21/08/2026
BILATERAL COORDINATION — Kenapa penting untuk anak?
Nampak macam mudah bila anak guna kedua-dua tangan serentak. Tapi sebenarnya, ia memerlukan koordinasi yang baik antara kedua-dua belah badan.
✂️ Menggunting
✍️ Menulis sambil memegang kertas
👕 Memakai baju
⚽️ Menangkap bola
👟 Mengikat tali kasut
Semua aktiviti ini memerlukan Bilateral Coordination.
Bila kemahiran ini masih lemah, anak mungkin nampak kekok, lambat atau mengalami kesukaran melakukan aktiviti yang memerlukan kedua-dua tangan bekerjasama.
Sebab itu bila anak ada masalah menulis atau fine motor, kita bukan hanya tengok pada kekuatan tangan — tetapi juga bagaimana kedua-dua belah badan mereka bekerja bersama dan berkoordinasi.