Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope

Website Contact the practice

Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope 1st & Pioneer Special Needs School In Malaysia! SOTC Play & Development Sdn. Bhd.
202201008574 (1454271-D)

Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope provides very modern and up-to-date indoor stadium, a sensory room, and more!

Ayah bukan sekadar tempat anak bermanja. Kehadiran seorang ayah juga memainkan peranan penting dalam membentuk keyakinan...
31/10/2026

Ayah bukan sekadar tempat anak bermanja. Kehadiran seorang ayah juga memainkan peranan penting dalam membentuk keyakinan diri, emosi dan perkembangan anak perempuan istimewa.

Tahukah anda, penglibatan ayah dalam kehidupan seharian boleh memberikan sokongan yang bermakna kepada perkembangan anak?

Ini 5 peranan penting yang ayah perlu tahu!

1)Membina Keyakinan Diri
Pujian, galakan dan sokongan ayah membantu anak lebih berani mencuba perkara baharu mengikut kemampuan mereka.

2)Memberikan Rasa Selamat
Pelukan, kasih sayang dan kesabaran ayah membantu anak berasa diterima, dihargai dan disayangi.

3)Mengajar Kemahiran Berdikari
Libatkan anak dalam aktiviti harian seperti memakai pakaian, mengemas barang dan mengurus keperluan diri.

4)Mendidik Tentang Keselamatan Diri
Bimbing anak mengenali batasan tubuh, menjaga privasi dan memahami hak untuk berkata β€œTIDAK” apabila berasa tidak selesa.

5)Menyokong Pembelajaran dan Intervensi
Penglibatan ayah membantu anak mempraktikkan kemahiran yang dipelajari di sekolah dalam kehidupan seharian.

AYAH, KEHADIRAN ANDA SANGAT BERMAKNA!

Anak perempuan istimewa mungkin memerlukan lebih banyak masa, kesabaran dan bimbingan. Tetapi setiap usaha kecil ayah boleh membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.

Di SRPK Playvelope, kami percaya perkembangan anak memerlukan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Kerana pendidikan anak istimewa bukan hanya berlaku di sekolah, tetapi juga bermula daripada kasih sayang dan sokongan keluarga di rumah.

Para ayah, ada tips atau pengalaman yang ingin dikongsikan?

Jom kongsikan tips serta pengalaman anda dalam membesarkan anak perempuan istimewa di ruangan komen. Mungkin perkongsian anda dapat memberi inspirasi kepada ayah-ayah yang lain.

𝐓𝐇𝐄 ππ‘π„πŒπˆπ”πŒ π‚π‡πŽπˆπ‚π„ π…πŽπ‘ π’ππ„π‚πˆπ€π‹ π„πƒπ”π‚π€π“πˆπŽπ

πŸ“ Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

πŸ“ž Contact us for more info : πŸ‘‰ https://dub.sh/plv_META

30/10/2026

Cekodok Pisang, Full of Love!

Siap bagi mini love lagi! Comelnya tengok pelajar kita happy sepanjang Little Chef Activity kali ni!

Sekolah pendidikan khas dengan pelbagai aktiviti menarik dan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan!

Di SRPK Playvelope, macam-macam pengalaman menanti anak-anak!

Ada hari jadi usahawan kecil, ada hari jadi Little Chef, ada hari belajar melalui pelbagai aktiviti hands-on.

Tak hairanlah anak-anak happy datang ke sekolah!

Paling menarik, dalam keseronokan mencuba pelbagai aktiviti, tanpa sedar mereka sebenarnya sedang belajar sambil menjalani intervensi yang menyokong perkembangan diri.

Melalui aktiviti membuat cekodok pisang, pelajar berpeluang mengembangkan:

1)Fine Motor Skills – Melatih kawalan pergerakan tangan
2)Cognitive Skills – Memahami langkah dan mengikuti arahan
3)Hand-Eye Coordination – Menyelaraskan pergerakan mata dan tangan
4)Daily Living Skills (ADL) – Mempelajari kemahiran asas penyediaan makanan
5)Self-Confidence – Membina keyakinan melalui pengalaman mencuba sendiri

Di SRPK Playvelope, kami percaya pendidikan khas bukan sekadar belajar di dalam kelas, tetapi memberi peluang kepada setiap pelajar untuk meneroka, mencuba dan menikmati pengalaman zaman kanak-kanak seperti anak-anak lain.

