Pejabat Kesihatan Segamat

Pejabat Kesihatan Segamat Pejabat Kesihatan Segamat official page. https://jknjohor.moh.gov.my/pkdsegamat/

๐ŸŒธ๐Ÿ’– AEROBIKTON JURURAWAT PKD SEGAMAT 2026 ๐Ÿ’–๐ŸŒธAlhamdulillah, program Aerobikton Jururawat PKD Segamat 2026 yang telah berla...
11/06/2026

๐ŸŒธ๐Ÿ’– AEROBIKTON JURURAWAT PKD SEGAMAT 2026 ๐Ÿ’–๐ŸŒธ

Alhamdulillah, program Aerobikton Jururawat PKD Segamat 2026 yang telah berlangsung pada 5 Jun 2026 di Dataran Taman Rekreasi Sungai Kapeh, Segamat berjaya menghimpunkan warga PKD Segamat dalam suasana yang penuh ceria, bertenaga dan semangat kesukanan. ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿ’ƒ๐Ÿฉบ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, urus setia, fasilitator serta pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen bagi menjayakan program ini. Kehadiran dan semangat yang ditunjukkan amat membanggakan. ๐ŸŒŸ

10/06/2026

Jangan tunggu ada kes denggi di kawasan kita baru nak bertindak. Nyamuk Aedes boleh membiak dalam bekas kecil yang menakung air

Luangkan 10 minit seminggu untuk cari dan musnah tempat pembiakan Aedes di rumah dan kawasan sekitar.

โœ… Periksa pasu bunga
โœ… Tutup bekas air
โœ… Bersihkan palung air
โœ… Buang barang terpakai
โœ… Kosongkan bekas yang tidak digunakan

Satu bekas kecil pun cukup untuk jadi punca denggi.

Jom jadikan 10 minit seminggu sebagai rutin lindungi diri, keluarga dan komuniti.

10/06/2026

Ada Idea Projek Kesihatan? Geran Projek Promosi Kesihatan MyCHAMPION Sedia Untuk Anda!

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/ esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama

Panel :
En. Wan Azrin Izani bin Wan Mohd Zain
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Moderator :
En. Muhammad Muzammil bin Ishak
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

๐ŸŽฏ Mata kredit CPD turut disediakan!

09/06/2026
โš ๏ธ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€ ๐——๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—บ ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐Ÿ“ขOrang ramai dinasihatkan agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah d...
08/06/2026

โš ๏ธ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€ ๐——๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—บ ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜
๐Ÿ“ขOrang ramai dinasihatkan agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah dan persekitaran. Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk memeriksa serta memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes seperti bekas air bertakung, tayar lama dan pasu bunga. ๐ŸฆŸ
Sekiranya mengalami gejala seperti demam, sakit badan, sakit kepala atau ruam, dapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan dengan segera.
๐“๐ข๐š๐๐š ๐€๐ž๐๐ž๐ฌ, ๐“๐ข๐š๐๐š ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐ ๐ข!

๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐๐€๐๐“๐‘๐ˆ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹, ๐Š๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐Š ๐๐„๐‘๐†๐ˆ๐†๐ˆ๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Tarikh: 22 Mei 2026 Masa: 12 tengah hari ...
29/05/2026

๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐๐€๐๐“๐‘๐ˆ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹, ๐Š๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐Š ๐๐„๐‘๐†๐ˆ๐†๐ˆ๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Tarikh: 22 Mei 2026
Masa: 12 tengah hari
Tempat: Klinik Kesihatan Labis & Klinik Pergigian Labis

Alhamdulillah, transformasi pantri kini selesai melalui Inisiatif Sumbangan Pantri Hospital & Klinik 2026. Transformasi ini bertambah bermakna apabila sesi sumbangan ini telah disempurnakan oleh YB Hajah Haslinda Salleh, ADUN Tenang.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Kerajaan Negeri Johor atas peruntukan ini. Keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan kemudahan fasiliti kesihatan sentiasa selesa amat kami hargai. Bantuan ini jelas membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam menjaga kebajikan petugas barisan hadapan dan rakyat.

