EzKitz by Nuha

EzKitz by Nuha Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from EzKitz by Nuha, Occupational therapist, 7, Jalan TTS 5/4, Taman Tasik, Semenyih.

Bantu Perkembangan Anak
PENGELUAR BUKU PERKEMBANGAN ANAK & PARENTING
Fokus | Tulis | Cakap | Behave | Elak Delay

NO.SSM: 201604002457
Info Lanjut boleh WhatsApp Kami di:
0103187866 atau 01120733781

Kadang bukan anak yang susah dikawal, tetapi kita yang penat dan belum jumpa cara yang lebih lembut untuk mengendalikan ...
27/08/2026

Kadang bukan anak yang susah dikawal, tetapi kita yang penat dan belum jumpa cara yang lebih lembut untuk mengendalikan situasi harian di rumah.

Nak jadi Ibu Ayah yang lebih sabar, tenang dan faham emosi anak? ✨

Boleh mulakan dengan bacaan yang betul. Buku ini berkongsi panduan tentang:

🤍 Urus marah dengan lebih baik
🤍 Respon tanpa menengking
🤍 Fokus pada kelebihan anak
🤍 Bina hubungan lebih rapat
🤍 Didik anak dengan lebih tenang

Sesuai untuk Ibu Ayah yang mudah penat, cepat marah dan mahu berubah sedikit demi sedikit.

Kerana perubahan kecil hari ini boleh membina hubungan yang lebih baik dengan anak. 🤍

👋 “Tangan...”Perkataan yang sering kita sebut setiap hari. Namun bagi anak yang sedang belajar bercakap, mereka perlukan...
26/08/2026

👋 “Tangan...”

Perkataan yang sering kita sebut setiap hari. Namun bagi anak yang sedang belajar bercakap, mereka perlukan pendedahan dan pengulangan perkataan dalam situasi yang menyeronokkan. 💛

Sebab itu kami hasilkan Siri Bijak Bunyi, Hebatnya Tangan! 📖

Bukan sekadar buku cerita, anak belajar perkataan sasaran melalui aktiviti harian seperti:

✋ Tangan kanan & kiri
🍉 Makan dengan tangan atau sudu
✏️ Pegang pensel & menulis
👏 Tepuk tangan
⚽ Tangkap bola
🧼 Basuh tangan

Ayat yang pendek, mudah dan berulang membantu anak mengenal perkataan serta bunyi sasaran dengan lebih mudah.

Di akhir buku turut disediakan panduan untuk Ibu Ayah menggunakan bunyi sasaran dan gerakan badan ketika membaca bersama anak.

💛 Sesuai untuk:

✔️ Anak 2–6 tahun
✔️ Anak yang sedang belajar bercakap
✔️ Speech Delay
✔️ Autism & ADHD
✔️ Prasekolah

Setiap cerita ialah peluang untuk menambah perkataan baharu dalam dunia anak. 🥰

Risau anak masih LAMBAT BERCAKAP? 🗣️Semakin ramai anak mengalami Speech Delay, dan ramai Ibu Ayah mungkin tidak tahu car...
25/08/2026

Risau anak masih LAMBAT BERCAKAP? 🗣️

Semakin ramai anak mengalami Speech Delay, dan ramai Ibu Ayah mungkin tidak tahu cara yang betul untuk membantu anak mula bercakap.

Menurut Speech Therapist, ajar anak bercakap juga perlukan skill. Ramai yang terlalu fokus pada perkataan akademik seperti:

❌ Ajar A sampai Z
❌ Kira 1 sampai 100
❌ Kenal warna

Bukan salah untuk ajar, tetapi Ibu Ayah juga perlu lebihkan perkataan harian dan mempunyai target perkataan untuk anak.

📖 Salah satu cara mudah ialah melalui buku cerita yang mempunyai:

✅ Perkataan pendek
✅ Banyak pengulangan perkataan
✅ Aktiviti untuk bina pre-verbal skills

💬 Berminat nak cuba Buku Buih Oh Buih dengan anak?

Komen “SAYA NAK CUBA” di ruangan komen.

WORD MATTERS 🫂💛Setiap kata-kata yang kita sebut kepada anak boleh meninggalkan kesan dalam hati dan minda mereka.Kata-ka...
24/08/2026

WORD MATTERS 🫂💛

Setiap kata-kata yang kita sebut kepada anak boleh meninggalkan kesan dalam hati dan minda mereka.

Kata-kata Ibu Ayah mampu menguatkan jiwa atau melemahkan emosi anak. Jika anak sering dimarah, diherdik atau tidak dipedulikan, pengalaman itu boleh tersimpan dalam memori mereka.

Sebab itu, EzKitz menghasilkan WORD MATTERS. Buku skrip panduan untuk membantu Ibu Ayah bercakap dengan anak dengan lebih mesra emosi.

Ditulis oleh Certified Occupational Therapist, buku ini membantu Ibu Ayah mengurus emosi anak melalui kata-kata yang lebih baik dan positif.

📖 Apa yang ada dalam WORD MATTERS?

