27/07/2026
Muda muda dah ada darah tinggi?
Ini dipanggil young hypertension.
Tekanan darah tinggi bukan lagi masalah orang berusia sahaja. Hari ini, semakin ramai orang muda sudah mula mencatat bacaan tekanan darah yang tinggi, kadang-kadang seawal usia 20-an atau 30-an.
Untuk orang dewasa, tekanan darah dianggap tinggi apabila bacaan berulang kali berada pada paras 140/90 mmHg atau lebih.
Tetapi jika orang muda kerap mencatat bacaan 140/90 mmHg atau lebih, ini tidak boleh diabaikan.
Young hypertension biasanya merujuk kepada tekanan darah tinggi yang berlaku pada usia muda, terutama sebelum umur 40 tahun.
Ramai orang muda menganggap darah tinggi ini hanya disebabkan stress, kurang tidur, makan masin atau faktor keturunan.
Memang benar, gaya hidup boleh menyumbang. Berat badan berlebihan, kurang bersenam, pemakanan tinggi garam, merokok, v**e, tidur tidak berkualiti dan stress kronik boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.
Tetapi dalam kes young hypertension, doktor perlu siasat kenapa ia berlaku.
Ini kerana darah tinggi pada usia muda kadang-kadang berpunca daripada masalah lain yang tersembunyi.
Antaranya penyakit buah pinggang, salur darah buah pinggang yang sempit, gangguan hormon, obstructive sleep apnoea, kesan ubat tahan sakit, steroid, pil perancang, supplement tertentu, energy drink, ni****ne, v**e atau bahan perangsang.
Sebab itu, young hypertension bukan sekadar “bagi ubat dan balik”.
Doktor perlu menilai sama ada ini darah tinggi biasa, atau ada punca sekunder yang perlu dikesan awal.
Antara siasatan yang mungkin diperlukan termasuk pemeriksaan tekanan darah berulang, bacaan tekanan darah di rumah, ujian darah untuk fungsi buah pinggang, paras gula, kolesterol dan garam mineral, ujian air kencing, ECG serta pemeriksaan mata jika perlu.
Jika ada tanda tertentu, doktor mungkin akan buat siasatan tambahan untuk mencari punca seperti masalah hormon, masalah buah pinggang, sleep apnoea atau salur darah yang sempit.
Kenapa ini penting?
Kerana orang muda yang ada darah tinggi akan terdedah lebih lama kepada tekanan pada salur darah, jantung, otak, buah pinggang dan mata.
Jika dibiarkan, young hypertension boleh meningkatkan risiko strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggang, kerosakan mata dan kerosakan salur darah pada usia yang lebih awal.
Muda muda sudah ada darah tinggi bukan perkara kecil.
Young hypertension ialah amaran awal yang perlu disiasat, bukan sekadar nombor pada mesin tekanan darah.