14/07/2026
๐ข ULANGAN AKTIVITI PROMOSI WABAK DEMAM DENGGI & HEBAHAN WABAK
๐๏ธ 12 Julai 2026
๐ Kg. Baru Seberang, Kg. Tandiaq & Kg. Wai
Pejabat Kesihatan Daerah Kangar melalui Unit Promosi Kesihatan (UPK) telah meneruskan Ulangan Aktiviti Promosi Wabak Demam Denggi dan Hebahan Wabak di Kg. Baru Seberang, Kg. Tandiaq dan Kg. Wai sebagai langkah berterusan untuk meningkatkan kesedaran serta menggalakkan tindakan segera dalam kalangan penduduk bagi membendung penularan demam denggi.
Aktiviti ini merangkumi hebahan pendidikan kesihatan secara bersemuka, edaran bahan pendidikan kesihatan dan penyampaian mesej utama berkaitan: ๐ฆ Cara nyamuk Aedes membiak dan risiko penularan demam denggi.
๐ Kepentingan pemeriksaan kawasan rumah sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu bagi menghapuskan tempat pembiakan Aedes.
โ ๏ธ Tanda dan gejala demam denggi serta tanda amaran yang memerlukan rawatan segera.
๐ค Tanggungjawab bersama setiap ahli komuniti dalam memastikan persekitaran kediaman sentiasa bersih dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.
Penduduk turut diseru agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada petugas kesihatan dan sentiasa mengamalkan konsep Periksa, Buang, Tutup dan Bersihkan sebagai amalan rutin di rumah.
Denggi boleh dicegah jika semua memainkan peranan.
Jangan tunggu sehingga ada ahli keluarga dijangkiti. Luangkan hanya 10 minit setiap minggu untuk memeriksa kawasan rumah dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Bersama kita hentikan penularan demam denggi demi melindungi keluarga dan komuniti.