19/07/2026
Nama aku kamarul,aku lahir dalam sebuah keluarga yang agak mewah di sebuah negeri di utara tanah air.ayah aku seorang juruterbang,(aku cerita sebab ada yg tanya mcm mana aku ada duit pergi sana sini).aku dibesarkan di sebuah pekan kecil di pantai timur.tempat minyak.mula berkenalan dengan bahan terlarang seawal umur 13 tahun,gam,ganja,pil2 khayal,alkohol.tapi rentetan kisah hidup aku ni bermula seawal umur 7 tahun bila aku curi2 ambik rokok daun nenek aku.(tlng sedekahkan bacaan al fatihah utk maktok aku ye,dia tak sempat nak tengok aku jadi orang😭😭). time tu takde guna tembakau pun,bakar daun tu then sedut asap.umur 10 tahun aku start isap rokok betul.masa tu gudang garam hitam.pertengahan umur 15 tahun aku mula diperkenalkan dengan cinta pertama aku.nama dia he**in,6 bulan aku ambil dia dengan cara chase the dragon,kemudian aku diperkenalkan dengan jarum suntikan.korang bayangkan,seawal 15 tahun,tangan aku dh berbirat dgn kesan cucuk,tapi mak ayah aku tak sedar,sebab aku masih boleh jaga step.umur 16 aku kena tangkap buat pertama kali dan aku kena hukuman pengawasan polis 2 tahun,tiap2 1hb aku kena pergi balai utk sign.bila aku dh kena tangkap dan polis tunjuk kesan kat tangan pada parent aku,diorang tersentak,terkejut,marah,sedih,kecewa.tak sangka. bermula p**ak episod usaha diorang utk pulihkan aku.(aku tak tau mcm mana nak balas budi diorang,terima kasih banyak2 mama,abah,abang,kakak dan adik2 sebab tak pernah putus asa dengan own).tapi bukan tu yg aku nak cerita,yang aku nak cerita,pengalaman kami sekeluarga usaha untuk pulihkan seorg penagih dadah tegar.umur aku 16 @ 17 (tak berapa ingat),aku dihantar berubat di sebuah tempat di kuala lumpur selama 2 minggu,tak menjadi.kali kedua aku dihantar lagi berubat di kelantan,kat sana aku siap kena rantai kaki,tapi tak lama pun aku duk sana,lepas 3 minggu,parent bawak aku balik sebab terpedaya dengan kata2 dan janji2 palsu seorg penagih,balik rumah hisap balik.fikir punya fikir.kami buat keputusan bersama untuk aku hijrah ke mekah.time tu kebetulan kami ada kenalan yang duk sana,kami dapat tau,agak mustahil untuk apply student visa sbb kat mekah ada satu je institusi pengajian tinggi.(universiti ummul qura)yang mmg mustahil utk org mcm aku nak masuk.satu2nya cara yg kami dapat time tu, adalah dgn cara masuk pakai visa umrah,pastu overstay sebagai PATI.masa kat sana nanti baru ejas permit kerja(iqamah).aku selit ni sebab ada yang tanya😉...antara tips yang aku dapat,kena standby duit cash lebih kurang 2k dan pastikan sentiasa ada kat badan,untuk digunakan buat beli tiket flight seandainya kena tangkap dengan imigresen(jawazat).kalau kena tangkap,akan ditahan di pos tahanan,memang kedutaan akan sponsor tiket,tapi lambat la.jadi untuk percepatkan proses penghantaran balik,itulah tips yg aku dapat,beli sendiri tiket.(korang ingat ye point ni sebab cite ni berkait nanti).Kenapa mekah?1.parents pernah bawa aku umrah 2 kali,dan mmg aku s**a tempat tu. 2.Alhamdulillah dalam keluarga kami,mak dan ayah bagi pendidikan agama,jadi aku mmg minat belajar agama.3.kami ingat ditanah suci,org2nya semua suci & takde benda pelik2.gambar tu waktu aku mula2 sampai sana untuk tinggal terus.time tu aku gian teruk.ambik subutex + pokteh + pil kuda.sebulan aku menggelupur tak tidur.aktiviti harian aku,terbaring mcm kain buruk kat tilam yang disediakan pihak pakej,mata terpejam,tapi tak lena,sendi2 semua dah tak rasa dek terlalu sakit.kulit aku mcm kena hurung dan kena gigit dgn ribuan semut.kat dalam panas,tapi luar kulit sejuk,kepala aku sakit mcm nak pecah.bawah kulit aku rasa mcm ulat tengah menjalar,makan tak lalu,waktu tu aku mula sedar,langit tu tinggi rupanya.kenapa aku baru rasa seksa?sebab dah takde wallet ayah aku dan beg tangan mak aku yang boleh aku buka utk curi duit.dan the worst part is aku skrg ada jauh kat negara orang,nak tak nak aku terpaksa kayuh gian tu.