Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Sembilan

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Sembilan Pusat Maklumat Pemakanan merupakan sebuah pusat informatif yang mengumpul dan menyebar maklumat pemakanan yang terkini dan tepat kepada masyarakat.

ADAKAH BANTUT BOLEH DIPULIHKAN?Ya, masalah bantut boleh dipulihkan sekiranya keadaan tersebut telah dikenal pasti  pada ...
04/09/2026

ADAKAH BANTUT BOLEH DIPULIHKAN?

Ya, masalah bantut boleh dipulihkan sekiranya keadaan tersebut telah dikenal pasti pada peringkat awal. 1000 Hari Pertama Kehidupan (1000 HPK), bermula dari tempoh kehamilan sehingga anak berusia 2 tahun, merupakan tempoh yang paling kritikal dan berkesan untuk mencegah serta membantu menangani masalah bantut.

Antara faktor penting yang menyokong proses pemulihan ialah pemakanan berkualiti, persekitaran dan sanitasi yang bersih, akses kepada penjagaan kesihatan serta pencegahan dan rawatan jangkitan berulang seperti cirit-birit.

Ambil tindakan segera dan pantau pertumbuhan anak secara berkala


🥗 SELAMAT MENYAMBUT MALAYSIA NUTRITIONISTS’ DAY 2026! 💚Nutritionists in Action: Empowering Communities Against Malnutrit...
04/09/2026

🥗 SELAMAT MENYAMBUT MALAYSIA NUTRITIONISTS’ DAY 2026! 💚

Nutritionists in Action: Empowering Communities Against Malnutrition

Peranan Nutritionist bukan sekadar berkongsi tentang apa yang perlu dimakan. Kami turut membantu masyarakat memahami pemakanan, membina tabiat yang lebih sihat dan mengambil langkah yang praktikal mengikut keperluan setiap peringkat kehidupan.

Daripada kanak-kanak, remaja, dewasa hingga warga emas, usaha menangani masalah malpemakanan memerlukan tindakan berterusan, kerjasama dan pemerkasaan komuniti.

Sempena Malaysia Nutritionists’ Day 2026, setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Nutritionist di Malaysia yang terus menyumbang tenaga, kepakaran dan komitmen dalam memperkukuh agenda pemakanan masyarakat.

💚 Terus berilmu. Terus membimbing. Terus memperkasa.

Bersama kita membina Malaysia yang lebih sihat dan sejahtera. 🌱

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69 Tahun…ikhlas dari warga  Maklumat Pemakananan Negeri Sembilan dan  ❤️🇲🇾   ...
31/08/2026

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69 Tahun…ikhlas dari warga Maklumat Pemakananan Negeri Sembilan dan

❤️🇲🇾

🎯 Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Klinik Kesihatan Serting Hilir 2026 📆 Isnin | 24.08.2026 |⛳ Klini...
24/08/2026

🎯 Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Klinik Kesihatan Serting Hilir 2026
📆 Isnin | 24.08.2026 |
⛳ Klinik Kesihatan Serting Hilir
✅ Ceramah Penyusuan Susu Ibu
✅ Kuiz Penyusuan Susu Ibu
✅ Demonstrasi Penyusuan Susu Ibu
✅ Lawatan Rumah Ibu Postnatal bersama Ahli Kelab Sokongan Susu Ibu

👉Peserta terdiri daripada Ibu-ibu Hamil dan Anggota Kesihatan
Semoga Bermanfaat!
♥️Penyusuan Susu Ibu Asas Kehidupan Lestari ♥️
✅PerkukuhkanAmalanYangBerkesan



Pejabat Kesihatan Daerah Jempol

Advokasi KiBaR Sempena Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Kecergasan 2026 Peringkat Kebangsaan Sihat Itu Saya📍 Dataran P...
24/08/2026

Advokasi KiBaR Sempena Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Kecergasan 2026 Peringkat Kebangsaan Sihat Itu Saya
📍 Dataran Politeknik Nilai, Bandar Enstek, Seremban, Negeri Sembilan

Kami, Nutritionist Negeri Sembilan diketuai oleh Pn Junidah binti Raib, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Pemakanan JKN Negeri Sembilan terlibat dalam advokasi pemakanan sihat melalui KiBaR (Kira, Bakar, Rekod) dan HER (Healthy Eating Responsibility for Women) sempena Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Kecergasan 2026 Peringkat Kebangsaan Sihat Itu Saya anjuran Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malysia dan turut dihadiri oleh YBhg Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg Dato’ Sri Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan), YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBrs. En. Nazli Suhardi bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Pemakanan, YBrs. Tn. Hj. Aziman bin Mahdi, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, YBrs. Dr. Zuraida Mohamed, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

💚 Sihat itu bukan sekadar tahu, tetapi faham, pilih dan amalkan.