Bila anak seronok ke sekolah, setiap hari menjadi peluang baharu untuk mereka berkembang.

Sesi 2027 bakal hadir dengan lebih banyak aktiviti menarik dan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan!

Jom daftar sekarang bersama SRPK Playvelope dan berikan anak peluang untuk belajar, meneroka serta berkembang dengan penuh keyakinan!

DM kami sekarang untuk maklumat pendaftaran sesi 2027.

𝐓𝐇𝐄 ππ‘π„πŒπˆπ”πŒ π‚π‡πŽπˆπ‚π„ π…πŽπ‘ π’ππ„π‚πˆπ€π‹ π„πƒπ”π‚π€π“πˆπŽπ

πŸ“ Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

πŸ“ž Contact us for more info : πŸ‘‰ https://dub.sh/plv_META

Pengalaman berniaga bukan sekadar aktiviti jual beli, tetapi juga peluang untuk anak istimewa membina keyakinan diri dan...
29/10/2026

Pengalaman berniaga bukan sekadar aktiviti jual beli, tetapi juga peluang untuk anak istimewa membina keyakinan diri dan mempelajari kemahiran kehidupan sebenar.

Di SRPK Playvelope, pelajar diberi peluang merasai sendiri pengalaman berniaga melalui aktiviti keusahawanan!

Daripada menyediakan minuman, melayan pelanggan sehingga menyerahkan pesanan, setiap langkah memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna.

Antara kemahiran yang dapat dilatih ialah:

1)Keyakinan Diri (Self-Confidence)
2)Kemahiran Komunikasi (Communication Skills)
3)Kemahiran Sosial (Social Skills)
4)Pengurusan Wang (Money Management)
5)Kemahiran Hidup Berdikari (Independent Living Skills)

Aktiviti ini bukan sekadar mengajar pelajar cara menjual air, tetapi turut membantu mereka memahami tanggungjawab, berinteraksi dengan orang lain dan membina kemahiran untuk kehidupan seharian.

Kerana bagi kami, pendidikan anak istimewa bukan hanya tentang pencapaian akademik, tetapi juga persediaan untuk menghadapi dunia sebenar.

PENDAFTARAN SRPK PLAYVELOPE 2027 KINI DIBUKA!

Anak istimewa juga berhak mendapat pendidikan yang mempersiapkan mereka untuk masa depan.

Jangan tunggu! Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan tempat bagi sesi persekolahan 2027.

𝐓𝐇𝐄 ππ‘π„πŒπˆπ”πŒ π‚π‡πŽπˆπ‚π„ π…πŽπ‘ π’ππ„π‚πˆπ€π‹ π„πƒπ”π‚π€π“πˆπŽπ

πŸ“ Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

πŸ“ž Contact us for more info : πŸ‘‰ https://dub.sh/plv_META

28/10/2026

Belajar melalui pengalaman sebenar menjadikan setiap aktiviti lebih bermakna!

Melalui aktiviti Fruit Exploration & Focus Activity, murid SRPK Playvelope menjalani pembelajaran secara Hands-On Learning yang memberi peluang untuk meneroka, menyentuh dan mengenali buah-buahan secara langsung.

Pendekatan ini membantu merangsang perkembangan kemahiran seperti:

1)Focus & Attention – Melatih fokus dan tumpuan sepanjang aktiviti.

2)Sensory Exploration – Meneroka warna, bentuk dan tekstur buah-buahan.

3)Fine Motor Skills – Mengukuhkan koordinasi dan kawalan pergerakan tangan.

4)Cognitive Skills – Mengenal pasti dan membezakan jenis buah-buahan.

5)Communication Skills – Menggalakkan murid mengenal dan menyebut nama buah.

Di SRPK Playvelope, pendekatan Hands-On Learning digabungkan dengan intervensi berstruktur supaya murid bukan sahaja memahami apa yang dipelajari, malah dapat mengaplikasikan kemahiran dalam kehidupan seharian.

Setiap pengalaman kecil hari ini adalah langkah menuju kemandirian pada masa hadapan.