✅ Lebih 20 panduan skrip untuk pelbagai situasi
✅ Lebih 11 skrip untuk mengajar anak menyebut kalimah Allah seperti Astaghfirullah
✅ Bonus aktiviti untuk mengenal dan mengurus emosi anak

Berminat untuk dapatkan Buku Word Matters & Bonding Matters? 🤍

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 🤍Sempena Maulidur Rasul, ma...
24/08/2026

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 🤍

Sempena Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama menghayati akhlak dan teladan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Sebagai ibu ayah, antara hadiah terindah yang boleh kita berikan kepada anak-anak adalah mendidik mereka dengan kasih sayang, kesabaran, kelembutan dan akhlak yang baik. 🌷

Semoga anak-anak kita membesar menjadi insan yang baik, penyayang, menghormati orang lain dan mencintai Rasulullah SAW. 🤲💛

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

Salam Maulidur Rasul daripada
💙💛 EzKitz

Anak bukan malas menulis. Bukan degil.Kadang-kadang anak cuma belum bersedia. ✏️🤍Kalau anak cepat penat, susah fokus, su...
23/08/2026

Anak bukan malas menulis. Bukan degil.
Kadang-kadang anak cuma belum bersedia. ✏️🤍

Kalau anak cepat penat, susah fokus, sukar ikut garisan atau keliru huruf besar & kecil, kemahiran menulis mungkin perlu dibina secara berperingkat.

Sebab itu EzKitz by Nuha memperkenalkan Ez-Xercise, exercise book untuk membantu anak membina asas kemahiran menulis dengan lebih tenang dan yakin.

📘 5 Siri Ez-Xercise:
1️⃣ Focus & Dot-To-Dot
2️⃣ Tracing Lines & Shapes
3️⃣ Visual Perception
4️⃣ Numbers & Patterns
5️⃣ Uppercase & Lowercase

✔️ Aktiviti ringkas & berperingkat
✔️ Boleh ulang ikut kemampuan anak
✔️ Sesuai untuk anak tipikal & anak yang perlukan sokongan tambahan

🛒 Dapatkan di Shopee
👉 Link di komen atau DM kami.

Setiap anak ada rentaknya sendiri. Sediakan sokongan yang betul. 🤍

Tidak dinafikan, semakin banyak kes anak yang mengalami kelewatan perkembangan. Sebab itu, ilmu tentang Red Flags perkem...
22/08/2026

Tidak dinafikan, semakin banyak kes anak yang mengalami kelewatan perkembangan. Sebab itu, ilmu tentang Red Flags perkembangan anak penting bukan sahaja untuk Terapis dan Guru, tetapi juga untuk Ibu Ayah.
Tak perlu tahu semuanya. Cukup kenali tanda-tanda awal supaya anak boleh mendapatkan intervensi dengan lebih cepat.

Antara perkembangan yang boleh diperhatikan:
• Motor kasar
• Motor halus
• Kognitif
• Bahasa & komunikasi

Poster Milestone Perkembangan Bayi dan Anak ini membantu Ibu Ayah dan Guru membuat pemerhatian awal dengan lebih mudah.

Jika ada tanda yang membimbangkan, dapatkan penilaian daripada Doktor dan Terapis Bertauliah.

Berminat untuk dapatkan Poster Milestone Perkembangan Anak?
Komen “BERMINAT” di bawah.

"Nak kenali apa itu Sensori?""Nak belajar teknik stimulasi Sensori & Speech?""Anak masih guna 'bahasa alien' ?""Anak jen...
21/08/2026

"Nak kenali apa itu Sensori?"
"Nak belajar teknik stimulasi Sensori & Speech?"
"Anak masih guna 'bahasa alien' ?"
"Anak jenis picky eater?"
"Tak tahu nak bantu anak cakap dari rumah?"

BUKU SENSORY SPEECH
Ajar Anak dari Rumah
Buku panduan yang LENGKAP, PADAT, RINGAN & MUDAH untuk Ibu Ayah fahami dan terapkan bersama anak di rumah.

Ditulis oleh:
Speech Therapist, Puan Sherin Sokmum
Occupational Therapist, Puan Nurul Sheriena Musa

📚 Tersedia dalam 2 Siri:
SIRI 1 — Formula Sensori & Main Bantu Anak Cakap dari Rumah
SIRI 2 — Strategi A to Z Bantu Anak Cakap dari Rumah

Berminat untuk dapatkan?

27/07/2026

Ada hari kita kuat. Ada hari kita hampir mengalah.

Jika hari ini terasa berat, itu bukan bererti kamu lemah. Itu tanda kamu sudah berusaha sedaya upaya.

Setiap pelukan, setiap doa, setiap air mata dan setiap usaha yang kamu berikan kepada anakmu tidak pernah sia-sia.

Percayalah, kemajuan anak bukan diukur pada secepat mana dia berubah, tetapi pada kasih sayang dan kesabaran yang tidak pernah putus daripada ibu ayah.

Berehatlah jika penat, tetapi jangan berhenti berharap. Esok sentiasa membawa peluang untuk mencuba lagi. 🤍

Betul ke Penggunaan Gadget punca anak Tantrum. Erti kata lain, Betul. Bila Penggunaan gadget adalah berlebihan dari hari...
27/07/2026

Betul ke Penggunaan Gadget punca anak Tantrum. Erti kata lain, Betul.

Bila Penggunaan gadget adalah berlebihan dari harian anak, anak tidak dapat belajar bagaimana nak berinteraksi ataupun beri response yang betul terhadap sesuatu perkara.

Anak mungkin masih berusia 5 Tahun ke bawah yang masih belum memahami Pengurusan Emosi dengan Betul, jika mula nya kita ambil gadget padanya reaksi mereka adalah Tantrum yang boleh jadi lebih merisaukan bila anak mula memukul.

Jadi Ibu Ayah kurang kan penggunaan gadget pada anak dan perbanyakkan meluangkan masa bersama mereka

Jom sertai Seminar bersama Terapis untuk Belajar cara mengurus Emosi Anak

Address

7, Jalan TTS 5/4, Taman Tasik
Semenyih
43500

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60103187866

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EzKitz by Nuha posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to EzKitz by Nuha:

Shortcuts

Share