🎯 Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Klinik Kesihatan Lui Muda 2026 Anjuran bersama Panel Penasihat KK...
18/08/2026

🎯 Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Klinik Kesihatan Lui Muda 2026 Anjuran bersama Panel Penasihat KK Lui Muda
📆 Selasa | 18.08.2026 | 0800am-0100pm
⛳ Klinik Kesihatan Lui Muda
✅ Ceramah Penyusuan Susu Ibu oleh PSP
✅ Demonstrasi Masakan Ibu Hamil
✅ Kuiz Penyusuan Susu Ibu
✅ Reruai Pemakanan Kaya Zat Besi
✅ Advokasi HER/1000HPK
✅ Permainan Interaktif

👉Peserta terdiri daripada Ibu-ibu Hamil, Anggota Kesihatan dan Ahli Panel Klinik Kesihatan.

Semoga Bermanfaat!
♥️Penyusuan Susu Ibu Asas Kehidupan Lestari ♥️
✅PerkukuhkanAmalanYangBerkesan




Pejabat Kesihatan Daerah Jempol

15 Ogos 2026 | Sesi Advokasi KiBaR oleh Unit Pemakanan PKD Jelebu telah dijalankan bersama komuniti Kg Orang Asli Putras...
16/08/2026

15 Ogos 2026 | Sesi Advokasi KiBaR oleh Unit Pemakanan PKD Jelebu telah dijalankan bersama komuniti Kg Orang Asli Putra
sempena Program Komuniti Kesihatan Orang Asli anjuran ILKKM Seremban.

Inisiatif KiBaR merupakan instrumen pengurusan keseimbangan tenaga harian iaitu:
✅KIra: Pantau kalori harian secara berhemah.
✅BAkar: Kekal aktif membakar lebihan tenaga.
✅Rekod: Pantau berat badan secara berdisiplin.

Terima kasih atas kerjasama strategik. Semoga inisiatif ini dapat diteruskan dalam membudayakan amalan pemakanan sihat dalam kalangan komuniti.



14/08/2026

Realiti pahit di sebalik kemanisan gula:

3 dari 10 kanak-kanak diuji dengan kerosakan gigi.

Hadkan pengambilan gula untuk menyelamatkan senyuman indah anak anda! 🦷🛑

Pusat Maklumat Pemakanan merupakan sebuah pusat informatif yang mengumpul dan menyebar maklumat pemakanan yang terkini dan tepat kepada masyarakat.

12/08/2026

Saksikan Sekarang!


Nutritionistkkm
National Lactation Centre
SusuIbu.Com
Susumama S2
Kelab Susu Ibu Seremban Kessis

👨‍👩‍👧‍👦 PERANAN AYAH DALAM 1000 HARI PERTAMA KEHIDUPANPenglibatan aktif seorang ayah sejak fasa kehamilan sehingga pembe...
07/08/2026

👨‍👩‍👧‍👦 PERANAN AYAH DALAM 1000 HARI PERTAMA KEHIDUPAN

Penglibatan aktif seorang ayah sejak fasa kehamilan sehingga pembesaran anak amat penting dalam menjamin perkembangan fizikal dan emosi yang optimum. 🌟

🤰 Semasa Kehamilan: Iringi isteri ke pemeriksaan antenatal, pantau pengambilan nutrisi, dan berikan sokongan emosi bagi mengurangkan tekanan.

👶 Selepas Kelahiran: Amalkan sentuhan skin-to-skin, sokong penyusuan susu ibu secara eksklusif, dan bantu tugasan menguruskan bayi.

🧸 6 Bulan - 2 Tahun: Terlibat dalam pemberian makanan pelengkap, luangkan masa bermain untuk perkembangan motor anak, serta jadilah role model gaya hidup sihat.

Sokongan padu daripada seorang ayah adalah kunci utama dalam membentuk kesejahteraan serta masa depan keluarga yang sihat dan bahagia. 💪❤️

Address

Klinik Kesihatan Seremban 2, Jalan S2 A2, Seremban 2
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00

Telephone

+6066033700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share