FB Rasmi Hospital Sarikei Sarawak

FB Rasmi Hospital Sarikei Sarawak "KAMI SEDIA MEMBANTU" OBJEKTIF
i. Menyediakan perkhidmatan penentuan penyakit, perawatan dan pemulihan yang berkualiti, cekap, berkesan dan menyeluruh. ii. iii. iv.

PENGENALAN
Hospital Sarikei merupakan hospital berpakar minor yang menyediakan 11 perkhidmatan kepakaran untuk penduduk di sekitar Bahagian Sarikei dan daerah lain yang berdekatan seperti Saratok. Hospital Sarikei juga berperanan sebagai Lead Hospital untuk Hospital Kluster Sarawak Zon Timur dan dirancang untuk dinaiktaraf kepada hospital berpakar major dengan 20 perhidmatan kepakaran. VISI
Menjad

i Pusat Perkhidmatan Perubatan Yang Cemerlang Kearah Mutu Kehidupan

MISI
Memastikan semua aspek penyediaan perkhidmatan perubatan mematuhi piawaian berikut:

1.Menyediakan Perkhidmatan Perubatan yang berkualiti kepada setiap individu melalui amalan menghormati martabat insan dalam persekitaran yang mesra pelanggan.

2.Mengutamakan Profesionalisma dan Inovasi dalam setiap aspek perkhidmatan perubatan.

3.Melaksanakan tadbir urus yang cekap sebagai pemangkin kecemerlangan perkhidmatan perubatan.

4.Menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat kearah peningkatan mutu kehidupan. Menyediakan kemudahan dan peluang latihan pendidikan berterusan kepada pelbagai kategori anggota perubatan dan kesihatan. Meningkatkan kefahaman, kesedaran dan penyertaan anggota perubatan, pelanggan dan masyarakat melalui pelaksanaan program-program promosi kesihatan. Memenuhi dan mematuhi Akreditasi Hospital, Kementerian Kementerian Kesihatan. v. Mewujudkan tenaga kerja yang menghayati Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia. vi. Berupaya menangani sebarang situasi seperti wabak penyakit dan pandemik. MOTO
PERKHIDMATAN BERKUALITI LAHIR DARI INSAN BERKUALITI

11/06/2026

๐Ÿง  Tumor otak adalah pertumbuhan sel yang abnormal di dalam otak. Tumor otak boleh berlaku dalam mana-mana bahagian otak atau tengkorak, termasuk kelenjar pituitari, pangkal tengkorak, lapisan pelindung otak (meninges), pangkal otak dan bahagian yang lain.

โ€ผ๏ธ Kenali risiko, simptom dan rawatan tumor otak. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—Ÿ๐—ข๐—ฆ๐—˜ ๐—ฌ๐—ข๐—จ๐—ฅ ๐—™๐—”๐—ง ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง ๐—™๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก  ๐——๐—œ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ง๐—œ๐—ž  & ๐—ฆ๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—˜๐—œUnit Fisioterapi dan Jabat...
10/06/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—Ÿ๐—ข๐—ฆ๐—˜ ๐—ฌ๐—ข๐—จ๐—ฅ ๐—™๐—”๐—ง ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง ๐—™๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ง๐—œ๐—ž & ๐—ฆ๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—˜๐—œ

Unit Fisioterapi dan Jabatan Dietetik & Sajian telah menganjurkan Kursus Lose Your Fat pada 20 hingga 22 Mei 2026 bertempat di Unit Rehabilitasi Hospital Sarikei.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr Mohamad Ng Siah Huat, Pengarah Hospital Sarikei. Kursus tersebut telah disertai oleh 33 orang peserta yang merupakan kakitangan hospital dari pelbagai jawatan.