Kenali pendekatan pembelajaran di SRPK Playvelope. Hubungi kami untuk pendaftaran sesi 2027!

𝐓𝐇𝐄 ππ‘π„πŒπˆπ”πŒ π‚π‡πŽπˆπ‚π„ π…πŽπ‘ π’ππ„π‚πˆπ€π‹ π„πƒπ”π‚π€π“πˆπŽπ

πŸ“ Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

πŸ“ž Contact us for more info : πŸ‘‰ https://dub.sh/plv_META

Hari ini, kita masih mampu mandikan anak, pakaikan baju, suapkan makanan dan uruskan segala keperluan mereka.Tapi bagaim...
27/10/2026

Hari ini, kita masih mampu mandikan anak, pakaikan baju, suapkan makanan dan uruskan segala keperluan mereka.

Tapi bagaimana apabila kita semakin tua, sakit atau sudah tiada nanti?

Siapa yang akan menguruskan kehidupan anak?

Pernah terfikir, mungkin selama ini kita terlalu sibuk menjaga anak sehingga terlupa mengajar mereka untuk menjaga diri sendiri?

Bagi anak berkeperluan khas, kemahiran berdikari perlu dibina sejak awal mengikut kemampuan masing-masing.

Di SRPK Playvelope, pendidikan khas dilengkapi intervensi berstruktur dan bimbingan pakar bertauliah bagi menyokong perkembangan akademik, sosial serta kemahiran berdikari anak.

Kita mungkin tidak mampu menjaga mereka selamanya, tetapi kita masih mampu mempersiapkan mereka untuk masa depan.

Jangan hanya fikir siapa yang akan menjaga anak nanti. Fikirkan juga apa yang anak mampu lakukan tanpa kita.

Bantu anak membina masa depan yang lebih berdikari bersama SRPK Playvelope. DM sekarang!

𝐓𝐇𝐄 ππ‘π„πŒπˆπ”πŒ π‚π‡πŽπˆπ‚π„ π…πŽπ‘ π’ππ„π‚πˆπ€π‹ π„πƒπ”π‚π€π“πˆπŽπ

πŸ“ Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

πŸ“ž Contact us for more info : πŸ‘‰ https://dub.sh/plv_META

Memang betul, ada anak autistik yang mampu mengikuti pembelajaran di aliran perdana kerana mereka mempunyai tahap kesedi...
26/10/2026

Memang betul, ada anak autistik yang mampu mengikuti pembelajaran di aliran perdana kerana mereka mempunyai tahap kesediaan dan mendapat sokongan yang sesuai.

Tapi bagaimana p**a dengan anak kita?

Guru berkali-kali menghubungi ibu bapa kerana anak menghadapi pelbagai cabaran dalam pembelajaran, tingkah laku dan pergaulan bersama rakan sebaya.

Anak susah mengikuti arahan, ketinggalan dalam pembelajaran dan ada kalanya hanya termangu-mangu di dalam kelas.

Bayangkan, sampai kawan sendiri pun mula menegur dan mempersoalkan keputusan kita menghantar anak ke sekolah tersebut.

Bukan bermakna setiap teguran itu betul. Tetapi apabila guru dan orang sekeliling berulang kali menyuarakan kebimbangan, takkan kita masih mahu menutup mata?

Mungkin selama ini anak sedang berusaha sedaya upaya, tetapi persekitaran pembelajarannya belum memberikan sokongan yang benar-benar diperlukan.

Anak perlukan ibu bapa untuk memahami keperluan mereka dan membantu memilih tempat pembelajaran yang sesuai.

Aliran perdana bukan pilihan yang salah. Tetapi jika anak terus bergelut walaupun sudah diberikan sokongan, sampai bila kita mahu membiarkan keadaan ini berlarutan?

Di SRPK Playvelope, anak-anak mendapat sokongan pendidikan yang menyeluruh dan inklusif, dengan bimbingan pakar bertauliah serta intervensi berstruktur yang disesuaikan mengikut keperluan perkembangan masing-masing.

Jangan sampai keinginan kita melihat anak bersekolah seperti orang lain menyebabkan keperluan sebenar mereka terlepas pandang.

Anak tidak boleh memilih persekitaran pembelajaran sendiri. Ibu bapalah yang perlu bertindak demi masa depan mereka.

