Susu Unta Alhoneyaa White Camel

Susu Unta Alhoneyaa White Camel Asas minuman sunnah.. Untuk kesihatan dan kegemaran..

21/11/2017

💕💐

'Bagaimanakah seseorang itu boleh bahagia tanpa solat?Seseorang yang berusaha menyempurnakan solatnya sebenarnya dia sedang membetul dan menyempurnakan hidupnya.

Adakah solat yang kita persembahkan kepada Allah akan diterima atau dilemparkan semula kepada kita seperti kain buruk. Jika solat kita tidak diterima maka alangkah ruginya kita.

Seluruh kehidupan kita juga akan hilang rasa bahagia dan nikmat. Seakan semua perkara datang untuk menyesak dan menghimpit kita. Pasangan yang menyakitkan hati, anak-anak yang tidak taat, rakan dan jiran yang sentiasa mencari perbalahan, saudara mara yang saling memburukkan, segalanya yang sepatutnya menjadi sumber kebahagiaan kini menjadi sumber kedukaan dan kesedihan.

Jika solat tidak sempurna sekadar ala kadar sahaja bagaimana kita ingin meraih rahmat Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT telah berjanji akan menjaga orang yang menjaga solat.'

09/11/2017

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh.

03/11/2017

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa hari Jumaat
3-11-2017

بِسۡـــhــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,

Di hari Jumaat yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

28/10/2017

_"✍Perbaikilah amalanmu tatkala sunyi sendiri, maka ALLAH akan memperbaiki amalanmu di hadapan khalayak._

_Peliharalah hubunganmu dengan ALLAH, maka ALLAH akan memelihara hubunganmu dengan sesama manusia._

_Berusahalah untuk memperbaiki kehidupan akhiratmu, maka ALLAH akan mencukupi keperluan duniamu"_✅

Assalamualaikum..  Nak hidup berkat kena ikut syariat ..  Jom kempen 1muka 1 hari..  https://m.facebook.com/story.php?st...
16/10/2017

Assalamualaikum.. Nak hidup berkat kena ikut syariat .. Jom kempen 1muka 1 hari..

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=905548676263583&id=226389644179493

Nak nabi bg syafaat d akhirat nti, kna la amalkan sunnahnya.. Bermula dari segelas susu unta setiap pagi.. Semoga dgn amalan menghidupkan sunnah pembuka hari yg penuh barokah..

Kempen baca Al Quran sehari semuka
Surah Al Muhasabah,ayat : 1-6

Juz 27


Address

Rasah
Seremban

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Susu Unta Alhoneyaa White Camel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share