11/07/2026
**Setinggi-tinggi Penghargaan & Ucapan Terima Kasih๐น๐น๐น
Pihak **Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda** ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada **Wiki Labs Sdn. Bhd.** atas sumbangan yang telah diberikan kepada warga emas di pusat jagaan kami.
Keprihatinan dan kemurahan hati pihak Wiki Labs Sdn. Bhd. bukan sahaja membawa kegembiraan kepada para penghuni, malah turut menyuntik semangat kasih sayang, harapan dan kebahagiaan dalam kehidupan mereka.
Semoga segala amal kebajikan ini dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda, dipermudahkan segala urusan serta terus diberkati dengan kejayaan dan rezeki yang melimpah.
Terima kasih kerana bersama-sama menyantuni dan menceriakan kehidupan warga emas kami. Semoga jalinan ukhwah dan kerjasama ini akan terus berkekalan.
**Ikhlas daripada,**
**Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda** โค๏ธ