2027, jangan salah buat pilihan lagi! Daftar sekarang di SRPK Playvelope!

𝐓𝐇𝐄 ππ‘π„πŒπˆπ”πŒ π‚π‡πŽπˆπ‚π„ π…πŽπ‘ π’ππ„π‚πˆπ€π‹ π„πƒπ”π‚π€π“πˆπŽπ

πŸ“ Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

πŸ“ž Contact us for more info : πŸ‘‰ https://dub.sh/plv_META

Bangun tidur cari handphone. Makan pun sambil tengok handphone.Berjam-jam berbaring di sofa, memakai headphone dan leka ...
25/10/2026

Bangun tidur cari handphone. Makan pun sambil tengok handphone.

Berjam-jam berbaring di sofa, memakai headphone dan leka dengan dunia sendiri.

Rumah bersepah, barang tak dikemas, kerja rumah langsung tak dibantu.

Bukannya ibu bapa tak pernah mengajar. Dah berkali-kali suruh kemas barang atau lipat pakaian, tetapi anak tetap tak mengendahkan arahan.

Bila handphone diambil, mula membentak dan marah.

Akhirnya ibu bapa mengalah.

β€œTak apalah, janji anak diam.”

Memang benar, bagi sesetengah anak berkeperluan khas, gadget boleh membantu mereka bertenang.

Tetapi sampai bila kita mahu terus bergantung pada gadget?

Anak semakin meningkat remaja. Mereka perlu diberi peluang mempelajari tanggungjawab dan kemahiran pengurusan diri mengikut kemampuan masing-masing.

Kadangkala anak bukan sengaja tak mahu mendengar, tetapi memerlukan arahan yang jelas, latihan berulang dan bimbingan berstruktur.

Di SRPK Playvelope, pembelajaran KSSRPK digabungkan dengan intervensi berstruktur yang menekankan kemahiran akademik, komunikasi, sosial dan pengurusan diri untuk membantu anak lebih berdikari.

Ibu bapa, hari ini kita masih ada untuk menguruskan segala keperluan anak.

Tetapi esok lusa?

Bagaimana apabila kita semakin tua atau sudah tiada?

Siapa yang akan menguruskan keperluan anak nanti?

Anak semakin membesar. Tetapi adakah mereka sudah menguasai kemahiran pengurusan diri?

Jangan biarkan dunia anak hanya berlegar di sebalik skrin!

Persiapkan anak untuk kehidupan sebenar bersama SRPK Playvelope. Pendaftaran 2027 kini dibuka, slot terhad! DM sekarang.

𝐓𝐇𝐄 ππ‘π„πŒπˆπ”πŒ π‚π‡πŽπˆπ‚π„ π…πŽπ‘ π’ππ„π‚πˆπ€π‹ π„πƒπ”π‚π€π“πˆπŽπ

πŸ“ Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

πŸ“ž Contact us for more info : πŸ‘‰ https://dub.sh/plv_META

"Bila nak buka dekat Selangor?"Kami mendengar permintaan anda.Akhirnya, penantian ibu bapa di Selangor akan berakhir!Sek...
24/10/2026

"Bila nak buka dekat Selangor?"

Kami mendengar permintaan anda.
Akhirnya, penantian ibu bapa di Selangor akan berakhir!

Sekolah Rendah Pendidikan Khas Swasta Playvelope akan tiba di ECO MAJESTIC, SELANGOR!

Membawakan pendekatan pendidikan khas yang menggabungkan akademik KSSRPK bersama intervensi berstruktur bagi membantu perkembangan dan mengembangkan potensi anak-anak berkeperluan khas.

Kini, lebih banyak peluang pendidikan khas akan tersedia untuk anak-anak istimewa di Selangor!

Pendaftaran bagi sesi persekolahan 2027 kini dibuka dengan SLOT TERHAD!

Ibu bapa Eco Majestic dan kawasan sekitar, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tempat buat anak anda.

Hubungi SRPK Playvelope sekarang untuk pertanyaan dan pendaftaran!

