Alexa Villa Senior Care Centre

Alexa Villa Senior Care Centre Alexa Villa Senior Care Centre is a Muslim friendly elderly home care and retirement centre

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M πŸŒ™β€œDan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat ba...
25/08/2026

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M πŸŒ™

β€œDan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
β€” Surah Al-Anbiya’: 107

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί, marilah kita memperbanyakkan selawat serta menghayati sunnah dan akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

🀍 Cintai Rasul, teladani akhlak.
πŸ“– Hayati sunnah, hidupkan jiwa.
🀝 Satukan ummah, sebarkan rahmah.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ο·Ί terus subur dan mendorong kita menjadi insan yang lebih baik.

Selawat ke atas Nabi, penyejuk hati & penerang jiwa.

Salam Maulidur Rasul daripada kami,
Klinik Aisyah & Yusof | Alexa Wellness | Alexa Villa Senior Care Centre

πŸ‡²πŸ‡Ύ PROMOSI MERDEKA AVSCC 2026Sedang mencari pusat penjagaan yang sesuai untuk ahli keluarga warga emas?Alexa Villa Senio...
17/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PROMOSI MERDEKA AVSCC 2026

Sedang mencari pusat penjagaan yang sesuai untuk ahli keluarga warga emas?

Alexa Villa Senior Care Centre (AVSCC) menyediakan penjagaan warga emas Muslim dalam persekitaran yang selesa, terurus dan dipantau oleh pas**an penjagaan harian.

Sempena Promosi Merdeka, nikmati:

βœ… Kadar promosi RM2,500/bulan
🎁 PERCUMA Yuran Pendaftaran RM250
🎁 PERCUMA Saringan Darah Warga Emas

Saringan darah merangkumi:
β€’ Full Blood Count (FBC)
β€’ Fungsi buah pinggang
β€’ Fungsi hati
β€’ Gula darah puasa
β€’ Profil kolesterol
β€’ Asid urik
β€’ Iron

Sesuai untuk keluarga yang sedang mencari penjagaan bagi ibu, ayah, suami, isteri, abang, kakak, pakcik, makcik atau ahli keluarga warga emas lain yang semakin memerlukan bantuan dan pemantauan harian.

⚠️ TERHAD 5 PENEMPATAN PROMOSI SAHAJA

πŸ‘΄ 4 penempatan lelaki
πŸ‘΅ 1 penempatan wanita

πŸ“… Untuk penghuni baharu yang masuk sebelum 30 September 2026.

πŸ‘‰ WhatsApp AVSCC untuk semak kesesuaian ahli keluarga anda terlebih dahulu. https://wa.link/ggxd6g

Tertakluk kepada penilaian kesesuaian AVSCC. Kadar promosi RM2,500/bulan terpakai bagi 3 bulan pertama. Selepas tempoh promosi, kadar adalah berdasarkan pakej dan tahap keperluan penjagaan.

11/08/2026

πŸ’™ Belajar Ibadah, Walau Dalam Keadaan Sakit atau Uzur

Sakit bukan penghalang untuk terus beribadah. Yang penting, kita mengetahui cara yang betul mengikut kemampuan yang diajar dalam Islam.

Di Alexa Villa Senior Care Centre, kami bukan sekadar menjaga keperluan fizikal warga emas, malah turut membimbing mereka dalam aspek rohani melalui kelas Fardhu Ain.

πŸŽ₯ Kali ini, topik yang dikongsikan ialah:
Cara Solat sewaktu uzur

Semoga ilmu yang dipelajari memudahkan ibadah dan memberi ketenangan kepada setiap penghuni.

🀲 Kerana menjaga warga emas bukan hanya tentang kesihatan, tetapi juga membantu mereka terus mendekatkan diri kepada Allah.

