14/08/2026
Kegawatan ekonomi paling teruk pada tahun 1929 dikenali sebagai Zaman Meleset
(The Great Depression).
Ia bermula dengan kejatuhan pasaran saham di Wall Street, Amerika Syarikat, pada 29 Oktober 1929 (dikenali sebagai Black Tuesday) dan berlarutan selama sedekad hingga 1939, menyebabkan jutaan pengangguran serta kejatuhan perniagaan di seluruh dunia
Punca Utama Kegawatan
1.Kejatuhan Pasaran Saham:
Nilai saham merudum secara mendadak akibat spekulasi berlebihan dan pembelian saham menggunakan wang pinjaman bank atau kat market orang panggil margin financing.
apabila ramai pakai margin, bila harga saham jatuh,tekanan akan semakin menjadi2 bila margin call tak dipenuhi,maka pemberi pinjaman akan buang apa sahaja saham di pasaran tanpa pikir harga saham
berapa. ini yg akan menjadikan saham semakin terjun kaw2!!
2.Kepanikan Perbankan: Rakyat berpusu-pusu mengeluarkan simpanan, menyebabkan ribuan bank muflis kerana ketiadaan tunai. Tahun ni Dah ada kes bank di US tutup sebab muflis,semasa tahun 90an dulu Malaysia paling banyak tutup,digabung atau bankrupt.
3.Kejatuhan Kuasa Beli: Permintaan terhadap barangan merosot manakala lebihan pengeluaran barangan tidak dapat dijual.Dah ada tanda dah pun bila harga rumah lelong kini kurang pembeli.😅
4.Kesan Global- Pengangguran Tinggi: Jutaan pekerja hilang pekerjaan di Amerika Syarikat dan Eropah.
5.Perdagangan Merosot: Nilai eksport dan import dunia jatuh menjunam, turut merosakkan ekonomi Tanah Melayu dan negara lain yang bergantung kepada eksport getah serta bijih timah
adakah harga sawit akan merosot jika kegawatan melanda malaysia ?