK86

https://www.facebook.com/share/p/14osLUazKFh/
25/08/2026

https://www.facebook.com/share/p/14osLUazKFh/

🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, marilah kita memperingati Sambutan Maulidur Rasul ﷺ sebagai tanda kecintaan dan penghormatan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, insan pilihan Allah SWT dan pembawa rahmat ke seluruh alam.

Firman Allah SWT:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Maksudnya:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat, serta dia menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya.”

(Surah al-Ahzab, 33:21)

Marilah kita menjadikan sambutan Maulidur Rasul ﷺ bukan sekadar sebagai suatu peringatan tahunan, tetapi sebagai momentum untuk menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ, menghidupkan sunnah Baginda, memperbanyakkan selawat serta meneladani akhlak dan perjuangan Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga dengan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ, Allah SWT menghimpunkan kita bersama Baginda di dunia melalui ittiba‘ al-Sunnah dan di akhirat kelak dalam syafaat serta rahmat-Nya.

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا حُبَّ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ ﷺ، وَحُبَّ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ، وَوَفِّقْنَا لِاتِّبَاعِ سُنَّتِهِ، وَاحْشُرْنَا فِي زُمْرَتِهِ، وَاسْقِنَا مِنْ حَوْضِهِ، وَارْزُقْنَا شَفَاعَتَهُ يَوْمَ الدِّينِ.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kecintaan kepada Nabi-Mu Muhammad ﷺ, kecintaan kepada ahli keluarga dan para sahabat Baginda, serta taufik untuk mengikuti sunnah Baginda. Himpunkanlah kami bersama golongan Baginda, berilah kami minum dari telaga Baginda dan kurniakanlah kepada kami syafaat Baginda pada hari pembalasan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, keberkatan, keampunan dan kasih sayang-Nya kepada kita semua, serta menjadikan kita umat yang benar-benar mencintai, mengikuti dan mempertahankan sunnah Rasulullah ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

صَلَّى اللَّهُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَبَارَكَ وَسَلَّمَ.

آمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Salam Maulidur Rasul ﷺ

Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia
- Pusat Rawatan Islam Manarah RSI
- Pusat Perlindungan Astana Budi
- Institut Latihan Ilmu Tarekat (ILIT) Manarah
- Pusat Dakwah Manarah

MOHON BANTU SEBARKAN📢 JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL, SELAWAT & ZIKIR BERSANAD 📢Assalamu'alaikum wr. wb. Muslim...
25/08/2026

MOHON BANTU SEBARKAN

📢 JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL, SELAWAT & ZIKIR BERSANAD 📢

Assalamu'alaikum wr. wb. Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

✨Semua jemaah dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis ilmu dan zikrullah demi meraih cinta Allah serta menggapai syafaat Rasulullah ﷺ.

❤️Butiran majlis adalah seperti berikut:
🗓 Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 6.30 Petang - 10.00 Malam
🕌 Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Jamek Yamtuan Raden, Kuala Pilah

👤 Bersama: Tuan Guru Syaikh Dr. Haji Jahid bin Haji Sidek Al-Khalidi

📌 Nota: Makanan ada disediakan. 🍱

✅JOM INFAK! 🕋Bagi yang ingin menyumbang secara dalam talian untuk dana Masjid Jamek Yamtuan Raden:

🔵No. Akaun: 1101476692

🔵Pemegang Akaun: Masjid Jamek Yamtuan Raden

✅💥Mohon jemaah yang ingin belajar dan baiah zikir bersanad pimpinan Tuan Guru Dr Jahid Sidek bawa :-
1. Kain Serban
2. Tasbih
3. Boleh pakai kain pelekat jika selesa atau pakaian yang bersih

Sila sebarkan ajakan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain. Semoga kehadiran kita diberkati. Terima kasih! 🙏

Address

Astana Budi@Manarah, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI), Lorong Beringin, Batu 17 Kuang
Rawang
48050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shaikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Shaikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi:

Shortcuts

Share