Hospital Tuanku Ja'afar Seremban

Hospital Tuanku Ja'afar Seremban HTJS, KKM, mempunyai 1143 katil dengan 23 kepakaran klinikal, rujukan semua hospital / klinik di Negeri Sembilan

Ayuh semua berikan sokongan kepada Program Derma Darah yang akan dikendalikan oleh Derma Darah Negeri Sembilan  bersempe...
11/06/2026

Ayuh semua berikan sokongan kepada Program Derma Darah yang akan dikendalikan oleh Derma Darah Negeri Sembilan bersempena Karnival Hari Penderma Darah Sedunia yang akan diadakan di Seremban Prima pada 14 Jun 2026 (Ahad).

🚨 Karnival Hari Penderma Darah Sedunia 2026 🚨

Ayuh bersama-sama memeriahkan Karnival Hari Penderma Darah Sedunia 2026 yang akan berlangsung pada:

🚨 14 Jun 2026 (Ahad)
⏰ 10.00 pagi – 3.30 petang
πŸ“ Seremban Prima Mall

🩸 Setitis Darah, Demi Kemanusiaan. Derma Darah, Selamatkan Nyawa.

Setiap beg darah yang didermakan mampu memberi harapan baharu kepada pesakit yang memerlukan rawatan. Dengan hanya beberapa minit masa anda, nyawa seseorang boleh diselamatkan.

βœ… Pastikan anda:
β€’ Sihat tubuh badan
β€’ Berumur dan layak menderma
β€’ Berat badan minimum 45kg
β€’ Tidur sekurang-kurangnya 5 jam
β€’ Mengambil makanan berat sebelum menderma

πŸ“Œ Jangan lupa bawa kad pengenalan/pasport dan buku derma darah (jika ada).

Jom jadi wira kehidupan! Ajak keluarga dan rakan-rakan hadir bersama. Setitis darah anda mampu menyelamatkan nyawa. ❀️🩸

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah
Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersempena sambutan ulang tahun
Hari Keputeraan Rasmi Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim Daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja Hospital Tuanku Ja'afar Seremban

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π–π„π’π€πŠ πŸπŸŽπŸπŸ”Selamat menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Buddha y...
31/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π–π„π’π€πŠ πŸπŸŽπŸπŸ”

Selamat menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Buddha yang merayakannya.

Semoga perayaan ini membawa kedamaian, kebahagiaan, kesihatan yang baik, dan keharmonian yang berkekalan kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya.

Ikhlas daripada Pengarah Hospital dan Seluruh Warga Kerja Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H​Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga kerja Hospital Tuanku Ja'afar (HT...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H

​Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga kerja Hospital Tuanku Ja'afar (HTJS).
Semoga ibadah korban kita tahun ini diterima dan dipenuhi dengan keberkatan serta kebahagiaan yang berpanjangan.

​Sama-sama kita jaga kesihatan dan keselamatan sepanjang musim perayaan ini.

TAWARAN SEBUT HARGA PENYEWAAN RUANG PREMIS UNTUK PERKHIDMATAN KEDAI SERBANEKA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN DI BANGUNAN UTA...
25/05/2026

TAWARAN SEBUT HARGA PENYEWAAN RUANG PREMIS UNTUK PERKHIDMATAN KEDAI SERBANEKA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN DI BANGUNAN UTAMA HOSPITAL TUANKU JA’AFAR, SEREMBAN.

Butiran sebut harga adalah seperti tetapan berikut:-

Tarikh Iklan : 25 Mei 2026 (Isnin)
Tarikh Lawatan Tapak/ Pengambilan Dokumen: 3 Jun 2026 (Rabu)
Tarikh Tutup : 10 Jun 2026 (Rabu)

Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/ puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

✨ SAMBUTAN HARI THALASSAEMIA NEGERI SEMBILAN 2026 ✨Bersempena dengan Sambutan Hari Thalassaemia Sedunia, Sambutan pering...
22/05/2026

✨ SAMBUTAN HARI THALASSAEMIA NEGERI SEMBILAN 2026 ✨

Bersempena dengan Sambutan Hari Thalassaemia Sedunia, Sambutan peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung dengan penuh meriah pada 16 Mei 2026 di X-treme Park. Program ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Pediatrik dan Unit Hematologi, Jabatan Perubatan, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dengan sokongan daripada Malaysian Paediatric Association. πŸ’™

