LPPKN Negeri Sembilan

Call Directions Website Contact the practice

LPPKN Negeri Sembilan PUSAT KELUARGA LPPKN NEGERI SEMBILAN

BEROPERASI DI PUSAT KELUARGA LPPKN NEGERI SEMBILAN PADA 10 MEI 2010 YANG TELAH DIRASMIKAN OLEH MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. PUSAT KELUARGA LPPKN NEGERI SEMBILAN MEMPUNYAI 5 UNIT IAITU UNIT PENTADBIRAN, UNIT PENERANGAN,LATIHAN & PENDIDIKAN, UNIT KAUNSELING, UNIT kafe@TEEN DAN UNIT REPRODUKSI MANUSIA

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut boleh huhungi unit-unit di Pusat Keluarga LPPKN Seremban 2:
06-6014440 (Pejabat, Unit Penerangan & kafeTEEN)
06-6014443 (Perkhidmatan Klinik)
06-6011163 (Perkhidmatan Kaunseling)

🎉 LPPKN NEGERI SEMBILAN MEMBAWAKAN SAMBUTAN NOVEMBER BULAN KELUARGA KEBANGSAAN (NBKK) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 20...
04/11/2026

🎉 LPPKN NEGERI SEMBILAN MEMBAWAKAN SAMBUTAN NOVEMBER BULAN KELUARGA KEBANGSAAN (NBKK) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026!🎉

Bagi meraikan Bulan November yang istimewa ini, LPPKN Negeri Sembilan menjemput seisi keluarga untuk eratkan ikatan kekeluargaan dan mencipta kenangan manis bersama melalui pelbagai aktiviti menarik:

✨ Pengisian Utama:
🏃‍♂️ KASIH Family Fun Walk @ Bukit Tampin - 👨‍👩‍👦‍👦👨‍👩‍👧‍👦🏃🏻
⛺️ Booth Santai KASIH Keluarga LPPKN (Lepak gaya LPPKN)
💃 Aqua Zumba & Senam KASIH Keluarga – Senam Cara Kita
🎈 Aktiviti Kanak-Kanak & Family: Giant Bubble, Water Gun, Gel Blaster, Sand Art & Face Painting
❤️Sukaneka KASIH Keluarga: Hujan Manis KASIH, Lambung KASIH, Family Wave & Karaoke Santai
🤡 Istimewa Untuk Keluarga: Persembahan Clown, Photobooth KASIH, Fish Fishing & Cotton Candy

📅 Tarikh: 22 November 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 7.00 Pagi - 4.00 Petang📍 Lokasi: Tampin Waterpark
🎟️ Masuk adalah PERCUMA! (Terhad untuk 400 PENDAFTARAN AWAL sahaja)- Daftarkan kehadiran anda segera sementara masih ada kekosongan❗️

📲 Paling Menarik Ayuh Sertai KASIH Family Fun Walk LPPKN sekarang!

Daftar segera sebelum tempat penuh melalui pautan ini🙌🏻

👉🏻🔗 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScRH-PdRjhKA-w-n9204rQREA4ZEFOBXZqxTPT3dAgtC_qaJQ/viewform?usp=header

“KASIH Keluarga, Jiwa Negara” — Inisiatif LPPKN untuk Keluarga"

03/11/2026
DETIK BERDUA YANG KITA RINDUKAN 🥰Bila kali terakhir pasangan suami isteri luangkan masa berdua untuk saling mendengar da...
03/11/2026

DETIK BERDUA YANG KITA RINDUKAN 🥰

Bila kali terakhir pasangan suami isteri luangkan masa berdua untuk saling mendengar dari hati ke hati? 🩷🩷

Tak kira berapa lama sudah mendirikan rumah tangga, setiap hubungan perlukan ruang untuk disuburkan semula rasa cinta dan persefahaman.

Mari bersama-sama LPPKN Negeri Sembilan untuk memperkukuhkan hubungan suami isteri melalui Program Pemantapan Institusi Perkahwinan SMARTSTART 2.0 (Romantika Cinta) pada:

🗓️14 November 2026 (Sabtu)
🕢8.00 pagi - 3.30 petang
▶️Pusat Keluarga LPPKN Negeri Sembilan.
🎟 Yuran: RM0.00 (PERCUMA!)

Jom daftar dengan kami. Mohon hubungi urus setia segera. Semoga ada jodoh kita bertemu😀.