𝐓𝐇𝐄 ππ‘π„πŒπˆπ”πŒ π‚π‡πŽπˆπ‚π„ π…πŽπ‘ π’ππ„π‚πˆπ€π‹ π„πƒπ”π‚π€π“πˆπŽπ

πŸ“ Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

πŸ“ž Contact us for more info : πŸ‘‰ https://dub.sh/plv_META

Pernah tak ibu bapa terfikir, apa akan jadi kepada anak berkeperluan khas selepas tamat persekolahan nanti?Boleh ke mere...
23/10/2026

Pernah tak ibu bapa terfikir, apa akan jadi kepada anak berkeperluan khas selepas tamat persekolahan nanti?

Boleh ke mereka sambung belajar?

Boleh ke mereka bekerja?

Mampu ke mereka uruskan kehidupan sendiri?

Persoalannya, adakah anak sedang dipersiapkan untuk semua itu?

Ramai ibu bapa terlalu fokus memastikan anak dapat bersekolah, tetapi terlupa memikirkan apa yang akan berlaku selepas alam persekolahan berakhir.

Bayangkan anak sudah tamat sekolah, tetapi masih belum menguasai kemahiran asas komunikasi, pengurusan diri atau kemahiran sosial yang diperlukan dalam kehidupan seharian.

Ketika itu, barulah kita mula tertanya-tanya, apa pilihan yang anak ada?

Hakikatnya, kemahiran ini bukan boleh dibina dalam masa sehari dua. Ada anak yang memerlukan latihan dan bimbingan bertahun-tahun untuk menguasai sesuatu kemahiran.

Sebab itu, persediaan masa depan anak istimewa tidak boleh ditangguhkan sehingga mereka hampir tamat sekolah.

Lebih awal kita mengenal pasti keperluan anak dan memberikan sokongan yang sesuai, lebih banyak masa yang ada untuk membina kemahiran mereka.

Di SRPK Playvelope, pembelajaran KSSRPK digabungkan dengan intervensi bagi membantu anak membina kemahiran akademik, komunikasi, sosial dan pengurusan diri mengikut keperluan perkembangan mereka.

Jangan tunggu sehingga anak tamat sekolah baru mula memikirkan masa depannya.

Kerana tanpa persediaan yang mencukupi, anak mungkin berdepan lebih banyak cabaran untuk melangkah ke fasa kehidupan seterusnya.

Masa depan anak bukan sesuatu yang kita boleh persiapkan pada saat akhir.

Hubungi SRPK Playvelope hari ini. Biar kami bantu anda membina asas pendidikan dan kemahiran anak bermula dari sekarang.

𝐓𝐇𝐄 ππ‘π„πŒπˆπ”πŒ π‚π‡πŽπˆπ‚π„ π…πŽπ‘ π’ππ„π‚πˆπ€π‹ π„πƒπ”π‚π€π“πˆπŽπ

πŸ“ Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

πŸ“ž Contact us for more info : πŸ‘‰ https://dub.sh/plv_META

28/09/2026

Aafi 2023 vs 2026

Dulu dipanggil nama pun belum memberi respons.
Bermula dengan One to One, kini Aafi berada dalam kelas School Intervention Program (SIP).

Hari ini, Aafi dah pandai berkomunikasi, berkawan, ikut arahan dan semakin berdikari.

Antara pencapaian paling besar, Aafi kini dah bebas daripada pampers hasil kerjasama ibu bapa dan Playvelope melalui program Potty Training.

Perubahan yang cukup bermakna buat Puan Farah Syazwani dan keluarga selepas melihat sendiri perjalanan Aafi bersama Playvelope sejak tahun 2023.

Sedikit demi sedikit, Aafi terus berkembang.
Terus melangkah, Aafi. Kami bangga dengan setiap progress Aafi.

Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah.
Mulakan langkah pertama anak bersama Playvelope.

Nak tahu lebih lanjut tentang program SIP di Playvelope?

Komen β€œSIP” di ruang komen.

𝐓𝐇𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 π„ππ•πˆπ‘πŽππŒπ„ππ“ π…πŽπ‘ πƒπ„π•π„π‹πŽππŒπ„ππ“

πŸ“Locations: Senawang | Eco Majestic | Sendayan | DamansaraπŸ“

πŸ“ž Contact us for more info: https://dub.sh/pv_META

Address

NO 15-1, 16-1, 17-1, 18-1, Jalan Dataran Kemuning 3
Senawang
70450

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 13:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope:

Shortcuts

Share

Category