Objektif penganjuran kursus ini adalah :

I.Meningkatkan pengetahuan โ€˜science of weight lossโ€™
II.Membina tabiat pemakanan yang sihat
III.Meningkatkan pengetahuan mengenai jenis-jenis senaman

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang tiga hari kursus tersebut. Antaranya ialah ceramah Introduction to Inbody composition measurement, fitness test, physical activity & exercise for weight loss, ceramah 'Science of Weight Loss', ceramah 'Healthy Lifestyle Changes', Motivasi & Pencetus Semangat, 'Cook It Yourself' dan 'Do It Yourself'

Semoga dengan penganjuran kursus ini kakitangan hospital khasnya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.



๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‰๐”๐‘๐”๐‘๐€๐–๐€๐“ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐€๐‘๐ˆ๐Š๐„๐ˆTarikh: 9 Jun 2026 (Selasa)Tempat: Bilik Persidangan Hospital ...
10/06/2026

๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‰๐”๐‘๐”๐‘๐€๐–๐€๐“ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐€๐‘๐ˆ๐Š๐„๐ˆ

Tarikh: 9 Jun 2026 (Selasa)
Tempat: Bilik Persidangan Hospital Sarikei
Tema : "Our Nurses. Our Future. The economic power of care"

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Kebangsaan, Lagu Kami Sedia Membantu dan Jururawat Terbilang diikuti dengan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan kata aluan daripada Ketua Penyelia Jururawat Hospital, Matron Suraya bt. Kram. Sejurus selepas itu ucapan dan perasmian oleh Pengarah Hospital, YBrs Dr. Mohamad Ng Siah Huat. Pada tahun ini Bacaan Ikrar Jururawat dipimpin oleh Encik Zulkifli Baki. Majlis telah dihadiri oleh seramai 150 orang merangkumi jemputan dan jururawat.

Majlis turut diserikan dengan persembahan jururawat, Choral Speaking, acara memotong Kek Hari Jururawat dan sebagai penghargaan turut di sampaikan Sijil Anugerah Ikon Jururawat 2026. Hadirin turut mendengar dua sesi Ceramah iaitu Legal Dokumentasi yang disampaikan oleh Dr Ding Ying Yau, Ketua Unit Pengurusan Risiko & Survelan Pekerjaan dan Ceramah Pengurusan Majlis & Aduan oleh Pn Nuratirah Abdullah, Ketua Unit Perhubungan Awam.

Hospital Sarikei mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas sumbangan secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Turut hadir Timbalan Pengarah , Dr Rita Lau Yue Qi, Pengerusi ALPH Hospital Sarikei Mr Stanley Kung Teck Lee , Timbalan Pengerusi ALPH Mr Bruce Yee Chin Kui ,Ketua Jabatan/Ketua Unit dan staff hospital.-Tamat-


๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐๐”๐€๐ ๐๐‘๐„๐Œ๐€๐’ ๐€๐๐€๐Š ๐ˆ๐๐˜๐€๐๐† : ๐“๐Ž๐Š๐Ž๐‡ ๐‰๐”๐‘๐”๐‘๐€๐–๐€๐“ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐–๐€๐–๐€๐’๐€๐  (๐๐„๐‘๐”๐๐€๐“๐€๐)Pengarah Hospital Sarikei, Dr Mohamad N...
10/06/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐๐”๐€๐ ๐๐‘๐„๐Œ๐€๐’ ๐€๐๐€๐Š ๐ˆ๐๐˜๐€๐๐† : ๐“๐Ž๐Š๐Ž๐‡ ๐‰๐”๐‘๐”๐‘๐€๐–๐€๐“ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐–๐€๐–๐€๐’๐€๐ (๐๐„๐‘๐”๐๐€๐“๐€๐)

Pengarah Hospital Sarikei, Dr Mohamad Ng Siah Huat serta seluruh warga kerja Hospital Sarikei mengucapkan Setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Bremas anak Inyang atas penganugerahan Tokoh Jururawat Masyarakat Wawasan (Perubatan) yang diterima pada Majlis Sambutan Hari Jururawat Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2026 di Auditorium Kompleks E, Putrajaya, semalam.

Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi buat semua jururawat di Hospital Sarikei dan kita semua. Syabas ๐Ÿคฉ !





