Mentari Segamat

Call Directions

Mentari Segamat MENTARI Segamat ataupun Pusat Kesihatan Mental Masyarakat merupakan unit di bawah Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hospital Segamat.

Kami menyediakan perkhidmatan seperti saringan, rawatan, rehabilitasi dan promosi kesihatan mental dalam komuniti.

12/08/2026

Anda tidak keseorangan, ada bantuan untuk anda. ๐Ÿค

Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang berdepan dengan tekanan emosi, masalah kesihatan mental atau memerlukan sokongan psikososial, jangan pendam seorang diri.

Selain mendapatkan sokongan psikososial melalui Talian HEAL 15555, anda juga boleh mendapatkan sokongan dan bantuan profesional melalui talian sokongan psikososial yang tersedia, termasuk Talian Kasih 15999 serta talian sokongan yang disediakan oleh pelbagai NGO.

๐Ÿ“ž Pilih saluran yang sesuai dengan keperluan anda.

๐Ÿšจ Jika berlaku kecemasan atau anda berada dalam situasi yang memerlukan bantuan segera, hubungi 999.

๐Ÿ’ฌ Bercakap bukan tanda kelemahan. Meminta bantuan adalah satu langkah berani untuk menjaga diri.

Sebarkan maklumat ini kepada keluarga, rakan dan mereka yang mungkin memerlukannya. ๐Ÿค

11/08/2026

๐Ž๐๐‹๐ˆ๐๐„ ๐‚๐Œ๐„: ๐“๐ž๐ซ๐š๐ฉ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ซ๐š๐ง - ๐€๐ฉ๐š ๐š๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐ข๐›๐ฎ ๐›๐š๐ฉ๐š ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐๐ข ๐ซ๐ฎ๐ฆ๐š๐ก? ๐Ÿ—ฃ๏ธ๐Ÿก

Ketahui aktiviti terapi pertuturan yang mudah, menyeronokkan dan berkesan untuk dilakukan di rumah bersama anak anda.

๐Ÿ—“ Tarikh: 11 Ogos 2026 (Selasa)
โฐ Masa: 3.00 Petang (1 Jam)
๐Ÿ’ป Pautan Google Meet: meet.google.com/kyj-vfsh-ftv
(Anda juga boleh imbas kod QR pada poster!)

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Penceramah:
๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ ๐…๐€๐™๐Œ๐ˆ ๐๐ˆ๐ ๐…๐€๐“๐„๐‹๐Ž๐‹
Pegawai Pemulihan Perubatan Pertuturan U12(M)
Jabatan Otorinolaringologi, Hospital Teluk Intan

๐Ÿ’ก Anda Akan Pelajari:
:::: Aktiviti mudah dan praktikal untuk dilakukan di rumah
:::: Cara menyokong komunikasi dan pertuturan anak
:::: Strategi menyeronokkan untuk perkembangan anak setiap hari

๐Ÿ‘ฅ Siapa Yang Sesuai Hadir?
--> Ibu bapa / penjaga
--> Guru / pendidik
--> Profesional kesihatan
--> Semua yang ingin membantu perkembangan komunikasi anak

Jom sertai kami! Ilmu berharga untuk anak yang lebih ceria dan berkomunikasi dengan baik! ๐ŸŒŸ

"Bersama menyokong setiap suara, membina masa depan yang lebih bermakna." โค๏ธ

19/05/2026

ADHD dan emotional regulation

1. Anak dengan ADHD bukan sekadar โ€œaktifโ€ atau โ€œtak dengar cakapโ€.

2. Mereka juga sering bergelut untuk memahami, mengawal, dan meluahkan emosi dengan baik.

3. Kadang-kadang mereka cepat marah, mudah kecewa, menangis berlebihan, atau meletup kerana perkara kecil.

4. Bukan sebab mereka nak โ€œbuat perangaiโ€, tetapi kerana otak mereka memang lebih sukar mengawal impuls dan emosi.

5. Sebab itu, mengajar emotional regulation sangat penting untuk anak ADHD.

6. Bila anak belajar mengenal emosi, menenangkan diri, dan meluah dengan cara yang sihat, mereka akan:

โ€ข lebih mudah fokus
โ€ข kurang agresif atau tantrum
โ€ข lebih yakin dengan diri sendiri
โ€ข lebih mudah berkawan
โ€ข dan lebih bersedia menghadapi cabaran kehidupan

7. Anak ADHD tidak hanya perlukan disiplin.
Mereka perlukan orang dewasa yang membantu mereka โ€œmeminjam ketenanganโ€ sehingga mereka mampu belajar menenangkan diri sendiri.

8. Kadang-kadang, anak tak perlukan ceramah panjang.
Mereka cuma perlukan seseorang yang berkata:
โ€œAbang marah ya sekarang? Tak apaโ€ฆ jom kita try kawal sama-sama.โ€

26/04/2026

RAWAT DEPRESI, JANGAN SALAHKAN TAKDIR

Pernah tak kita rasa dunia ini terlalu berat untuk dipikul?

Emosi tertekan, rasa sangat letih dengan ujian silih berganti, sehingga ada yang rasa mahu putus asa dengan kehidupan.

Namun, apabila kita meluahkan rasa penat dan sedih itu, ada p**a suara sumbang membalas, "Engkau ini kurang iman rasanya. Kurang berdoa, jarang solat malam, sebab itulah jiwa jadi tidak tenang."

Aduh, pedih sungguh hati apabila mendengarnya!

Isu kesihatan mental seperti depresi atau kebimbangan melampau memang selalu disalah faham dalam masyarakat kita.

