Klinik Amani - Semenyih

Klinik Amani - Semenyih KLINIK AMANI SEMENYIH
Taman Semenyih Impiana

OPEN DAILY 8 am-11 pm

OneStopPrimary Healthcare Centre
(6)

Aidiladha adalah masa yang sangat istimewa bagi umat Islam, di mana ia mengingatkan kita tentang erti pengorbanan dan ke...
27/05/2026

Aidiladha adalah masa yang sangat istimewa bagi umat Islam, di mana ia mengingatkan kita tentang erti pengorbanan dan kesabaran.
Setiap ibadah yang kita lakukan, baik itu solat, berkorban, mahupun memberi kepada yang memerlukan, semuanya adalah bentuk pengorbanan yang harus kita lalui dengan hati yang ikhlas dan penuh rasa syukur.
Semoga setiap langkah kita di Hari Raya Haji ini diberkati dan menjadi amal yang diterima oleh Allah SWT 💗
Bersempena Hari Raya Aidiladha, pihak kami ingin memaklumkan bahawa Klinik Amani Semenyih 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 pada 27 Mei 2026 (Rabu) & 28 Mei 2026 (Khamis)!
Klinik Amani Semenyih akan 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 pada 29 Mei 2026, 8AM - 11PM🌟
Harap Maklum. Terima kasih 😊

Assalamualaikum / Selamat sejahtera Tuan/Puan/Cik,  Bersempena Hari Raya Aidiladha, pihak kami ingin memaklumkan bahawa ...
26/05/2026

Assalamualaikum / Selamat sejahtera Tuan/Puan/Cik,
Bersempena Hari Raya Aidiladha, pihak kami ingin memaklumkan bahawa Klinik Amani Semenyih 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 pada 27 Mei 2026 (Rabu) & 28 Mei 2026 (Khamis)!
Klinik Amani Semenyih akan 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 pada 29 Mei 2026, 8AM - 11PM🌟
Harap Maklum. Terima kasih 😊

Ramai ingat benjolan bawah kulit tu cuma “lemak biasa”.Tapi… bila makin besar, makin keras, atau mula sakit, jangan tung...
07/05/2026

Ramai ingat benjolan bawah kulit tu cuma “lemak biasa”.

Tapi… bila makin besar, makin keras, atau mula sakit, jangan tunggu lama sangat.

Lipoma selalunya tidak berbahaya, tetapi ada ketumbuhan lain yang boleh nampak hampir sama.

Kalau anda ada:
✔ Benjolan lembut bawah kulit
✔ Ketulan yang boleh bergerak bila ditekan
✔ Benjolan yang makin membesar
✔ Ketulan dekat leher, belakang, bahu atau tangan

lebih baik buat pemeriksaan awal.

“Ugly now… worse later.”

📲 Whatsapp: 013 636 0061

— Dr Azhari Zhahir
..

Many people think a lump under the skin is just “normal fat”.

But… if it becomes bigger, harder, or painful, don’t ignore it for too long.

Lipoma is usually harmless, but some lumps may look similar to other conditions.

If you notice:

✔ A soft lump under the skin
✔ A lump that moves when pressed
✔ A lump that keeps growing
✔ Lumps around the neck, back, shoulders, or arms

it is better to get it checked early.

“Ugly now… worse later.”

📲 Whatsapp: 013 636 0061
— Dr Azhari Zhahir

অনেকে মনে করেন শরীরের নিচে ছোট গাঁট বা ফোলা শুধু “চর্বি”।কিন্তু… যদি এটা বড় হতে থাকে, শক্ত হয়ে যায়, অথবা ব্যথা শুরু হ...
07/05/2026

অনেকে মনে করেন শরীরের নিচে ছোট গাঁট বা ফোলা শুধু “চর্বি”।

কিন্তু… যদি এটা বড় হতে থাকে, শক্ত হয়ে যায়, অথবা ব্যথা শুরু হয়, তাহলে দেরি করবেন না।

Lipoma সাধারণত ক্ষতিকর নয়, তবে কিছু গাঁট দেখতে একই রকম হলেও অন্য রোগ হতে পারে।

যদি আপনার থাকে:

✔ ত্বকের নিচে নরম গাঁট
✔ চাপ দিলে নড়ে এমন গাঁট
✔ ধীরে ধীরে বড় হওয়া গাঁট
✔ ঘাড়, পিঠ, কাঁধ বা হাতে গাঁট

তাহলে দ্রুত পরীক্ষা করান।

“Ugly now… worse later.”

📲 Whatsapp: 013 636 0061

— Dr Azhari Zhahir

Korang boleh salahkan aku.Tapi jangan sesekali kecam Johan Ghazali.Letak semua kesalahan dekat aku.Aku boleh hadap.Nak k...
29/04/2026

Korang boleh salahkan aku.
Tapi jangan sesekali kecam Johan Ghazali.

Letak semua kesalahan dekat aku.
Aku boleh hadap.

Nak kecam? Kecamlah aku.
Tak mengapa.

