30/10/2026
Ramai ibu bapa melihat aktiviti dalam air sebagai peluang untuk anak bermain dan berseronok. Tetapi tahukah anda, Water Therapy juga boleh menjadi salah satu pendekatan intervensi untuk menyokong perkembangan anak berkeperluan khas.
Antara manfaat Water Therapy ialah:
1) Balance & Body Control
Membantu anak melatih kestabilan badan ketika berdiri, berjalan dan bergerak dalam air.
2) Motor Coordination
Melatih kerjasama pergerakan tangan, kaki dan mata ketika melakukan aktiviti.
3) Motor Planning
Membantu anak belajar merancang dan menyusun pergerakan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.
4) Focus & Following Instructions
Menggalakkan anak memberi perhatian, memahami arahan dan melaksanakan aktiviti secara berperingkat.
5)Self-Confidence
Memberikan peluang kepada anak mencuba cabaran baharu dan membina keyakinan melalui pengalaman yang positif.
Lihat sahaja aktiviti dalam gambar ini!
Pelajar perlu membawa bola sambil bergerak melepasi dua gelung yang dipegang oleh interventionist. Nampak seperti permainan biasa, tetapi sebenarnya aktiviti ini melibatkan pelbagai kemahiran perkembangan dalam satu masa.
Inilah sebabnya Water Therapy bukan sekadar bermain air. Setiap aktiviti mempunyai objektif intervensi yang dirancang mengikut keperluan dan kemampuan anak.
Lebih istimewa, Water Therapy di Playvelope adalah PERCUMA!
Aktiviti ini sudah termasuk dalam pakej Daily Class dan diadakan SETIAP BULAN tanpa sebarang caj tambahan.
Daftar sekarang dan berikan anak peluang mengikuti program intervensi berstruktur yang menyokong perkembangan mereka setiap hari.DM kami sekarang untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menempah slot Daily Class anak anda!
𝐓𝐇𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐄𝐍𝐕𝐈𝐑𝐎𝐍𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐅𝐎𝐑 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓
📍Locations: Senawang | Eco Majestic | Sendayan | Kota Damansara📍
📞 Contact us for more info: https://dub.sh/pv_META