Seramai 130 peserta termasuk 97 pesakit thalassaemia bersama keluarga masing-masing hadir memeriahkan program ini. Buat seketika, anak-anak hebat ini dapat melupakan rutin hospital dan rawatan, lalu menikmati hari yang penuh kegembiraan bersama insan tersayang. πŸ₯°

🎯 ATV
πŸ›Ά Berkayak
🏹 Memanah
πŸ—ΊοΈ Treasure Hunt
πŸ’ƒ Zumba
πŸŽ‰ Pelbagai permainan menarik

Segala aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menceriakan suasana, malah menghadirkan tawa, semangat dan kenangan indah buat semua yang hadir. Melihat senyuman mereka benar-benar menyentuh hati kami. ❀️

Program turut diserikan dengan sesi perkongsian pengalaman daripada pesakit dan keluarga yang sangat memberi inspirasi. Di sebalik setiap rawatan dan cabaran, terserlah kekuatan luar biasa para pejuang kecil ini dalam meneruskan kehidupan dengan penuh tabah dan berani.

⭐ β€œIRON HEROES” ⭐

Anak-anak thalassaemia ini diperkenalkan sebagai simbol keberanian, ketahanan dan semangat juang tinggi. Mereka bukan sekadar pesakit, mereka adalah wira kecil yang menjadi inspirasi kepada kita semua. πŸ’ͺ✨

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga anak-anak thalassaemia terus membesar dengan penuh kekuatan, harapan dan senyuman. πŸŒˆπŸ’™





21/05/2026

πŸ˜‡Stres adalah keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal.

Stres adalah normal pada situasi tertentu. Namun cara anda mengurus stres mampu memberikan impak positif atau sebaliknya kepada diri.

Amalkan tip seperti di atas bagi menangani stres yang dialami.

πŸ’ͺ☎️Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental- Talian HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

β€œπ—žπ—˜π—¦π—œπ—›π—”π—§π—”π—‘ π— π—˜π—‘π—§π—”π—Ÿ π— π—œπ—Ÿπ—œπ—ž π—¦π—˜π— π—¨π—”β€

π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π——π—œ π—ͺπ—›π—”πŸ³πŸ΅: 𝗗𝗔π—₯π—œ π—₯π—˜π—¦π—’π—Ÿπ—¨π—¦π—œ π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—§π—œπ—‘π——π—”π—žπ—”π—‘
19/05/2026

π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π——π—œ π—ͺπ—›π—”πŸ³πŸ΅: 𝗗𝗔π—₯π—œ π—₯π—˜π—¦π—’π—Ÿπ—¨π—¦π—œ π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—§π—œπ—‘π——π—”π—žπ—”π—‘

πƒπ€π‘πˆ π‘π„π’πŽπ‹π”π’πˆ πŠπ„ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 π“πˆππƒπ€πŠπ€π: πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŒπ„ππ„π‘π€π‰π”πˆ π‘π„π…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π 𝐏𝐀𝐑𝐔-𝐏𝐀𝐑𝐔 π†π‹πŽππ€π‹Sempena Lawatan Kerja YBMK ke Ge...
19/05/2026

πƒπ€π‘πˆ π‘π„π’πŽπ‹π”π’πˆ πŠπ„ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 π“πˆππƒπ€πŠπ€π: πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŒπ„ππ„π‘π€π‰π”πˆ π‘π„π…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π 𝐏𝐀𝐑𝐔-𝐏𝐀𝐑𝐔 π†π‹πŽππ€π‹

Sempena Lawatan Kerja YBMK ke Geneva menghadiri World Health Assembly yang ke-79

Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia! 🌹
12/05/2026

Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia! 🌹

Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia! 🌹

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga jururawat atas komitmen, dedikasi serta pengorbanan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat.

Keprihatinan dan jasa anda amat dihargai serta menjadi tunjang penting dalam sistem perkhidmatan kesihatan negara.

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

Address

Jalan Rasah
Seremban
70300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tuanku Ja'afar Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Tuanku Ja'afar Seremban:

Shortcuts

Share

Category