University Veterinary Hospital UPM

University Veterinary Hospital UPM The official page for the University Veterinary Hospital, Universiti Putra Malaysia

28/07/2026
27/07/2026
23/07/2026

UNDANGAN MENYERTAI PROGRAM KEBAJIKAN HAIWAN 2026 SEBAGAI PENERIMA MANFAAT

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Tuan/Puan,

Sempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Jabatan Perubatan dan Pembedahan Haiwan Kesayangan, Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) dengan usahasama Jawatankuasa Dana Wakaf Kebajikan Haiwan, FPV dan Hospital Veterinar Universiti (UVH), FPV dengan sukacitanya menjemput tuan/puan untuk menyertai Program Kebajikan Haiwan 2026 sebagai Penerima Manfaat. Program ini akan diadakan pada butiran seperti berikut:

Tarikh : 18 September 2026 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi -12.45 tengah hari
Tempat : Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM

Program ini bertujuan membantu pemilik haiwan dalam golongan B40 dengan menyediakan perkhidmatan veterinar asas secara percuma (vaksinasi, ubat cacing dan ubat kutu), di samping meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan penyakit berjangkit serta penjagaan asas haiwan peliharaan, khususnya kucing dan anjing. Penyertaan adalah terhad kepada 30 ekor kucing dan 15 ekor anjing.

Syarat permohonan:
1. Terbuka kepada staf Universiti Putra Malaysia (Golongan B40).
2. Jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah bawah RM5,860.
3. Tertakluk kepada haiwan kesayangan kucing dan anjing. Terhad kepada seekor haiwan sahaja bagi setiap pemilik.
4. Haiwan kesayangan hendaklah dalam keadaan sihat sepenuhnya. Haiwan hendaklah bukan sedang dalam rawatan atau bebas daripada sebarang ubat-ubatan.
5. Pemohon belum pernah menyertai program ini bagi tahun-tahun sebelum sebagai Penerima Manfaat.

Maklumat pendaftaran:
* Pautan pendaftaran : https://forms.gle/VmSSPkAiS4YhjGE99
* Tarikh tutup: 12 Ogos 2026 (Rabu)
* Hanya permohonan yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urus setia melalui e-mel atau telefon.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pn. Noor Liah Md Yatim (03-9769 3942) atau En. Ahmad Azlan Ahmad Saad (03-9769 3886).

Ayuh sertai Program Kebajikan Haiwan 2026 dan bersama-sama kita memastikan kesihatan dan kebajikan haiwan peliharaan terus terpelihara demi kesejahteraan kita bersama.

Sekian, terima kasih.

UVH Kongsi Kepakaran Melalui Lawatan Penanda Aras Bersama Pet World NutritionsSERDANG, 21 Julai – Hospital Veterinar Uni...
21/07/2026

UVH Kongsi Kepakaran Melalui Lawatan Penanda Aras Bersama Pet World Nutritions

SERDANG, 21 Julai – Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Pet World Nutritions Sdn. Bhd. pada 16 Julai 2026. Lawatan ini bertujuan mendapatkan pendedahan mengenai kemudahan dan pengoperasian UVH sebagai penanda aras dalam perancangan pembangunan hospital pengajaran masa hadapan bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Delegasi yang diketuai oleh Cik Heng Y Hua, Pengurus Projek, Pet World Nutritions Sdn. Bhd., bersama wakil syarikat telah diberi taklimat mengenai kemudahan, susun atur serta aliran kerja hospital. Delegasi turut didedahkan kepada pengoperasian pelbagai jabatan dan integrasi perkhidmatan klinikal yang menyokong penyampaian perkhidmatan veterinar secara menyeluruh.

Sepanjang lawatan, delegasi berpeluang meninjau kawasan penerimaan pelanggan, bilik konsultasi, bilik pembedahan, wad kemasukan pesakit, farmasi serta kemudahan pengimejan diagnostik. Sesi penerangan dan perbincangan turut diadakan bagi memberikan gambaran menyeluruh mengenai operasi hospital serta menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh delegasi.

Menurut Timbalan Dekan Hospital, Prof. Dr. Mohd Hezmee Mohd Noor, “Lawatan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada perancangan pembangunan hospital pengajaran pada masa hadapan bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK).” Beliau turut memaklumkan bahawa pihak UVH mengalu-alukan lawatan tersebut dan berharap kunjungan itu dapat memberi nilai tambah kepada semua pihak yang terlibat.