Seolah-olah kita ini tersepit di antara dua puak yang berfikiran agak ekstrem dan tertutup.

Di satu sudut, ada golongan yang memandang serong terhadap rawatan psikiatri moden.

Mereka dengan mudah melabel pesakit mental sebagai orang yang jauh daripada Tuhan.

Di sudut berbeza p**a, wujud pesakit yang sedang teruk bergelut dengan emosi, sehingga sampai satu tahap mula menyalahkan takdir.

Mulalah terdetik di dalam hati, "Kenapa Tuhan asyik uji aku sebegini? Kenapa Dia tidak adil?"

Perkara sebegini sangat bahaya kerana ia boleh mengikis asas akidah perlahan-lahan tanpa kita sedar.

Mari kita renungkan hal ini secara santai dan berlapang dada.

Kesihatan mental ini bukannya satu perkara rekaan atau sekadar mengada-ngada.

Ia merupakan satu penyakit realiti yang sangat memerlukan rawatan tepat, sama seperti sakit fizikal.

Bayangkan kalau kita sakit gigi yang teruk, kita pasti akan pergi ke klinik gigi, bukan?

Tidak logik jika kita cuma duduk di rumah, membaca doa tanpa sebarang usaha berjumpa doktor.

Begitu jugalah realitinya dengan depresi.

Otak manusia adalah organ fizikal kompleks yang boleh terjejas dari sudut keseimbangan bahan kimia dan fungsi biologi.

Berjumpa dengan pakar psikologi, ahli terapi, atau doktor psikiatri tidak bermaksud kita ini manusia lemah iman.

Ia adalah satu ikhtiar perubatan yang sah.

Mencari penawar itu merupakan tuntutan sunnah dan amat digalakkan dalam ajaran Islam yang sangat harmoni.

Namun begitu, dalam kesibukan kita berikhtiar mencari kesembuhan, kita wajib menjaga hati.

Walaupun diuji dengan kesakitan emosi yang cukup memeritkan, jangan sesekali kita merungut lalu menyalahkan susunan takdir Ilahi.

Reda dengan qada dan qadar bukanlah bermakna kita menyerah kalah dan pasrah membisu, tetapi kita menerima teguran ujian ini dengan hati yang tenang, sambil terus gigih mencari jalan keluar terbaik.

Rasulullah SAW bersabda:

ุชูŽุฏูŽุงูˆูŽูˆู’ุง ุนูุจูŽุงุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูุŒ ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุถูŽุนู’ ุฏูŽุงุกู‹ ุฅูู„ู‘ูŽุง ูˆูŽุถูŽุนูŽ ู…ูŽุนูŽู‡ู ุดูููŽุงุกู‹

Maksudnya: "Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit melainkan Dia juga meletakkan bersamanya penawar."

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jelaslah bahawa agama Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa berusaha gigih mencari penawar penyakit.

Kunci utama kehidupan ini ialah keseimbangan.

Kita usahakan rawatan klinikal secara fizikal biologi, dan rawat jiwa rohani dengan ibadah kukuh.

Buat sahabat yang sedang berjuang, pergilah dapatkan rawatan, pekakkan telinga, dan jangan pernah salahkan takdir Tuhan Yang Maha Mengetahui.





21/04/2026

Bila dengar je perkataan "Pesakit Mental", ramai terus terbayang orang mengamuk pegang parang atau menjerit-jerit di tengah jalan.

Realitinya, majoriti individu yang ada gangguan mental TIDAK GANAS. Sebaliknya, mereka lebih kerap menjadi MANGSA keganasan, buli, dan penipuan berbanding menjadi pelaku jenayah.

Jadi, dari mana datangnya risiko bahaya tu?

Risiko untuk menjadi agresif biasanya hanya meningkat dalam keadaan tertentu yang tidak terkawal, yang berpunca dari tidak mendapat rawatan atau terhenti rawatan tanpa pemantauan doktor

๐Ÿšจ Pesakit sedang mengalami Psikosis (halusinasi/delusi) yang tidak dirawat.

๐Ÿšจ Gejala psikiatri yang bercampur dengan penyalahgunaan ALKOHOL atau DADAH.

Sebab itu, masyarakat kena berhenti terus menghukum dan melabel. Bukan semua orang yang sakit mental itu berbahaya.

Rawatan ubat-ubatan psikiatri terbukti boleh menurunkan risiko bahaya dan menstabilkan bahan kimia dalam otak mereka.

Jangan jadikan STIGMA masyarakat jauh lebih menakutkan daripada penyakit itu sendiri.

Berhenti panggil mereka orang gila.

16/10/2025
Program Mental Health Carnival & Fun Run 2025 sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia telah berlangsung dengan penuh meria...
15/10/2025

Program Mental Health Carnival & Fun Run 2025 sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia telah berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan hangat daripada warga komuniti. ๐Ÿ’š
Pelbagai aktiviti menarik, pameran kesihatan, pertandingan dan sesi interaktif diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan mental.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang turut serta menjayakan program ini! ๐ŸŒฟ

Warna, senyuman dan semangat positif di Mental Health Carnival 2025! ๐Ÿ’šโœจTerima kasih kepada semua yang hadir dan menyokon...
15/10/2025

Warna, senyuman dan semangat positif di Mental Health Carnival 2025! ๐Ÿ’šโœจ
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025.
Bersama kita bina masyarakat yang prihatin dan sihat mindanya ๐Ÿง ๐Ÿ’ช

Address

Klinik Kesihatan Segamat, Jalan Muar
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 13:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 13:00

Telephone

+601156432426

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mentari Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share