Hospital Sarikei Sarawak Rasmi

Call Directions Website Contact the practice

Hospital Sarikei Sarawak Rasmi "KAMI SEDIA MEMBANTU" OBJEKTIF
i. Menyediakan perkhidmatan penentuan penyakit, perawatan dan pemulihan yang berkualiti, cekap, berkesan dan menyeluruh. ii. iii. iv.

PENGENALAN
Hospital Sarikei merupakan hospital berpakar minor yang menyediakan 11 perkhidmatan kepakaran untuk penduduk di sekitar Bahagian Sarikei dan daerah lain yang berdekatan seperti Saratok. Hospital Sarikei juga berperanan sebagai Lead Hospital untuk Hospital Kluster Sarawak Zon Timur dan dirancang untuk dinaiktaraf kepada hospital berpakar major dengan 20 perhidmatan kepakaran. VISI
Menjadi Pusat Perkhidmatan Perubatan Yang Cemerlang Kearah Mutu Kehidupan

MISI
Memastikan semua aspek penyediaan perkhidmatan perubatan mematuhi piawaian berikut:

1.Menyediakan Perkhidmatan Perubatan yang berkualiti kepada setiap individu melalui amalan menghormati martabat insan dalam persekitaran yang mesra pelanggan.

2.Mengutamakan Profesionalisma dan Inovasi dalam setiap aspek perkhidmatan perubatan.

3.Melaksanakan tadbir urus yang cekap sebagai pemangkin kecemerlangan perkhidmatan perubatan.

4.Menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat kearah peningkatan mutu kehidupan. Menyediakan kemudahan dan peluang latihan pendidikan berterusan kepada pelbagai kategori anggota perubatan dan kesihatan. Meningkatkan kefahaman, kesedaran dan penyertaan anggota perubatan, pelanggan dan masyarakat melalui pelaksanaan program-program promosi kesihatan. Memenuhi dan mematuhi Akreditasi Hospital, Kementerian Kementerian Kesihatan. v. Mewujudkan tenaga kerja yang menghayati Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia. vi. Berupaya menangani sebarang situasi seperti wabak penyakit dan pandemik. MOTO
PERKHIDMATAN BERKUALITI LAHIR DARI INSAN BERKUALITI

𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐦𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦❓
03/11/2026

𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐦𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦❓

𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐦𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦❓

Ambil cakna terhadap kesihatan payudara anda‼️

🩺 Lakukan saringan ujian mamogram secara berkala bagi membantu mengesan kanser payudara pada peringkat awal. Pengesanan awal membolehkan rawatan diberikan dengan lebih cepat dan berkesan.

“𝑴𝒂𝒎𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒆𝒔𝒂𝒏 𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒌𝒆𝒍𝒊𝒉𝒂𝒕𝒂𝒏”

Ibu bapa sekalian, nak bantu naikkan berat badan anak tanpa perlu memaksa mereka makan dengan banyak?
03/11/2026

Ibu bapa sekalian, nak bantu naikkan berat badan anak tanpa perlu memaksa mereka makan dengan banyak?

✨ Nak bantu naikkan berat anak? Jom 'upgrade' hidangan mereka! 🍽️💪🏻

Tak semestinya perlu tambah portion yang banyak. Cuba tingkatkan kalori dalam makanan anak dengan menambah bahan seperti marjerin, minyak, mentega kacang, susu tepung penuh krim, mayonis, keju atau santan mengikut kesesuaian hidangan.

🥣 Bubur jadi lebih berkhasiat dengan tambahan bahan yang sesuai.
🍞 Roti dan biskut boleh diperkaya dengan marjerin, mentega kacang atau keju.
🥚 Telur p**a boleh disediakan dengan tambahan mayonis dan digoreng menggunakan minyak.

Nampak simple, tapi boleh membantu meningkatkan pengambilan kalori si manja! 💖

Ingat, bukan sekadar kenyang, tetapi bantu anak mendapat tenaga yang diperlukan untuk membesar. 🌱

𝐊𝐚𝐧𝐬𝐞𝐫 𝐩𝐚𝐲𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat serta pengesanan awal melalui ujian saringan.
02/11/2026

𝐊𝐚𝐧𝐬𝐞𝐫 𝐩𝐚𝐲𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat serta pengesanan awal melalui ujian saringan.

