27/04/2026
Jualan dalam talian kini menjadi kebiasaan dan alternatif utama bagi masyarakat untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang diingini.
Selaras dengan trend ini, cara mendapatkan bekalan ubat-ubatan juga telah berubah. Ubat-ubatan kini diiklankan secara dalam talian untuk dijual sama ada melalui laman internet, portal e-dagang, laman media sosial atau menggunakan pelbagai aplikasi telefon pintar.
Situasi ini secara tidak langsung mendedahkan masyarakat kepada:
1. Penjualan ubat-ubatan secara haram oleh penjual tanpa lesen.
2. Penjualan ubat-ubatan tiruan atau tidak berdaftar yang boleh mengancam nyawa.
3. Promosi dan pengiklanan ubat-ubatan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat.
Semua pihak boleh memainkan peranan dan bekerjasama untuk membantu menangani isu ini.
Info: Laman sesawang KKM