💕✨ PROGRAM SMARTSTART 2.0 "PROGRAM PENGUKUHAN PERKAHWINAN" ✨💕Alhamdulillah, selesai sudah Program SmartStart 2.0 anjuran...
01/11/2026

💕✨ PROGRAM SMARTSTART 2.0 "PROGRAM PENGUKUHAN PERKAHWINAN" ✨💕

Alhamdulillah, selesai sudah Program SmartStart 2.0 anjuran LPPKN Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang berlangsung pada 31 Oktober dan 1 November 2026 bertempat di Pavilion, LPPKN Negeri Sembilan.

Sepanjang program, para peserta telah mengikuti pelbagai perkongsian ilmu merangkumi pengurusan kewangan, psikologi cinta, hak dalam rumah tangga, keselamatan siber serta kesihatan dan pemakanan. 💑📚

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan kepada pasangan dalam membina rumah tangga yang lebih harmoni, matang dan sejahtera. ❤️

Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini!🌸

.0

27hb Oktober 2026(Khamis) l Dewan Feldajaya, Felda Raja Alias, Jempol.PROGRAM TERAPI MINDA @ EMOSI OHSEM PARLIMEN JEMPOL...
28/10/2026

27hb Oktober 2026(Khamis) l Dewan Feldajaya, Felda Raja Alias, Jempol.

PROGRAM TERAPI MINDA @ EMOSI OHSEM PARLIMEN JEMPOL SELESAI!!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH atas peluang dan ruang atas kesempurnaan program ini..

Terima kasih kepada semua peserta @ komuniti Felda Raja Alias, Jempol atas komitmen dan semangat untuk hadir dengan jaya..

Tahniah!!!semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada diri,keluarga, masyarakat dan negara..

Good Job team urusetia yang bertungkus lumus berusaha untuk kemerjadian program ini..👏👏👏👏

24hb Oktober 2026(sabtu) l Balai Raya Kampung Bemban, MambauProgram Kasih Keluarga Ceria,Parlimen Rembau telah berjaya d...
24/10/2026

24hb Oktober 2026(sabtu) l Balai Raya Kampung Bemban, Mambau

Program Kasih Keluarga Ceria,Parlimen Rembau telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya..

Terima Kasih kepada barisan JPKK Kampung Bemban, Mambau atas kerjasama dan komitmen untuk bersama-sama dalam menjayakan program ini bersama komuniti setempat..

Tahniah kepada barisan urusetia program yang komited menguruskan dan melaksanakan program ini sehingga berjaya ke hujung program..

Semoga peserta semua mendapat manfaat serta ilmu yang dapat dikongsikan bersama dalam mensejahterakan keluarga..👏👏👏

19/10/2026
📻 LPPKN Negeri Sembilan kembali ke udara! 🎙️Mari dengarkan perkongsian daripada LPPKN Negeri Sembilan di Negeri FM menge...
18/10/2026

📻 LPPKN Negeri Sembilan kembali ke udara! 🎙️
Mari dengarkan perkongsian daripada LPPKN Negeri Sembilan di Negeri FM mengenai peningkatan produktiviti & kesejahteraan mental di tempat kerja dan cabaran keibubapaan dalam dunia digital.

📅 19 Oktober 2026 (Isnin)
⏰ 9.20 pagi
📻 Negeri FM | 92.6MHz, 95.7MHz & 107.7MHz
Jangan lupa semua, kita dengar sama-sama! 💙

💖 PROGRAM KASIH KELUARGA CERIA OHSEM PARLIMEN RASAH💖📍 Balairaya Kampung Pelegong, LabuAlhamdulillah, Program Kasih Kelua...
17/10/2026

💖 PROGRAM KASIH KELUARGA CERIA OHSEM PARLIMEN RASAH💖

📍 Balairaya Kampung Pelegong, Labu

Alhamdulillah, Program Kasih Keluarga Ceria telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bersama komuniti Kampung Pelegong, Labu, Parlimen Rasah. 🥰

Program ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, memupuk kasih sayang serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membina keluarga yang harmoni, bahagia dan sejahtera.

Melalui penglibatan komuniti dan aktiviti yang dijalankan, diharapkan program ini dapat menyemai nilai kebersamaan, mengukuhkan hubungan antara ahli keluarga serta mewujudkan persekitaran komuniti yang lebih prihatin dan penyayang. ❤️

✨ Keluarga Bahagia, Komuniti Sejahtera!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan kasih sayang dalam keluarga dan memperkukuh kesejahteraan komuniti. 💕






Address

Persiaran S2/B3, Seremban 2
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066014440

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LPPKN Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to LPPKN Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share

Nearby clinics