𝐊𝐚𝐧𝐬𝐞𝐫 𝐩𝐚𝐲𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat serta pengesanan awal melalui ujian saringan.

Lakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara melalui 3 langkah mudah.
– Lihat
– Rasa
– Respon

Pengesanan Awal Adalah Perlindungan Yang Terbaik.



Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia

🌟 TAHNIAH & SELAMAT DATANG KE HOSPITAL SARIKEI! 🌟Seluruh warga kerja Hospital Sarikei dengan penuh sukacita   mengucapka...
02/11/2026

🌟 TAHNIAH & SELAMAT DATANG KE HOSPITAL SARIKEI! 🌟

Seluruh warga kerja Hospital Sarikei dengan penuh sukacita mengucapkan selamat datang kepada dua orang anggota baharu yang telah melaporkan diri untuk berkhidmat bersama kami:

👤 Puan Santos Anak Ujoh
📍 Jawatan: Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK)
🔄 Bertukar dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka

👤 Puan Chriscythia Tiffany Anak Awiele
📍 Jawatan: Penolong Pegawai Farmasi (PPF) ((Interim)

Selamat menjalankan tugas dan selamat menabur bakti di bumi Sarikei. Semoga kehadiran anda berdua akan terus memperkasakan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan di hospital ini serta membawa semangat baharu dalam pasukan kita.

Jum kita penuhkan di ruang komen dengan ucapan dan kata-kata semangat kepada ahli keluarga baharu Hospital Sarikei..

"Kami Sedia Membantu" 🤝🏥

📌 Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW laman Facebook rasmi Hospital Sarikei untuk mengetahui aktiviti, info kesihatan, dan perkembangan terkini daripada kami! 👍📱Sokongan anda semua amat kami hargai.

30/10/2026

𝐀𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐕𝐚𝐩𝐞 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐝𝐚𝐡

Asap rokok bukan sahaja membahayakan perokok, tapi juga orang di sekeliling. 😷 Jika anda melihat individu merokok di premis makanan atau kawasan larangan, jangan berdiam diri.
𝐽𝑎𝑑𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑜𝑚𝑢𝑛𝑖𝑡𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑟𝑖ℎ𝑎𝑡𝑖𝑛!
Cara melapor sangat mudah! Buka aplikasi MySejahtera, pilih MyLapor dan ikut langkah ini:
1️⃣ Pilih jenis kesalahan
2️⃣ Rakam bukti (gambar/video)
3️⃣ Klik dan hantar!
Bersama kita wujudkan persekitaran yang sihat dan selamat untuk semua. 🚭✨


Kredit : Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM / Portal MyHealth

[SALAM TAKZIAH]Innalillahiwainnailaihirojiun.Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Sister D...
29/10/2026

[SALAM TAKZIAH]

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Sister Dayang Ariah binti Abang Junaidi, Ketua Jururawat yang telah kembali ke Rahmatullah pada 28 Oktober 2026.

Untuk makluman, Allahyarhamah telah menabur bakti dan berkhidmat di Hospital Sarikei bermula tahun 2022 sehingga kini. Beliau merupakan seorang petugas barisan hadapan yang sangat berdedikasi dan telah memikul amanah sebagai seorang jururawat sejak tahun 2001 lagi.

Segala jasa, pengorbanan, dan kebaikan Allahyarhamah sepanjang 25 tahun perkhidmatannya pasti akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga kerja dan rakan seperjuangan.

Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh. Semoga ahli keluarga Allahyarhamah tabah dan sabar menghadapi ujian yang berat ini.

Al-Fatihah. 🤲🏻🥀

🚨 BERSEDIA, BERTINDAK, SELAMAT! 🚨LATIHAN TABLETOP & FIRE DRILL HOSPITAL SARIKEI 2026 🚒💨Keselamatan sentiasa diutamakan! ...
29/10/2026

🚨 BERSEDIA, BERTINDAK, SELAMAT! 🚨
LATIHAN TABLETOP & FIRE DRILL HOSPITAL SARIKEI 2026 🚒💨

Keselamatan sentiasa diutamakan! Hari ini, Hospital Sarikei telah berjaya melaksanakan Latihan Tabletop dan Fire Drill bagi memastikan kesiapsiagaan warga kerja sentiasa berada di tahap tertinggi.