08/06/2026

Amalan mencuci tangan ๐Ÿคš๐Ÿปโœ‹๐Ÿป dengan sabun perlu dijadikan amalan seharian. Ia dapat mengelakkan kuman dan bakteria ๐Ÿฆ  berbahaya mencemari makanan yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

Cuci tangan selepas selesai melakukan sebarang aktiviti seperti memasak atau memegang permukaan yang kotor dan disyaki ada kuman.

โ€ผPenggunaan sabun ๐Ÿงด dan air๐Ÿ’งadalah medium terbaik untuk menyingkirkan kotoran dan membunuh bakteria pada tanganyang kotor dan berminyak.



Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia

Salam sejahtera..untuk makluman bersama ya..Moga bermanfaat
08/06/2026

Salam sejahtera..untuk makluman bersama ya..Moga bermanfaat

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KEAAMATAN DAN HARI GAWAI DAYAK Pengarah Hospital Sarikei, Dr Mohamad Ng Siah Huat serta seluruh ...
31/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KEAAMATAN DAN HARI GAWAI DAYAK

Pengarah Hospital Sarikei, Dr Mohamad Ng Siah Huat serta seluruh warga kerja Hospital Sarikei mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Keaamatan dan Selamat Hari Gawai Dayak 2026 buat semua yang nerayakan.

Dalam meraikan perayaan ini jangan lupa menjaga kesihatan anda serta keluarga dan berhati - hati memandu, biar lambat asal selamat .

" Gayu Guru Gerai Nyamai Lantang Senang Nguan Menua..Bulih rejeki belimpah Ruah"

Setulus ikhlas dari

Pengarah Hospital Sarikei serta seluruh warga Hospital Sarikei




๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐€๐‘๐ˆ๐Š๐„๐ˆ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐’๐„๐‹๐”๐‘๐”๐‡ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐€๐‘๐ˆ๐Š๐„๐ˆ ๐Œ๐„๐๐†๐”๐‚๐€๐๐Š๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€Pengarah...
26/05/2026

๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐€๐‘๐ˆ๐Š๐„๐ˆ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐’๐„๐‹๐”๐‘๐”๐‡ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐€๐‘๐ˆ๐Š๐„๐ˆ ๐Œ๐„๐๐†๐”๐‚๐€๐๐Š๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€

Pengarah Hospital Sarikei, Dr Mohamad Ng Siah Huat serta seluruh warga kerja Hospital Sarikei mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat islam yang meraikannya.

Semoga apapun pengorbanan yang kita semua lakukan Allah balas dengan segala kebaikan dunia akhirat.. Sentiasa jaga kesihatan diri dan keluarga serta Utamakan keselamatan semasa memandu..




25/05/2026

Kesihatan mental yang baik dapat meningkatkan kualiti kehidupan seseorang. Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan untuk memastikan kesihatan mental berada dalam keadaan yang baik.

Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, boleh hubungi di Talian HEAL 15555.

Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.



Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ž๐—ง๐—จ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง   ๐—ช๐—”๐—— ๐——๐—œ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—˜๐—œ   ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—”๐—ง ๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐Ÿญ ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒWaktu Melawat Baharu๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ค๐ž...
21/05/2026

๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ž๐—ง๐—จ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง ๐—ช๐—”๐—— ๐——๐—œ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—˜๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—”๐—ง ๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐Ÿญ ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Waktu Melawat Baharu

๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š (Isnin - Jumaat) :
12:30 tengah hari โ€“ 2:00 petang & 4:30 petang โ€“ 7:00 malam

๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Œ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ฎ & ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฅ๐ž๐ฉ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐€๐ฆ (๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ, ๐€๐ก๐š๐ & ๐‚๐ฎ๐ญ๐ข ๐”๐ฆ๐ฎ๐ฆ): 12:30 tengah hari โ€“ 7:00 malam

Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pihak yang berurusan di Hospital Sarikei.

Sekian, terima kasih.




.Sarikei

Address

Hospital Sarikei, Jalan Rentap
Sarikei
96100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FB Rasmi Hospital Sarikei Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to FB Rasmi Hospital Sarikei Sarawak:

Share

Category