πŸ“Alexa Villa Senior Care Centre
πŸ’™ Penjagaan warga emas Muslim yang mengutamakan kesihatan, maruah dan kesejahteraan rohani.
πŸ“² Nak tahu lebih lanjut tentang penjagaan warga emas?
Hubungi kami: https://wa.link/alexamedical
πŸ“ž 018-6614856
AlexaVillaSeniorCareCentre

🧠 Jangan Abaikan Dementia. Kenali Tanda Awalnya.Ramai menganggap pelupa adalah perkara biasa apabila usia meningkat. Nam...
05/08/2026

🧠 Jangan Abaikan Dementia. Kenali Tanda Awalnya.

Ramai menganggap pelupa adalah perkara biasa apabila usia meningkat. Namun, jika seseorang semakin kerap lupa perkara penting, keliru dengan tempat yang biasa atau mengalami perubahan tingkah laku yang ketara, ia mungkin petanda dementia.

Dementia bukan sekadar masalah ingatan. Ia boleh menjejaskan cara seseorang berfikir, berkomunikasi dan menjalani kehidupan harian.

Antara tanda awal yang perlu diberi perhatian:
🧩 Sukar mengingati peristiwa atau tarikh penting
🧩 Keliru di tempat yang biasa
🧩 Sukar mencari perkataan yang sesuai
🧩 Sukar membuat keputusan atau merancang
🧩 Perubahan mood dan personaliti

πŸ’™ Sokongan keluarga, kesabaran dan kasih sayang memainkan peranan yang sangat besar dalam menjaga insan yang mengalami dementia.

Semakin awal ia dikesan, semakin banyak langkah yang boleh diambil untuk membantu mereka mengekalkan kualiti hidup.

Mari sama-sama tingkatkan kesedaran. Jangan menghukum, sebaliknya fahami dan bantu mereka. 🀝

✨ Setinggi-tinggi Penghargaan Buat Malaysia Airlines ✨Seluruh warga Alexa Villa Senior Care Centre ingin merakamkan seti...
30/07/2026

✨ Setinggi-tinggi Penghargaan Buat Malaysia Airlines ✨

Seluruh warga Alexa Villa Senior Care Centre ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Malaysia Airlines atas kesudian meluangkan masa untuk hadir menyantuni para penghuni kami.

Kehadiran anda bukan sekadar membawa aktiviti yang menyeronokkan, malah turut menghadirkan senyuman, gelak tawa dan keceriaan yang amat bermakna buat atok-atok di sini. Momen-momen indah yang dikongsi bersama pastinya akan menjadi kenangan yang cukup berharga.

Kami juga amat menghargai segala sumbangan yang telah diberikan. Setiap bentuk sokongan dan keprihatinan ini membawa makna yang besar serta memberi semangat kepada kami untuk terus memberikan penjagaan yang terbaik kepada para penghuni.

Semoga segala usaha murni dan kasih sayang yang dicurahkan dibalas dengan limpahan rahmat, keberkatan serta dipermudahkan segala urusan.

Terima kasih sekali lagi kepada Malaysia Airlines kerana memilih untuk berkongsi kegembiraan bersama keluarga besar kami di Alexa Villa Senior Care Centre. Kami amat menghargai kepercayaan dan keprihatinan yang telah diberikan. πŸ’™

21/07/2026

Hand-Eye Coordination Game 🀌🏼

5 Sebab utama kenapa bagus untuk warga emas:

1. Latih Otak - Cegah Nyanyuk
Bila main kena fikir, plan, ingat jalan. Ni semua rangsang memori & fokus.
Doktor panggil ni "brain training". Boleh bantu lambatkan risiko Alzheimer & demensia.

2. Kuatkan Koordinasi Tangan-Mata
Umur makin naik, tangan selalu menggeletar / susah nak pegang barang.
Game ni train otot halus di jari + pergelangan tangan supaya lebih stabil.

3. Elak Jatuh
Nampak macam tak ada kaitan, tapi ada.
Bila coordination & keseimbangan tangan bagus, reflex badan pun jadi lebih cepat. Kurang risiko terjatuh masa buat kerja harian.

