18/02/2026
🌙 Ramadhan Kareem di Smart Reader Kids Saujana KLIA 🌙
Bulan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan, kesabaran dan pembentukan akhlak. Di Smart Reader Kids Saujana KLIA, kami bukan sahaja mendidik anak-anak dari aspek akademik, tetapi turut menanam nilai murni dan kefahaman tentang makna sebenar Ramadhan.
Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertakwa.”
— Surah Al-Baqarah, 2:183
Ramadhan mendidik jiwa menjadi lebih sabar, bersyukur dan prihatin terhadap insan sekeliling. Inilah nilai yang kami terapkan kepada anak-anak sejak usia awal.
✨ Antara aktiviti menarik sepanjang Ramadhan:
📖 Sesi bercerita kisah Nabi & sahabat
Membina kefahaman tentang sabar, amanah dan kasih sayang.
🎨 Aktiviti kreatif bertemakan Ramadhan
Mewarna, membuat kad ucapan dan kraftangan hiasan bulan Ramadhan.
🤲 Didikan adab & amalan mulia
Mengajar anak-anak tentang konsep berpuasa, bersedekah dan menghormati rakan.
🍽️ Program berbuka puasa bersama
Memupuk semangat ukhhuwwah dan kebersamaan dalam komuniti Smart Reader Kids Saujana Klia.
Semoga Ramadhan kali ini menjadi medan tarbiah buat anak-anak kita dalam membina akhlak, disiplin dan ketakwaan sejak kecil.
🌙 Ramadhan Kareem daripada warga pendidik Smart Reader Kids Saujana KLIA.