Lebih bermakna, latihan ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Hospital Sarikei, Dr. Francis Lee Ngie Ping yang turun padang bagi memantau kelancaran program serta memberi sokongan penuh kepada seluruh warga kerja. 👏

📅 Tarikh: 29 Oktober 2026 (Khamis)
📍 Lokasi Latihan: Wad Pembedahan Lelaki, Aras 3, Hospital Sarikei

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat! Anda semua telah mempamerkan komitmen yang luar biasa, terutamanya kecekapan dan ketangkasan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) kita yang memainkan peranan masing-masing dengan penuh dedikasi. 🦸‍♂️🦸‍♀️

Mengapa latihan ini sangat penting?
✅ Uji Kesiapsiagaan: Memastikan setiap warga kerja peka dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan insiden.
✅ Mantapkan Prosedur: Memperkemas kefahaman tentang SOP kecemasan dan pengungsian bangunan (evakuasi).
✅ Tindakan Pantas & Teratur: Melatih pergerakan yang pantas, tenang, dan selamat tanpa kompromi.
✅ Nilai Keberkesanan: Menguji kecekapan dan menambah baik Pelan Tindakan Kecemasan hospital.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarikei 🚒 atas kerjasama dan bimbingan padu yang diberikan. Tidak lupa juga kepada seluruh warga kerja Hospital Sarikei yang memberikan komitmen 100% dalam menjayakan latihan ini.

"Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati. Keselamatan Tanggungjawab Bersama!" 🔥🛡️

👇👇👇
📢 Dapatkan pelbagai info kesihatan dan aktiviti terkini kami!
Jom Like dan Follow laman Facebook rasmi Hospital Sarikei Sarawak sekarang! 👍✨

𝐊𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐭𝐢𝐛𝐢𝐨𝐭𝐢𝐤 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐚𝐧𝐜𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐮𝐬.
29/10/2026

𝐊𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐭𝐢𝐛𝐢𝐨𝐭𝐢𝐤 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐚𝐧𝐜𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐮𝐬.

𝐊𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐭𝐢𝐛𝐢𝐨𝐭𝐢𝐤 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐚𝐧𝐜𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐮𝐬.

Ia berlaku melalui 4 langkah:

➡ Pembiakan bakteria : Apabila jangkitan berlaku, bakteria akan mula membiak di dalam badan.

➡ Kesan salah guna : Jika berlaku salah guna antibiotik (seperti tidak menghabiskan dos atau mengambil tanpa preskripsi), bakteria boleh menjadi kebal terhadap ubat tersebut.

➡ Ubat tidak berkesan : Antibiotik biasa tidak lagi berkesan ke atas bakteria yang telah menjadi kebal ini.

➡ Ancaman berterusan : Bakteria yang kebal akan terus membiak di dalam badan dan pesakit akan memerlukan jenis antibiotik lain untuk menghapuskannya.

Pastikan anda sentiasa mengambil antibiotik mengikut arahan doktor yang bertauliah.

Jangan kongsi antibiotik dan habiskan dos yang diberikan.

Kredit : Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM / Portal MyHealth

🩸 1 Beg Darah Anda Boleh Selamatkan 3 Nyawa! Jom Jadi Hero Tanpa Jubah! 🦸‍♂️🦸‍♀️Pernah terfikir macam mana kita boleh ba...
29/10/2026

🩸 1 Beg Darah Anda Boleh Selamatkan 3 Nyawa! Jom Jadi Hero Tanpa Jubah! 🦸‍♂️🦸‍♀️

Pernah terfikir macam mana kita boleh bantu mereka yang sedang bertarung nyawa di hospital? Cara paling mudah dan mulia adalah dengan menderma darah. Anda tak perlu jadi doktor untuk selamatkan nyawa!

Jadual Kempen Derma Darah Bergerak Bulan November 2026

Address

Hospital Sarikei, Jalan Rentap
Sarikei
96100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sarikei Sarawak Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Sarikei Sarawak Rasmi:

Shortcuts

Share

Category

Nearby clinics