Tapi dia…
Dia dah bagi segalanya dalam gelanggang.

Dan aku…
Aku akan tetap jadi penyokong paling kuat dia.
Tetap Ada Sentiasa

Bukan masa dia menang je,
Tapi lebih-lebih lagi masa dia jatuh macam hari ni.

Sebab yang setia bukan yang tepuk paling kuat,
Tapi yang masih berdiri bila semua orang mula menjauh.

Menang kalah itu sementara,
Tapi semangat seorang pejuang tak pernah mati.

Ya Allah,
Kau kuatkan hatinya,
Kau sembuhkan setiap luka yang terlihat dan yang tersembunyi,

Kau gantikan setiap kesedihan dengan kekuatan,
Dan bangkitkan dia kembali
lebih hebat, lebih tajam, lebih digeruni.
Amin.

Dr Azhari Zhahir
Penyokong Johan Ghazali

“Yang Tak Nampak, Selalu Paling Bahaya”Ramai orang fikir penyakit kelamin itu hanya sekadar luka, nanah, atau ketuat yan...
28/04/2026

“Yang Tak Nampak, Selalu Paling Bahaya”

Ramai orang fikir penyakit kelamin itu hanya sekadar luka, nanah, atau ketuat yang boleh nampak dengan mata kasar. Mereka sangka, selagi tubuh kelihatan “normal”, selagi tiada rasa sakit, semuanya baik-baik sahaja.

Tapi hakikatnya…
yang paling bahaya bukan yang nampak.
Yang paling bahaya adalah yang senyap.

Chlamydia. Gonorrhea. Syphilis.
Nama-nama ini mungkin biasa didengar, tapi kesannya jauh lebih dalam daripada apa yang kita bayangkan.

Kajian menunjukkan, penyakit-penyakit ini bukan sekadar berdiri sendiri.
Mereka membuka pintu.
Pintu kepada sesuatu yang lebih besar, HIV.

Apabila seseorang dijangkiti STI, lapisan perlindungan semula jadi tubuh menjadi lemah. Luka kecil yang tidak disedari, keradangan yang tidak dirasai… semua ini menjadi laluan mudah untuk virus HIV masuk ke dalam badan. Dan lebih menakutkan, individu yang ada STI juga lebih mudah menyebarkan HIV kepada orang lain.

Statistik menunjukkan sekitar 6% jangkitan HIV yang diperoleh secara seksual berpunca daripada STI seperti ini.

Enam peratus.
Nampak kecil?
Tapi di sebalik angka itu, ada ribuan kehidupan yang berubah selamanya.

Bayangkan…
pada tahun tertentu sahaja, kos rawatan sepanjang hayat untuk kes HIV yang berpunca daripada STI mencecah ratusan juta dolar. Bukan sekadar angka ekonomi — itu adalah harga yang dibayar oleh manusia, dengan kesihatan, emosi, dan masa depan mereka.

Yang lebih menyedihkan…
ramai yang tidak tahu mereka dijangkiti.

Tiada simptom.
Tiada rasa sakit.
Tiada amaran.

Sehinggalah… semuanya sudah terlambat.

Sebab itu, dalam memilih pasangan, dalam menjaga diri, dalam membuat keputusan — kita tidak boleh bergantung pada “nampak sihat” semata-mata.

Kesihatan seksual bukan tentang kepercayaan kosong.
Ia tentang tanggungjawab.

Tanggungjawab kepada diri sendiri.
Dan kepada orang yang kita sayang.

Kadang-kadang, kisah silam yang tidak disaring…
akan menghantui masa depan yang tidak bersedia.

Jadi sebelum semuanya jadi penyesalan
ambil langkah.
Periksa.
Rawat.

Kerana dalam dunia penyakit kelamin…
yang diam itu bukan selamat.
Yang diam itu… sedang menunggu masa.

Saring sekarang ni Klinik Kami..

03/11/2025

Yang reply mesej dan komen korang ni adalah ai crm. Harga rm 25k. Huhu..

31/10/2025

Teka teki : Aku kecil, aku tajam, aku ‘jarum waktu’ untuk penyakit. Aku siapa?” — Clue: Benda ni prevent, bukan ubat (rm 10)

31/10/2025

Teka teki : “Aku selalu ‘dipijak’ tapi jarang dihargai. Bila aku rosak, seluruh badan merana. Apa aku?” — Clue: Ada 33 sendi kecil (rm 10)

31/10/2025

Teka teki : “Aku lutsinar, tak berperisa, tapi boleh selamatkan nyawa. Siapa aku?” — Clue: 60% daripada badan (rm 10)

Address

No 4, Jalan Semenyih Impiana 1, Taman Semenyih Impiana
Semenyih
43500

Opening Hours

Monday 08:00 - 23:00
Tuesday 08:00 - 23:00
Wednesday 08:00 - 23:00
Thursday 08:00 - 23:00
Friday 08:00 - 23:00
Saturday 08:00 - 23:00
Sunday 08:00 - 23:00

Telephone

+60136360061

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Amani - Semenyih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category