4. Hilang Stress & Bosan
Duduk rumah lama2 bosan kan. Game ni bagi cabaran sikit tapi menyeronokkan.
Bila berjaya sampai habis, rasa puas + happy. Bantu elak depressi.

5. Senaman Ringan untuk Sendi
Gerakkan pergelangan tangan & lengan perlahan-lahan. Macam fizikal terapi tapi versi fun.
Bantu bagi sendi tak keras & tak lenguh.

09/07/2026

Cucu opah ni haaa nak buat bidio pulak komee! Opah layankan ajee.. Kalau kome s**a cucu opah buat bidio lagi cer komen sikittt hihi

πŸ“ Penjagaan penuh mesra & berpengalaman
πŸ“² Nak tahu lebih lanjut tentang penjagaan warga emas?
Hubungi kami: https://wa.link/alexamedical
πŸ‘‰ Klik untuk konsultasi:https://wa.link/tffzmq
πŸ“ž 018-6614856

07/07/2026

⭐⭐⭐⭐⭐ Alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

Tiada yang lebih menggembirakan kami apabila waris pulang dengan hati yang tenang dan berpuas hati selepas melawat pusat jagaan kami.

Antara yang paling kerap dipuji:
✨ Persekitaran yang bersih dan selesa.
✨ Suasana yang tenang serta terasa seperti di rumah.
✨ Staf yang mesra, penyayang dan sentiasa membantu.
✨ Konsep Muslim-friendly yang menjaga aurat, adab dan keperluan warga emas.

Bagi kami, menjaga warga emas bukan sekadar menyediakan tempat tinggal, tetapi memastikan setiap penghuni dilayan dengan penuh hormat, kasih sayang dan maruah.

Terima kasih atas penilaian ⭐⭐⭐⭐⭐ dan kata-kata yang sangat bermakna buat seluruh pas**an kami. Ia menjadi semangat untuk kami terus memberikan penjagaan yang terbaik.

Jika anda sedang mencari pusat jagaan untuk ibu atau ayah, kami menjemput anda datang melawat sendiri dan rasai suasana di Alexa Villa Senior Care Centre.

πŸ“ Bersih. Selesa. Muslim-Friendly.
❀️ Kerana ibu ayah anda berhak menerima penjagaan yang terbaik.
πŸ“² Nak tahu lebih lanjut tentang penjagaan warga emas?
Hubungi kami: https://wa.link/alexamedical
πŸ‘‰ Klik untuk konsultasi:https://wa.link/tffzmq
πŸ“ž 018-6614856

30/06/2026

πŸ’ͺ **Di Alexa Villa Senior Care Centre, penjagaan bukan sekadar makan, mandi dan berehat.**

Kami juga menyediakan **kelas fisioterapi** untuk membantu warga emas kekal aktif, meningkatkan kekuatan otot, keseimbangan dan pergerakan harian.

Setiap sesi dijalankan mengikut kemampuan atok dan nenek kerana setiap langkah kecil adalah satu kemajuan yang besar. ❀️

Apabila badan terus bergerak, mereka lebih yakin untuk melakukan aktiviti harian, mengurangkan risiko jatuh dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

✨ Di sini, kami percaya proses penuaan yang sihat bermula dengan penjagaan yang menyeluruh.

πŸ“ Penjagaan penuh mesra & berpengalaman
πŸ“² Nak tahu lebih lanjut tentang penjagaan warga emas?
Hubungi kami: https://wa.link/alexamedical
πŸ‘‰ Klik untuk konsultasi:https://wa.link/tffzmq
πŸ“ž 018-6614856

Address

No 2252, Jalan Tiara Sendaan 7/7, Taman Tiara Sendayan
Sendayan Village
71900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alexa Villa Senior Care Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Alexa Villa Senior Care Centre:

Shortcuts

Share