28/05/2026

KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 mungkin sudah berlalu, tetapi bagi sebahagian penduduk perumahan awam, tekanan hidup masih belum benar-benar reda.

Laporan terbaru Think City, From Roof to Resilience, mendapati ramai penduduk PPR di Lembah Klang masih berdepan tekanan mental lebih tiga tahun selepas pandemik. Berdasarkan tinjauan melibatkan 2,884 isi rumah di 10 kawasan perumahan awam, tiga daripada empat penduduk memaklumkan tahap stres mereka sama ada tidak bertambah baik atau semakin teruk.

Lebih membimbangkan, ada penduduk yang mengakui mereka tidak mempunyai tempat untuk meluahkan tekanan, walaupun tinggal dalam komuniti yang padat. Ini mengingatkan kita bahawa rumah yang penuh dengan manusia tidak semestinya bebas daripada rasa sunyi.

Laporan sama turut menyebut isu bunuh diri berulang di lapan daripada 10 kawasan PPR yang dikaji. Antara faktor yang dikaitkan ialah rumah yang sesak, tekanan kewangan, rasa terasing, ruang komuniti yang tidak selamat, gangguan bunyi dan keadaan rumah yang panas hingga menjejaskan tidur.

Ini bukan sekadar isu โ€œkena kuatโ€. Ini isu persekitaran hidup, sokongan sosial, keselamatan, ruang bernafas dan maruah manusia.

Kesihatan mental tidak boleh dilihat sebagai masalah individu semata-mata. Bila sebuah keluarga tinggal dalam ruang yang kecil, bila anak remaja tidak rasa selamat untuk turun bermain, bila ibu bapa tertekan memikirkan duit, bil dan makanan, beban itu akhirnya masuk ke dalam fikiran, emosi dan hubungan seharian.

Namun laporan ini juga menunjukkan harapan. Ada komuniti PPR yang mula bergerak sendiri, daripada inisiatif kebersihan, kutipan sampah, pemasangan CCTV hingga projek komuniti yang diketuai penduduk.

Maksudnya, penyelesaian tidak cukup dengan membina rumah. Kita juga perlu membina komuniti yang selamat, hidup, peduli dan saling menyokong.

Kadang-kadang, orang yang nampak biasa-biasa di lif, di koridor, di tangga atau di kedai bawah blok, sebenarnya sedang menahan sesuatu yang berat dalam diam.

Sapa. Tanya khabar. Jangan hina tempat tinggal orang. Jangan kecilkan tekanan hidup orang.

Sebab dalam kesihatan awam, rumah bukan sekadar tempat berteduh. Rumah ialah tempat manusia sepatutnya merasa selamat untuk terus hidup.

28/05/2026

Bila dah kena Influenza, bukan kita je yang terkesan tau, orang sekeliling pun sama! ๐Ÿคง

Jom amalkan langkah pencegahan ni sebagai tanda โ€˜kita jaga kitaโ€™. Kalau dah mula rasa demam dan batuk, rehat kat rumah dulu. Ingat, tutup mulut bila batuk atau bersin, jangan kongsi barang. Kalau dah makin teruk, cepat-cepat jumpa doktor!

Share post ni dekat orang yang tersayang supaya semua tahu!

ย 

28/05/2026

Influenza adalah penyakit jangkitan salur pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza.

Kenali gejala Influenza. Segera berjumpa doktor sekiranya gejala menjadi bertambah teruk.

28/05/2026

Gejala Influenza: Demam ๐ŸŒก๏ธ, Selsema ๐Ÿคง, Batuk ๐Ÿ—ฃ๏ธ

Musim selsema, batuk, demam ni, ramai pulak yang terkena kan? Haa, itu mungkin Influenza! ๐Ÿคง Ianya jangkitan virus kat saluran pernafasan kita. Bukan selsema biasa tau, boleh jadi serius, terutamanya untuk kanak-kanak, orang tua, dan ibu mengandung. Terus jumpa Dr jika berlarutan. Sayangi diri, sayangi orang sekeliling! โœจ

Share post ini kepada orang yang tersayang supaya semua tahu!

ย 

Address

Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6079313355

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share