(baru ada akai😔🤭).Habis farmasi kat kota mekah tu aku tawaf,nak cari substitute,ubat tidur atau apa2 yang boleh kurangkan sakit aku atau sekurang2nya untuk bagi aku dapat tidur lena.banyak masa aku habiskan kat dalam dan perkarangan masjid al haram,berdoa,bersujud,minta Allah akhirkan penderitaan aku.aku call parent aku,merayu minta dia poskan subutex kat aku.(korang google sendiri la ye subutex tu apa).parent aku pun ikutkan kehendak aku,takdir Allah,ubat tu sampai kat tangan aku selepas sebulan(aku pun dah habis gian).akhirnya lepas sebulan,aku mula sihat.aku teruskan dengan plan sebelum ni untuk tinggal sama2 dengan pelajar2 dari malaysia(tak formal,kebanyakan overstay takde visa)di sebuah kawasan penempatan bukit ajyad al-sud.tak jauh pun dari masjid alharam,jalan kaki 5 minit dh sampai.utk pengetahuan,mekah ni macam kawah,dikelilingi bukit2 batu yang dijadikan penempatan,lebih kurang mcm setinggan.kat situ ramai penduduk dari thailand (pattani),indo.aku duduk puncak bukit digelar bukit kelate sbb ramai org kelantan dan pattani.(dari roof top rumah aku,view kaabah).tak payah nak duk hotel clock tower bagai🤭.kat kawasan tu ada tok2 guru(baba) kebanyakan asal pattani yang buka kelas2 pengajian kitab di surau2 berdekatan.ada juga 2 atau 3 buah rumah yang diwakafkan untuk dihuni budak2 malaysia yang datang nak belajar agama.tapi aku menyewa asing,cuma siang aku akan gi lepak kat rumah wakaf yang dihuni budak2 kelate.nak jadi cerita,satu hari,aku mcm biasa masuk rumah tu nak lepak,sambil lalu aku nampak sorang budak ni(dia pun baru sampai) tengah balut tembakau guna kertas surat kabar.aku spontan tegur,"panjey abuk boh".(korang research sendiri ye apa maksud abuk tu).dia terkejut,tenung muka aku,keluar kat mulut dia, "ehh demo tau?".(hanya geng2 seangkatan je yang tau term2 macam abuk ni).aku senyum.dia merapat,malam ni blh lepak rumah kau tak.rupanya dia lagi advance dari aku,dia jumpa hashish.(korang google la hashish tu apa) dan dia takde port yg clear utk isap sebab dia duk kat rumah wakaf tu,ramai budak.rumah aku clear,aku duk sorang2.dia tanya aku "malam ni kita berperang kat rumah kau boleh,nanti aku bawak sekali alat2 perang.(dalam kepala aku dah menjerit2,aku ingatkan dia ada dadah favourite aku he**in.)rupanya malam tu dia bawak hashish,aku dah putus angin,hilang minat,tapi nak jaga hati member kononnya,aku hisap jugak,tapi stim yang aku cari dan rindu tu tak sampai.bila dia balik rumah dia,aku dah mula letak tangan atas dahi,otak dah mula pasang channel dan rancangan.fokus aku hanya satu waktu tu.he**in + jarum.tiba2 aku teringat,kat badan aku ada duit cash 2k saudi riyal,.jadi aku mula atur rancangan untuk serah diri,dalam kepala aku,aku nak serah diri,kena tangkap dan hantar balik malaysia (kononnya kalau kena tangkap,parent aku takleh marah la sbb bukan aku yang sengaja nak balik),aku nak enjoy dgn duit 2k tu nak isap puas2.mlm tu mata aku langsung tak dapat lelap,aku duk fikir kat mana nak serah diri.tiba2 aku teringat,kat sebelah hotel hilton mekah ada pondok pos imigresen,masa tu p**ak baru lepas raya aidilfitri.jemaah haji belum start masuk,mekah memang kosong time tu,(kalau nak kucup hajar al aswad time tu tak payah nak berebut pun,jalan lenggang kangkung je).PATI memang akan menyorok dlm sarang sebab risiko kena tangkap tu tinggi.tapi aku,memang nak ditangkap.pukul 3 pagi,aku bangun terpacak,mandi lebih kurang,sarung jubah putih(pakaian biasa kat sana),sehelai sepinggang sebab kononnya nak bagi nampak real lakonan.start atur langkah turun bukit,tuju straight ke kawasan masjid al haram(pos jawazat).dalam kepala aku dah terbayang barang merah basah,vibe chow kit belakang mati.aku sanggup kena tahan kat penjara,asalkan aku dapat balik malaysia dan mendadah dengan dadah favourite aku.waktu tu ibarat aku tengah jalan dalam satu terowong yang gelap,tak nampak apa2,cuma ada satu cahaya kat hujung terowong tu,dan cahaya tu adalah chow kit.tu je fokus aku.
Kalau korang nak tau apa jadi lepas tu,follow aku rapat2.