Secara keseluruhannya, lawatan ini membuktikan komitmen UVH dalam berkongsi kepakaran serta amalan terbaik dengan pihak industri dan institusi pengajian tinggi. Jalinan kerjasama seperti ini diharapkan dapat memperkukuh pembangunan pendidikan veterinar, di samping menyokong usaha melahirkan hospital pengajaran yang moden, komprehensif dan berdaya saing.

Pet World Nutritions Sdn Bhd

Baca selanjutnya di:
https://uvh.upm.edu.my/berita/uvh_kongsi_kepakaran_melalui_lawatan_penanda_aras_pet_world_nutritions-94692

Ikuti kami di media sosial rasmi:
Facebook: University Veterinary Hospital UPM
Instagram & TikTok:
Laman sesawang: uvh.upm.edu.my

UVH Perkasa Minat Murid Terhadap Bidang Veterinar Melalui Program CSR-STEMOleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@up...
13/07/2026

UVH Perkasa Minat Murid Terhadap Bidang Veterinar Melalui Program CSR-STEM

Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | [email protected]

SERDANG, 13 Julai - Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Program Tanggungjawab Sosial Korporat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (CSR-STEM) pada 27 Jun 2026 di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra, Selangor. Program ini merupakan inisiatif bersama Fakulti Pergigian, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra bagi memupuk minat murid terhadap bidang STEM melalui aktiviti pembelajaran yang interaktif dan berasaskan pengalaman.

Program ini melibatkan murid Tahun 4 hingga Tahun 6 yang dipilih berdasarkan kecemerlangan akademik. Sepanjang sesi selama dua jam, peserta didedahkan kepada bidang perubatan veterinar melalui ceramah serta pelbagai aktiviti interaktif. Pasukan UVH diketuai oleh penceramah, Dr. Siti Sarismahanim Ismail, bersama enam orang fasilitator yang terdiri daripada Pegawai Veterinar, Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Veterinar dan Pembantu Veterinar, sekali gus menjayakan setiap pengisian yang dirancang.

Pelbagai aktiviti amali telah dijalankan bagi memberikan pengalaman pembelajaran secara langsung kepada peserta. Antaranya termasuk pengenalan anatomi haiwan, teknik pemberian ubat, simulasi pengambilan darah menggunakan peralatan Objective Structured Clinical Examination (OSCE), latihan menjahit luka menggunakan suture pad, teknik pembalutan kecederaan, aktiviti memerah susu serta pemeriksaan kualiti susu. Pendekatan pembelajaran secara hands-on berjaya meningkatkan penglibatan peserta sepanjang program berlangsung.

Penceramah program, Dr. Siti Sarismahanim Ismail berkata, “Saya amat menghargai komitmen PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra yang sentiasa menitikberatkan penganjuran program pembangunan murid seperti ini. Selain itu, Fakulti Pergigian UiTM turut memainkan peranan besar melalui pelbagai inisiatif pendidikan bersama sekolah bagi memperkukuh minat generasi muda terhadap bidang STEM sejak di bangku sekolah lagi.”

Beliau berkata, program ini memberi peluang kepada Fakulti Perubatan Veterinar memperkenalkan bidang veterinar kepada murid yang sebelum ini lebih terdedah kepada bidang perubatan dan pergigian. Menurut beliau, pendekatan pembelajaran secara hands-on berjaya membuka minda peserta terhadap skop profesion veterinar, di samping mengukuhkan hubungan antara universiti dan komuniti melalui perkongsian ilmu, kepakaran serta kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi dan sekolah.

Baca selanjutnya di:
https://uvh.upm.edu.my/berita/uvh_perkasa_minat_murid_terhadap_bidang_veterinar_melalui_program_csr_stem-94527

Ikuti kami di media sosial rasmi:
Facebook: University Veterinary Hospital UPM
Instagram & TikTok:
Laman sesawang: uvh.upm.edu.my

08/07/2026

Video Sorotan Kursus Pemantapan Asas Pengurusan dan Kesihatan Kuda

Address

Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra
Seri Kembangan
43400UPMSERDANG

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397693955

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when University Veterinary Hospital UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category